Monday, December 8, 2014

Result Peperiksaan Tahun Akhir Faqihah di Sekolah Rendah



Tahun 2014 merupakan tahun terakhir Faqihah berada di sekolah rendah. Walaupun dasar JPN Perak tidak membenarkan murid sekolah rendah ke sekolah menengah pada umur sebelum 15 tahun, rayuan dibuat bagi membolehkan Faqihah memasuki sekolah menengah pada umur 14 tahun. Faqihah akan ke sekolah menengah tanpa menduduki UPSR.

Berikut adalah keputusan peperiksaan akhir tahun 2014 Faqihah di SK Gopeng Taman Gopeng Baru. 

Bahasa Melayu - 94%
Bahasa Inggeris - 100%
Matematik - 92%
Sains - 78%
Pendidikan Islam - 88%
Kemahiran Hidup - 99%
Teknologi Maklumat - 86%

Pendidikan Seni - D
Muzik -  D
PJK - C

Peratus Keseluruhan - 91%
Kedudukan dalam Kelas - Pertama

Pencapaian akademik sepanjang Faqihah berada di sekolah menengah amat membanggakan. Setiap tahun pasti menerima anugerah cemerlang akademik semasa Majlis Anugerah Cemerlang peringkat sekolah. Malangnya, disebabkan Faqihah mempunyai tingkahlaku yang sukar dikawal maka Faqihah tidak boleh ditempatkan di aliran perdana. 

Amat diharapkan semasa di sekolah menengah nanti, masalah tingkahlaku Faqihah akan berkurangan yang membolehkan Faqihah diinklusifkan selewatnya pada tahun 2016 bagi membolehkannya Faqihah mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran seterusnya menduduki PT3.

Menduduki PT3 merupakan syarat utama untuk murid-murid pendidikan khas melanjutkan pelajar di sekolah vokasional pendidikan khas.

Sama-sama kita doakan agar hasrat kami ini akan berjaya.

In Shaa Allah.


No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!