Saturday, December 6, 2014

UPSR - Catatan seorang ayah


Mungkin ibu mu tidak setanding Cik Ta utk menghadiahkan kamu sebuah kereta mewah....kereta ayah pun dah tua, 10 thn usianya masih belum mampu ditukar yg baru.
Tapi ayah dan ibu bangga kerana kamu mendengar kata, mendengar nasihat (sekali sekala jer terbabas). Kalau tak dpt 5 A pun ibuayah tetap bangga dgn pengorbanan kamu belajar tanpa jemu walau di saat2 akhir nampak dah mula bosan.
Mungkin ramai yg tak tahu, hari terakhir anak ini menghadapi kertas Sains, dia lewat masuk ke bilik peperiksaan kerana sakit perut. Maka 'menyimpan' lah dulu dia dgn kelam kabut....kemudian terus masuk ke bilik peperiksaan.

Ibuayah, dah mula resah, ditakuti ianya menjejas prestasi si anak. Minyak angin disapu supaya dpt meredakan angin di perut yg berdondang sayang. Alhamdulillah....Tuhan beri kepada saya anugerah yg seperti-Nya. Namun 5A tidak menjanjikan apa2....perjalanan masih jauh. Semoga ibu dan ayah dikurniakan kesihatan yg baik untuk memandu mu ke sana....walau kami tahu kami tak sentiasa ada buat kamu..
Tahniah anakanda...

Sumber - Samsul Muariff FB

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!