Sunday, January 4, 2015

Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 2015 - Maklumat Terkini ?


Buat julung kalinya kakitangan awam bakal menerima bonus 2014 pada bulan Januari, tidak seperti sebelum ini yang diberikan pada hujung Disember. Terbeban rasanya kebanyakan kakitangan awam atas tindakan kerjaan ini. Atas sebab apa dilakukan sedemikian, tidak dinyatakan dan tidak diketahui umum. Segala persiapan untuk keperluan 2015 terjejas terutama keperluan persekolahan anak-anak masing-masing. Sumbangan bantuan persekolahan RM100, mana mencukupi.

Menerusi kenyataan rasmi Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa pada 15 oktober 2014, tarikh pembayaran bonus setengah bulan gaji minimum RM500 akan dibayar bersama gaji bulan Januari 2015.

Walau apa pun, sebagai kakitangan awam perlu juga bersyukur kerana pihak kerajaan memberi bonus. Kalau tidak pasti kegawatan berlaku untuk keperluan persiapan 2015.

Kesimpulannya, kakitangan awam perlu menyimpan untuk keperluan tahun berikutnya. Jangan berharap sangat dengan bonus yang belum pasti diberikan.

Masih ada harapan... Pengumuman terkini menyatakan bahawa bonus akan dibayar pada 15 Januari 2015. Diumumkan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!