Monday, December 8, 2014

Penyokong Harimau tidak bertamadun



Kecewa... Amat kecewa dengan sikap segelintir penonton yang menyaksikan perlawanan bolasepak piala AFF Suzuki pada 7 Dis 2014. Mereka merusuh dan bergaduh. Mencemarkan nama Malaysia yang kini gah di persada antarabangsa.

Kalah dah kalah. Mengapa perlu merusuh. Tak pasti apa pulak berlaku. Mungkin ada provokasi dari penyokong Vietnam. Apa-apa pun jangan sampai merusuh. Sampai mencederakan orang pulak. Ini merupakan kejadian yang kedua... yang pak yoep saksikan penyokong Malaysia melakukan onar. Dulu ketika perlawanan persahabatan antara Malaysia dengan Filipina.







Insiden kecil itu berlaku ketika perlawanan memasuki minit ke-85, di mana Harimau Malaya waktu itu sudah ketinggalan 1-2 kepada Vietnam.
Ternyata pergaduhan itu pada awalnya sukar dilerai polis yang bertugas di kawasan di mana insiden berkenaan berlaku, memaksa ia berlarutan sehingga tamat aksi 90 minit perlawanan kedua-dua pasukan.
Bahkan tindakan segelintir penyokong Harimau Malaya melemparkan botol air ke arah penyokong Vietnam menambah lagi ketegangan kedua-dua penyokong.
Insiden pergaduhan itu berlaku dikatakan bermula daripada pertengkaran mulut oleh segelintir penyokong kedua-dua pasukan.
Kelemahan yang dikenalpasti tidak diseliakan dengan baik oleh pihak penganjur ialah tiada benteng penahan kukuh seperti pagar besi yang memisahkan jarak kedua-dua penyokong dipasang di tempat berkenaan, sebaliknya hanya sekadar kawalan oleh pihak keselamatan stadium dan polis.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!