Saturday, December 13, 2014

Pusat Tuisyen - Hasrat tercapai


Hasrat dan cita-cita pak yoep mencurahkan ilmu di pusat tuisyen telah tercapai. Dengan harapan ramai pelajar dapat dicurahkan ilmu matematik jika dibandingkan sebelum ini, bilangan yang terlibat sedikit dengan keadah perlaksanaan secara Home Tuition. Home tuition telah dilaksanakan sejak 2003. Pusat tuisyen dilaksanakan di sebuah rumah kedai di Taman Pinji Mewah.

Semalam pak yoep telah memulakan kelas tuisyen dalam Program Cuti Sekolah. Walaupun tidak ramai tetapi adalah memadai sebagai permulaan. Tuisyen yang dijalankan ialah Math PT3, Add Math Spm dan Math SPM. Dilaksanakan pada hari Isnin, Selasa dan Rabu manakala atas permintaan Home Tuition masih dilaksanakan pada Isnin dan Khamis sepanjang berbaki cuti sekolah ini.

Cabaran kecil yang dihadapi semasa mempromosikan program cuti sekolah, satu banner pak yoep dicuri orang.

Apa-apa pun, setiap apa yang dilakukan pasti ada cabaran.

Hasrat yang lebih besar yang ingin pak yoep capai  ialah untuk menwujudkan pusat pendidikan untuk anak2 autisma di suatu masa nanti.

Sekarang dalam proses untuk menubuhkan kumpulan sokongan ibubapa anak2 autisma di Ipoh. Sedang menunggu respon ibubapa yang berminat hendak menjadi jawatankuasa penaja.

2 comments:

  1. Alhamdulillah, tahniah PakYeop..sy doakan hasrat besar PakYeop akan tercapai jua.Amiin!

    ReplyDelete
  2. saya berminat nak masukkan anak saya ke pusat tuisyen pak yeop. anak saya di inclusive class form 2. boleh wassap saya 011-21580416

    ReplyDelete

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!