Thursday, January 29, 2015

Bersyukur Allah pinjamkan Aqil, autisma



Terharunya saya dengan kebesaran Allah melalui anak istimewa saya. Mungkin orang lain rasa biasa...tapi saya rasa sangat teruja, terharu & manis sekali.
Semalam saya demam, sebelum2 ni memang rasa lain macam tapi sikit2 so masih boleh bertahan. Tapi pagi semalam lepas mandi mula2 rasa segar, tapi tak lama pastu saya kena muntah2 dan cirit-birit. Lemah badan. Nak tidur pun tak boleh...kepala pusing. Dalam pada tu saya gagahkan jugak uruskan berak & mandi Aqil. Saya ibarat bateri yang tinggal 1 bar. Selesai semua cepat2 saya baring. Mujurlah ada kek coklat Apollo buat alas perut Aqil. Saya memang tak boleh telan apapun.

Masa nak buat air untuk Aqil pun banyakali baring, letak Vico pastu baring, letak susu pastu baring, pastu letak air, godak2 pastu kasi dia.

Sesungguhnya tiada daya & upaya melainkan hanya dengan pertolongan Allah.

Alhamdulillah, tengahari tu dapat jugak saya cas bateri untuk sediakan Aqil nasi, telur & kicap. Alhamdulillah Aqil tak buat perangai apa pun...dia hanya tengok kartun & baca buku favourite dia. Saya hanya mampu baring dengan kepala pusing. Sampai petang saya tak boleh telan apapun.

Masa baring tu saya mintak tolong Aqil amikkan air...saya cuba kalau2 dia faham, and dia turun dan naik semula ke bilik dengan senyum lebar bawakkan saya satu cawan penuh air kosong. Saya puji dia cakap dia pandai...dia tepuk tangan...airmata saya mengalir...saya tahu Allah nak uji saya... Saya ingat pesan kawan kat facebook; Allah boleh beri lebih dari apa yang kita mahu, tapi Allah nak uji kita.

Aqil teman saya, dia picitkan kepala dan kaki saya yang sejuk gila.

Saya sangat bersyukur Allah pinjamkan Aqil untuk saya, beri peluang saya jaga dia, pilih saya untuk hidup bersama ahli syurganya.

Hidup ini hanya sementara. Dunia ini hanya pinjaman sahaja. Satu hari nanti Aqil akan kembali pada Yang Maha Esa, dan tinggal di syurga....saya cakap pada dia setiap hari.

Semoga Allah ampunkan dosa saya & kita semua. Saya mahu masuk syurga, dan bertemu Aqil semula di sana. 

heart emoticon
‪#‎autisme‬ #autisme #autisme

Sumber - Suhaila Abdullah


No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!