Thursday, January 1, 2015

Cabaran Pak Yoep 2015 - Kerjaya




Berakhir sudah tahun 2014. Cabaran 2015 bakal bermula. Tahun 2014 merupakan tahun penuh bermakna. Hari jadi pak yoep pada 18 Jun 2014 mendapat hadiah paling istimewa. Hadiah... perlantikan sebagai Penolong Kanan di sebuah sekolah di Gopeng. Tiada dalam pemikiran pak yoep bakal menjawab jawatan tersebut selama ini. Siapalah pak yoep.

Setelah hampir 16 tahun berkhidmat, pak yoep dilantik sebagai Penolong Kanan Pendidikan Khas. Walaupun hanya 5 tahun pak yoep bertugas sebagai guru pendidikan khas. Itu namanya...rezeki. Mungkin berkat usaha keras pak yoep memertabatkan murid-murid pendidikan khas selama ini. Tiada niat langsung untuk menjawat jawatan tersebut. Pak yoep laksanakan tugas atas dasar tanggungjawab. 

Jawatan merupakan sesuatu yang bukan untuk dibanggakan. Setakat ini, semua ahli keluarga pak yoep tidak mengetahui pak yoep dah jadi penolong kanan termasuk bapa pak yoep sendiri. Rasa bersalah pulak kepada bapa pak yoep kerana merahsiakan perkara ini. Entahlah...memang begitu cara pak yoep. Sedih... ibu pak yoep tak dapat kongsi sama dengan kejayaan ini kerana telah lama tinggalkan pak yoep. Sejak 2007 dijemput pulang oleh Yang Maha Esa.

Dalam tempoh hampir 16 tahun bertugas sebagai guru kepada 3 buah sekolah. Sekolah pertama dan kedua pernah terima anugerah perkhidmatan cemerlang. Manakala sekolah ke-3 terima perlantikan jawatan penolong kanan. Sekolah sekarang adalah sekolah ke-4. Pak yoep sedang berusaha untuk memartabatkan sekolah ini. 

Semasa di sekolah yang ke-3 (kelas pendidikan khas), pak yoep dengan kerjasama semua guru atas kapasiti pak yoep sebagai guru kokurikulum telah berjaya menjadikan sekolah pak yoep tu dikenali diperingkat daerah dan negeri dengan kejayaan-kejayaan dalam bidang kokurikulum sehingga ke peringkat kebangsaan.

Di sekolah pertama, berjaya meningkatkan pencapaian pelajar dalam akademik diperingkat PMR dan SPM untuk mata pelajaran matematik dan matematik tambahan.. Manakala di sekolah ke-2, berjaya memertabatkan koperasi sekolah dan akademik. Meningkatkan pendapatan koperasi dari RM33,0000 kepada RM137,000. Koperasi sekolah berjaya mendapat penarafan 5 Bintang dengan menduduki tempat ke-3 diperingkat kebangsaan.

Semua kejayaan ini bukan usaha pak yoep semata-mata. Ianya adalah hasil kerjasama semua guru dan pentadbir sekolah termasuk pelajar.

Semoga pak yoep akan terus diberikan kesihatan yang baik untuk melaksanakan semua amanah yang bakal dipikul pada tahun 2015.

Ameen......Doakan pak yoep juga ya....

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!