Wednesday, November 26, 2014

UPSR HANYA "EXAM" SAHAJA, APA NAK RISAU?


Kepada anak-anak yang keluar sekolah dengan mata merah kerana A tidak banyak, atau sikit lagi nak "straight" A atau cari A, B dan C tak jumpa pun dalam kertas. Mari sini Abah nak cakap sikit. Sebelum itu, untuk yang "score" banyak A dan gembira dan sedang meraikan di kedai-kedai makanan laju ("fastfood") atau yang sedang nak bayar duit beli Mini Cooper S, tak payah baca pun tak mengapa.
Abah dulu UPSR tak banyak A. Adalah 1 sahajapun A. Bukan tak pandai, cuma kepandaian Abah tak tumpah ke atas kertas peperiksaan. Bayangkanlah, Abah tak dapat "score" matematik kerana dalam "exam" tak boleh pakai "calculator" sedangkan sekarang abah buat "business" semua nak tekan "calculator". Abah tak hafal sifir selain sifir 1, 2 dan 5. Sifir 5 tu hafal kerana selalu main nyorok-nyorok kena kira sampai 100 tapi gandaan 5. Abah dulu UPSR, Bahasa Inggeris pun dapat D dan malah abah konsisten dalam PMR juga abah dapat D untuk BI tapi bila masuk universiti mengadap semua buku-buku dalam BI lama-lama boleh juga. Bila abah jadi "lecturer" dan kena mengajar "student international", buruk-buruk abah punya BI pun boleh juga anak murid faham.
Malah pada hari ini, abah juga bangga kerana walaupun BI dalam UPSR dapat D sahaja, tapi abah dah boleh buat "talk" depan Mat Saleh dan mereka faham pun apa abah cakap. Lagi "best" kadang-kadang abah tergelak dengar BI Mat Saleh dari France, Itali7 Switzerland, Germany dan Russia. Tapi yang pentingnya abah faham apa mereka cakap dan mereka faham apa abah cakap.
Sekarang abah meniaga tak pakai pun pengamiran, janjang aritmetik, janjang geometrik, pembezaan, "probabilities", "teorem pithagoras", algebra dan banyak lagi. Abah punya bini seorang saintis kejuruteraan kimia dalam matematik dari Cambridge juga nak buat "calculation" dia pakai Mathematica 5.2 kalau susah sangat. "Key-in" sahaja nilai dan nanti komputer kirakan. Memanglah asas kena tahu cuma tak payahlah sedih sangat.
Abah ni kalau soalan 5 x 17 abah boleh jawab cuma lambat sikit sahaja kalau guna congak. Tapi kalau pakai "calculator" abah tahu macammana nak cari. Bila ada orang datang nak minta abah ambil gambar, abah tak gunapun "Teorem Pithagoras" dan Persamaan Matriks untuk kira harga pakej. Masa abah nak beli tiket kapal terbang pun abah tak adapun kena selesaikan persamaan kuadratik mahupun persamaan kimia atau kena lukis konfigurasi kimia polymer dan hidrokarbon. Relaks jer...
Anak Cina Simpang Kerayong yang dulu abah beli tembikai ada yang pandai bapak dia sekolahkan sampai universiti. Ada yang sekolah tak pandai dia berhenti setakat darjah 6 dan bekerja asalkan pandai tekan "calculator" (atau sempoa) dan boleh cakap sikit-sikit kira OK lah. Bila abang dia yang pandai sikit masuk universiti dan balik abangnya sama-sama ambil alih kedai mendiang bapaknya. Masa tu, kedai tembikai di simpang Kerayong dah tak ada lagi tapi dah pindah ke pekan Triang. Masa tu abang yang masuk universiti tu dah kerja jaga akaun. Adiknya yang berhenti darjah 6 dah jadi taukey kedai. Emak bapak dulu ada kedai jual buah-buahan bila sampai kepada anak dia gandakan jadi pemborong buah-buahan tempatan dan "supply" masuk "supermarket" dan kedai-kedai runcit.
Pesanan abah, jangan sedih-sedih kalau UPSR tak bagus mana. Percayalah kita cuma perlu berusaha dan buat yang terbaik, maka apa sahaja yang kita dapat, kita terima dengan baik. Tapi kalau hari-hari kerja tidur tak habis-habis memanglah UPSR pun gagal buat kerja pun gagal juga.
Dalam UPSR tak ada ajar macammana nak selesaikan masalah. Kita kena turun juga selesaikan masalah dan setiap masalah yang diselesaikan ialah ilmu baru kepada kita. Apapun keputusan yang anak-anak dapat, abah ucapkan tahniah! Tapi jangan pulak lepas ni korang terus membuta taknak belajar dan bila mak bapak tanya kenapa tak studi korang tag mak pak korang pulak kat artikel ini. Maksud abah yang sebenar-benar-benar-benarnya ialah, jangan "frust" sangat tapi teruskanlah usaha. Kalau nombor pun tak kenal, nak tekan "calculator" celah bedah mana boleh jumpa jawapan?
Kepada cikgu-cikgu yang mula nak marah dan naik angin, tolong jangan seksa orang-orang macam saya yang tak sama macam budak-budak lain. "You supposed to teach me how to think NOT bragging me to score more A in exam" (perenggan ini ditambah lepas ada cikgu-cikgu yang marah).
Tak perlu terjun bangunan atau nak menonggeng-nonggeng "frust". UPSR jer pun. Kepada ibu dan bapa kepada anak-anak yang tak banyak A dalam "result", jika ada orang nak banding-banding atau sindir-sindir "result" anak anda minta dia mengadap Abah nanti abah tolong kutip, basuh dan sidai orang-orang ni.
ABAH
Notakaki :
UPSR abah - 1A (tiada kesedaran)
PMR abah - 5A (dah timbul kesedaran)
SPM abah - 7A
"Degree" - CGPA 3.21 jer.
Keputusan di atas abah dapat sambil main-main dan buat "business" masa di sekolah dan universiti. Bila teringat nak "exam" baru "study". Tapi abah banyak belajar masa abah buat "business" tu

Sumber - 
Saiful Nang FB

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!