Saturday, January 31, 2015

Emak ikut masuk kelas tuisyen


Semalam, pertama kali ajar anak dan emaknya sekali dalam sesi tuisyen hari ini. Tak pasti kenapa emaknya ikuti sesi pengajaran tuisyen. Pak yoep tiada masalah... ajar je macam biasa. Sekurangnya mereka tahu cara pak yoep ajar anak mereka.

Dah 2 bulan tuisyen pak yoep kendalikan beroperasi di Pusat Tuisyen setelah hampir 10 tahun dilaksanakan secara Home Tuition. Bergerak aktif mulai 2009 dalam memberi perkhidmatan home tuition di sekitar Ipoh meliputi Taman Meru, Jelapang, Ampang, Tasek, Tambun, Tamna Soon Chong, Menglembu dan Batu Gajah.

Matlamat pak yoep ialah nak beri peluang ramai menerima ilmu matematik daripada pak yoep. Selama ini hanya berkemampuan sahaja terima perkhidmatan pak yoep kerana kos tinggi untuk home tuition.

Walaupun pendapatan home tuition lebih tinggi jika dibandingkan pusat tuisyen, itu tak penting bagi pak yoep. Paling penting, ilmu matematik pak yoep dapat disebarkan lebih luas dan dapat dimanfaatkan oleh golongan kurang berkemampuan.

Peningkatan pelajar 400%....sejak mula dilaksanakan secara Pusat Tuisyen yang telah dimulakan pada  Disember 2014 dalam Program Cuti Sekolah Akhir Tahun 2014. Nampak banyak tapi jumlah sebenar yang terilibat ialah kecil sahaja. Maklumlah baru beri perkhidmatan. Ramai yang tidak tahu. Mungkin ada yang tahu tapi tak yakin...peningkatan pelajar tetap 400%.


Kids Explain Autism

Alat Sulit


Mitos Alat Sulit Lelaki

Maaf bukan tujuan pak yoep nak cerita lucah kat sini tapi ini adalah kajian yang dilakukan oleh 2 pengkaji seks. Ilmu yang juga wajar diketahui oleh lelaki dan wanita. Kita kena rasional dalam semua perkara. Jangan terlalu taksub....membaca dengan hati yang terbuka kerana setiap sesuatu itu adalah ilmu yang dikurniakan oleh Allah kepada umat manusia. Kita yang akan menentukan baik atau buruknya. Bertindak berdasarkan ilmu yang kita ada. Ceritanya begini....Nak baca silakan atau abaikan saja.

Mesyuarat Komuniti PPKI


Buat julung kalinya pak yoep mengendalikan Mesyuarat Komuniti PPKI selaku Penolong Kanan. Sebelum ini selaku ahli jawatan kuasa sahaja. Terpaksa memberi taklimat kepada semua ibubapa. Dah menjadi tanggungjawab sebagai penolong kanan. Nak buat macam mana. Kalau diikutkan, pak yoep memang tak gemar untuk dedahkan diri kepada umum. Suka berkerja disebalik tabir sahaja.

Mesyuarat bermula jam 10.30 pagi. Secara kebetulan kereta pancit tayarnya sebelum nak bergerak ke sekolah. Terpaksa hantar anak/isteri ke sekolah dan ke tempat kerja. Pusing satu Ipoh. Dua anak terpaksa dicutikan kerana nak uruskan persekolahan kakaknya. Sebab adik balik jam 1.50 sedangkan kakak jam 1.10. Kedudukan lokasi sekolah yang jauh dan bertentangan arah agak menyukarkan mengurus persekolahan mereka. Satu di pekan Ipoh manakala satu lagi di pekan Gopeng.

Bersambung... Nak tidurkan anak Umar....

Lepas tidurkan anak, layan TV pulak. Perlawanan bola sepak Piala Sumbangsih antara JDT dan Pahang. JDT menang 2 - 0. Permainan yang menarik yang ditunjukkan oleh JDT. Tak mampu disaingi dengan baik oleh Pahang.

Pagi ini...baru sempat menulis semula.

Friday, January 30, 2015

Peliknya Faqihah


Faqihah juga tidak melepaskan melakukan sesuatu yang diluar pemikiran kanak-kanak biasa. Semalam... Kebiasaanya pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, Faqihah akan diberi kebenaran menggunakan internet dibawah pengawasan kami sekeluarga. Semalam penggunaannya ditangguhkan kerana banyak kerja2 rumah belum disiapkannya. Admin keluar rumah dan dijangka balik jam 10 mlm. Apa yang berlaku...semua jam kat rumah dah disetkannya pada jam 10. Pagi ini baru sedar...bila bangun tidur tengok waktu jam tak mengikut waktu yang sepatutnya. Semua jam terpaksa disetkan kembali....pertama kali berlaku situasi seumpama ini. Faqihah Oh! Faqihah...permata istimewa kali sekeluarga. Menceriakan suasana kami sekeluarga dengan tingkah lakunya.

Dari Instagram, kini miliki butik sendiri

  • Fairul Hafizi bersama antara koleksi kasut The Geroboc.Fairul Hafizi bersama antara koleksi kasut The Geroboc.
 1 / 2 
SIAPA sangka pengasas jenama kasut wanita yang menjadi kegilaan ramai di Instagram,  The Geroboc adalah pemuda hanya berusia 25 tahun, Fairul Hafizi Ariffin.

The Geroboc bermula di Instagram pada September 2013 hanya dengan menjual kasut tapak rata atau dikenali sebagai ‘super comfy shoe’ dengan harga serendah RM30 hingga RM80 sepasang.

Fairul Hafizi tidak menyangka jenama kasut itu menjadi kegilaan ramai. Ketika itu, dia masih bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat kewangan.

Mengulas makna The Geroboc, dia  berkata, pilihan nama Geroboc diilhamkan menerusi panggilan lain bagi almari.

Feelings Chlorophyll


Feelings Chlorophyll
Membantu menyihatkan paru-paru, jantung dan darah.
Melegakan kebas2, pucat dan stamina.


Thursday, January 29, 2015

Bersyukur Allah pinjamkan Aqil, autisma



Terharunya saya dengan kebesaran Allah melalui anak istimewa saya. Mungkin orang lain rasa biasa...tapi saya rasa sangat teruja, terharu & manis sekali.
Semalam saya demam, sebelum2 ni memang rasa lain macam tapi sikit2 so masih boleh bertahan. Tapi pagi semalam lepas mandi mula2 rasa segar, tapi tak lama pastu saya kena muntah2 dan cirit-birit. Lemah badan. Nak tidur pun tak boleh...kepala pusing. Dalam pada tu saya gagahkan jugak uruskan berak & mandi Aqil. Saya ibarat bateri yang tinggal 1 bar. Selesai semua cepat2 saya baring. Mujurlah ada kek coklat Apollo buat alas perut Aqil. Saya memang tak boleh telan apapun.

Masa nak buat air untuk Aqil pun banyakali baring, letak Vico pastu baring, letak susu pastu baring, pastu letak air, godak2 pastu kasi dia.

Sesungguhnya tiada daya & upaya melainkan hanya dengan pertolongan Allah.

Alhamdulillah, tengahari tu dapat jugak saya cas bateri untuk sediakan Aqil nasi, telur & kicap. Alhamdulillah Aqil tak buat perangai apa pun...dia hanya tengok kartun & baca buku favourite dia. Saya hanya mampu baring dengan kepala pusing. Sampai petang saya tak boleh telan apapun.

Masa baring tu saya mintak tolong Aqil amikkan air...saya cuba kalau2 dia faham, and dia turun dan naik semula ke bilik dengan senyum lebar bawakkan saya satu cawan penuh air kosong. Saya puji dia cakap dia pandai...dia tepuk tangan...airmata saya mengalir...saya tahu Allah nak uji saya... Saya ingat pesan kawan kat facebook; Allah boleh beri lebih dari apa yang kita mahu, tapi Allah nak uji kita.

Aqil teman saya, dia picitkan kepala dan kaki saya yang sejuk gila.

Saya sangat bersyukur Allah pinjamkan Aqil untuk saya, beri peluang saya jaga dia, pilih saya untuk hidup bersama ahli syurganya.

Hidup ini hanya sementara. Dunia ini hanya pinjaman sahaja. Satu hari nanti Aqil akan kembali pada Yang Maha Esa, dan tinggal di syurga....saya cakap pada dia setiap hari.

Semoga Allah ampunkan dosa saya & kita semua. Saya mahu masuk syurga, dan bertemu Aqil semula di sana. 

heart emoticon
‪#‎autisme‬ #autisme #autisme

Sumber - Suhaila Abdullah


Jenayah meRotan anak - Utamakan OKU


DARIPADA SIBUK PASAL ROTAN ANAK BAIK FIKIRKAN UNTUK SEDIAKAN AKSES PENDIDIKAN KEPADA ANAK ANAK OKU:

~~ Akses kepada pendidikan


28. (1) Orang kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada
sistem pendidikan umum atas asas ketidakupayaan, dan kanak-kanak
kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada pendidikan
prasekolah, rendah, menengah dan tinggi, atas asas kesetaraan dengan
orang atau kanak-kanak upaya, termasuk latihan vokasional dan
pembelajaran sepanjang hayat.


(2) Kerajaan dan penyedia pendidikan swasta hendaklah, bagi
membolehkan orang dan kanak-kanak kurang upaya melanjutkan
pelajaran, menyediakan penyesuaian munasabah yang sesuai dengan
keperluan orang dan kanak-kanak kurang upaya dari segi, antara lain,
prasarana, kelengkapan dan bahan pengajaran, kaedah pengajaran,
kurikulum dan bentuk sokongan lain yang memenuhi pelbagai
keperluan orang atau kanak-kanak kurang upaya.

Wednesday, January 28, 2015

Amalan Al-Quran Rawat Autism


Set Penjagaan Kulit


set penjagaan kulit Attitude Therapy:

1. pencuci muka cleansaroma =utk semua jenis kulit dan resdung.mempunyai bahan yang semulajadi dan aroma.


2.deep cleansing 2x seminggu utk merawat sel mati


3. toner ph 5.5 utk mengekalkan ph kulit yg normal


4.moistaroma utk melembabkan dan membaja kulit berasas air.


6. bb cream utk perlindungan kulit dari panahan matahari spf30 dengan gelombang kecantikan kulit


7. harga cleansaroma 30ml rm37


8. deep cleansing 30ml rm60


9. toner 100 ml rm37


10. moistaroma 30 ml rm69


11. bb cream 10ml rm90.

Tuesday, January 27, 2015

Set Rawatan Autisma


Set Rawatan Autisma yang kami amalkan....

1. JERI QUOTIENT 
2. CEO 1 
3. CEO 20 
4. SERI WANGI
5. SHOWER POWER 


Dicdgkan rujuk anak2 autisma anda kepada Dr Aishah, Attitude Therapy untuk mendapatkan rawatan secara menyeluruh.


"Rawat Sihat Kongsi Manfaat"

Hubungi DUTA Attitude Therapy -  alkindi5919@yahoo.com

Monday, January 26, 2015

Minggu ke-2 Faqihah di SMK Seri Intan


Faqihah melapor diri ke SMK Seri Intan bersama umminya pada 12 Jan 2015. Semua maklumat mengenai Faqihah dimaklumkan kepada gurunya. Ditempatkan dalam kelas pertama oleh gurunya telah menghadapi ujian diagnostik. 

Tingkah lakunya agak aktif semasa di rumah jika dibandingan sepanjang berada di rumah semasa cuti persekolahan akhir tahun. Di rumah sepanjang cuti akhir tahun agak terkawal. Semakan dibuat yang menyebabkan Faqihah aktif selepas balik dari sekolah disebabkan makanan yang diambil di sekolah. Faqihah banyak mengambil makanan segera seperti sosej, nuget,....

Tindakan diambil dengan memaklumkan kepada gurunya supaya pengambilan makanan Faqihah semasa rehat kantin dipantau oleh gurunya. Pembelian makanan segera perlu dielakkan. Mulai minggu ini, wang belanja Faqihah akan disimpan oleh gurunya. Pembelian makanan dibawah kawalan gurunya.

Faqihah juga telah diturunkan ke kelas ke-2 kerana tahap disiplinnya merosot yang mungkin berpunca pengambilan makanan semasa rehat sepanjang 2 minggu sebelum ini.

Di rumah, memang kami kawal pemakanan Faqihah.

Mohon kerjasama semua guru terus memantau dan mengambil tindakan yang perlu agar Faqihah dapat mengikuti sesi pengajaran dengan baik. Besar harapan kami sekeluarga agar Faqihah berpeluang menduduki PT3. Tahun 2015...merupakan tahun bagi semua guru mengurus tingkah laku Faqihah sebagai persiapan Faqihah mengikuti sesi penganjaran PT3.

Sunday, January 25, 2015

Rotan anak - Suatu Kesalahan Jenayah

Rohani Abdul Karim

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, penggubalan akta baharu itu kini dalam peringkat akhir untuk diperhalusi oleh Jabatan Peguam Negara.
Menurutnya, hukuman terhadap kesalahan merotan anak perlu dilaksanakan kerana negara telah menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC).
“Walaupun merotan anak me­ru­­pakan sebahagian budaya ma­­syarakat kita, tetapi kita perlu akur dengan perjanjian CRC yang memandang serius perkara tersebut.
“Kita juga mengambil iktibar rakyat negara kita (Azizul Rahim Awaluddin dan Shalwati Norshal) yang dihukum penjara kerana memukul anak di Sweden pada tahun lalu,” katanya selepas menghadiri program Santai Kopi O anjuran Komuniti Pertubuhan Wanita 1 Malaysia (Perwani) Shah Alam di Galeri Shah Alam, di sini hari ini.
Yang turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Munirah Abdullah Bajanuddin dan Pengerusi Penyelaras Perwani Shah Alam, Radziah Ahmad.
Rohani berkata, setakat ini, hanya terdapat dua hukuman dalam Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu Seksyen 31 dan Seksyen 33 yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM20,000 jika sabit kesalahan kerana mendera atau mengabaikan anak.
Namun, jelas beliau, itu dianggap masih tidak mencukupi dan disebabkan itu dalam penggubalan akta baharu tersebut, hukuman tambahan iaitu menjalani khidmat komuniti di pusat perlindungan kanak-kanak kepada individu yang didapati bersalah mendera dan mengabaikan anak turut dimasukkan.
“Ini bertujuan memberi keinsafan kepada ibu bapa dan penjaga kanak-kanak terbabit agar lebih bertanggungjawab dalam menjaga dan mendidik anak mereka,” katanya.


- 11,396 people reached dalam FB Kelab Anak Autisma kendalian pak yoep


Sumber - http://m.utusan.com.my/

Saturday, January 24, 2015

Atasi Gejala Gedik Anak Perempuan



TIPS MENGURANGKAN GEJALA GEDIK ANAK PEREMPUAN

GEDIK adalah istilah terkini yang merujuk kepada aksi anak gadis yang menunjukkan gelagat yang agak 'menggatal' pada bahasa pasarnya. Ia menggambarkan naluri keinginan seorang anak gadis yang agak berlebih-lebihan untuk menarik perhatian lelaki.

Ekoran dari paparan isu tentang gejala zina atau seks bebas dan buang bayi kelmarin, maka ramai ibubapa yang tampil merujuk, khususnya tentang kebimbangan ibubapa terhadap anak gadis mereka yang kelihatan gedik.
Sebenarnya ramai juga sebelum ini kalangan ibubapa yang meminta kami kongsikan beberapa tips untuk mencegah atau mematikan budaya ini di kalangan anak gadis mereka. Kini kami rasa sudah sampai masanya untuk kami kongsikan. Namun kami tidak mengharapkan perkongsian ini boleh diterima bulat-bulat oleh kebanyakan ibubapa kerana ada yang melibatkan konflik dengan minat dan nafsu ibubapa itu sendiri.
PERANAN BAPA
Untuk mengelakkan kerakusan naluri seorang gadis terhadap lelaki, ia memerlukan satu konsep 'imuniti' dari lelaki juga. Peranan ini harus dimainkan oleh bapa kandungnya sendiri sejak anak itu kecil lagi. Antaranya ialah dengan membanyakkan 'body contact' seperti dakapan dan kucupan bapa terhadap anak itu sejak kecil.
Bau hormon lelaki yang bersifat melindungi dari dakapan dan ciuman kasih seorang bapa yang diamalkan sejak kecil itu boleh mematikan atau 'mendidik nafsu' anak terhadap lelaki. Ia mampu memberikan satu pendidikan kepada anak gadis untuk membezakan tahap keikhlasan dan kekejaman seorang lelaki.
Pada masa yang sama amalan yang diamalkan sejak kecil ini juga berkesan untuk mengelakkan fenomena haruan makan anak. Sang bapa juga akan semakin kasih dan bersikap melindungi anak gadisnya apabila ia diamalkan sejak kecil secara istiqomah. Ibarat manusia yang memelihara haiwan kesayangan yang boleh dimakan seperti arnab, kuda, ayam, burung dan sebagainya. Biasanya kita tidak akan lalu memakan daging haiwan kesayangan itu apabila disembelih dan dimasak.
Anak gadis yang sudah rapat dengan bapa juga akan lebih matang dan bijak menilai kualiti seorang lelaki dan tidak jadi rakus untuk menerima sebarang lelaki sewenang-wenangnya. Si bapa pula akan jadi pakar rujuk untuk membantu anak gadisnya menilai lelaki yang baik untuknya. InsyaAllah anak ini akan terlindung melalui bantuan furqon dan perlindungan dari ayahnya atau melalui suami yang baik yang berjaya di pilihnya.
LATIH ANAK GADIS DENGAN SIFAT MALU SEJAK KECIL
Salah satu daripada usaha ke arah ini ialah dengan mengenakan pakaian yang sopan termasuk bertudung mengikut kehendak Allah sejak mereka kecil lagi. Amalan ini akan menjadikan anak kita mengamalkan sesuatu yang betul sejak kecil. Oleh itu jika kita tidak pasti bilakah saat nafsu anak kita terhadap lelaki akan terbit, maka mulakan sahaja sejak kecil.
Masalah besar yang menyukarkan anak gadis kita untuk mengubah penampilan dengan bertudung dan berpakaian yang syariah compliance hari ini ialah kerana mereka tidak dibiasakan sejak kecil. Mereka akan merasa teragak-agak dan keberatan untuk mengubah penampilan baru mengikut kehendak Allah kerana sudah terbiasa dengan amalan mendedahkan aurat dan gedik.
Seterusnya didik anak gadis kita agar tidak terlalu bebas bercampur dengan lelaki sejak kecil lagi, iaitu di peringkat pra-sekolah lagi. Bukan tidak boleh bercampur langsung, tetapi ajar mereka adab sopan sejak kecil agar mereka tahu membataskan diri mereka mana yang wajar dan sebaliknya. Jangan izinkan anak kita duduk terkangkang, terlompat-lompat, ketawa mengilai-ngilai, terjerit-jerit, dan lain-lain aksi kasar di hadapan bukan muhrim mereka.
Hari ini ibubapa tidak langsung memerhatikan semua perkara kecil sebegini. Malah ramai ibubapa yang dengan bangga membelikan pakaian yang ketat atau singkat untuk anak mereka. Maaf cakap kadangkala sengaja diajar anak gadis mereka menyanyi dan menari dengan lenggok yang sangat mengiurkan.
Kajian kami menunjukkan kita tidak perlu membiarkan anak kita dilihat beraksi begitu di depan lelaki buaya di luar sana. Cukup dengan bapa tiri, abang kandung, sepupu, bapa saudara, rakan sebaya yang berada di kejiranan yang biasa juga boleh terangsang untuk terbit keinginan memperkosa mereka. Jika anak gadis kita boleh dibiarkan berpakaian dan beraksi begitu, itu tanda kita dan anak kita berada pada tahap jahil. Pastinya golongan lelaki yang melihat mereka juga sejahil itu kerana kita berada pada zaman yang sama.
KESIMPULAN
Banyak sekali kes perkosaan di usia muda. Sedihnya ramai ibu bapa yang tidak tahu kerana ia tidak banyak tandanya. Anak itu tidak hamil kerana belum sempurna fungsi peranakannya tetapi sudah di barai sejak kecil.
Sebahagian dari musibah ini disebabkan kegilaan lelaki syaitan bertopengkan manusia dan tiada kaitan langsung dengan kehendak anak itu. Tetapi tidak salah jika kita mengambil langkah berjaga-jaga, mengikut petunjuk dan kehendak Allah sejak mula. Jangan sampai terjadi anak gadis kita di perkosa depan belakang, lalu dibunuh dengan kejam selepas ‘kerja’ syaitan ini selesai sepertimana yang dilapurkan berlaku di media.
Gejala gedik ini bermula terbitnya sejak kecil lagi dalam diri anak gadis kita. Oleh itu pencegahannya juga harus bermula sejak kecil, sejak mereka mula boleh bercakap dan faham apa yang kita katakan. Jangan pandang remeh dengan mengatakan anak itu belum ada nafsu kerana yang kita takuti ialah lelaki buaya yang memandang mereka itu sangat bernafsu sekali.
Jangan lupa fenomena haruan makan anak. Sekalipun anda adalah ayah kandung anak gadis anda, anda harus mulakan amalan ini (jika mahu mencuba) sejak kecil agar anda benar-benar menjadi 'tidak ada selera' untuk merosak anak sendiri. Bagi ayah tiri kami tidak melarang namun ia harus dimulakan lebih awal lagi, bukan ketika anda dapat anak tiri yang sudah remaja lalu anda peluk ciumnya.
Pendidikan itu wajib bagi setiap individu, dari buaian sampai ke liang lahad. Jadi biar siapapun kita, biar berapa umur kita, berapa tinggi pangkat kita, berapa banyak sijil kita, janganlah berhenti belajar dan menimba ilmu. Dan kami di RPWP juga masih belajar dan akan terus belajar.
Jadikan apa yang kami kongsikan ini satu tips, bukan satu ketetapan. Jika anda ada teknik yang lebih baik dan rasional, sila kongsikan di ruang komen. Lebih baik jika melalui inbox agar tidak menimbulkan fitnah. Semuga bermanfaat.
Sumber - Kudap Parenting
WARGA PRIHATIN

Permata Negara dimansuhkan - siri 3


Dalam tempoh tak sampai sehari, post ini di laman Kelab Anak Autisma FB kendalian pak yoep mendapat respon daripada 8920 penggunjung dengan 43 komen. Ada komen positif dan sebaliknya. Setahu pak yoep, program permata ini mengkhususkan kepada anak-anak istimewa yang mild sahaja. Bagaimana dengan yang teruk dan kritikal. Tiadakah program khusus untuk mereka?
8,916 people reached

Astro pak yoep dipotong


Mula cuti sekolah akhir tahun 2014, atas permintaan ummi...saluran astro kat rumah ditambah. Menonton astro merupakan salah satu aktiviti keluarga terutama anak-anak. Pak yoep tak minat sangat tengok TV kecuali siaran berita dan sukan terutama bola sepak. Itu adalah HAK MUTLAK pak yoep. Anak-anak dah faham. Berita dan bola...jangan ganggu abah.

Beberapa saluran ditambah iaitu Learning, Kids, Baby TV selain Sport yang dah sedia ada. Ianya berterusan sehingga penghujung Januari...semalam.

Tiba-tiba tiada siaran astro. Rupa-rupanya saluran astro dah dipotong.

Memang hajat pak yoep nak tukar saluran astro kepada saluran asal tanpa saluran tambahan yang ditambah pada awal cuti akhir tahun 2014. Agar anak-anak pak yoep dapat memberi fokus terhadap pelajaran sepenuhnya terutama kak long yang bakal menduduki PT3 dan Haziq yang bakal menduduki UPKK pada tahun 2015.

Belum sempat ditukar, dah dipotong kerana lewat membuat pembayaran.

Semalam juga dah pergi ke pejabat astro di Ipoh untuk urusan pembayaran dan penyambungan semula astro dengan pakej asas tapi tutup pulak untuk penyelenggaran.

Maka...hari Sabtu dan Ahad, rumah pak yoep tanpa TV.  Nampak okey aja anak-anak. Tapi kesian pulak.

Isnin akan buat urusan penyambungan semula.

Pengesanan awal - Autisma


Ramai yang bertanya mengenai adakah anak-anak mereka autisma dalam laman Kelab Anak Autisma FB  kendalian pak yoep. Kebanyakan mereka risau dengan proses perkembangan anak-anak mereka tidak mengikut perkembangan yang sepatutnya. 

Terdapat juga dikalangan ibubapa menganggap perkembangan tersebut adalah normal bagi kanak-kanak sehingga umur anak-anak mereka semakin membesar. Bila dah bertambah besar, tingkah laku nampak ketara perbezaaan dengan kanak-kanak normal yang lain.

Seelok-eloknya jika terdapat keganjilan terhadap perkembangan anak-anak, ibubapa perlu mengambil tindakan segera. Pengesanan awal perlu dilakukan. Dengan adanya pengetahuan ini...anak-anak mereka boleh diberi pendidikan sewajarnya. Mereka mampu dipulihkan segera walaupun tidak sepenuhnya.

Pengesanan awal kanak-kanak autisma.
- Tidak dapat dikesan sejak lahir untuk tempoh 18 bulan pertama.
- Tanda awal dikesan apabila anak tidak boleh bercakap atau berjalan tetapi ianya belum pasti autisma..
- Terdapat beberapa tanda lain untuk kenalpasti kanak-kanak tersebut selain daripada tanda di atas.

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!