Sunday, January 11, 2015

Faqihah ke SMK - Cabaran kami



Faqihah - sentiasa ceria selalu

Tahun 2015, Faqihah akan ke sekolah menengah. Bakal menghadapi masalah baru bagi menguruskan pergerakan Faqihah. Dulu ...arah perjalanan ummi dan abah tiada masalah. Faqihah boleh diuruskan oleh abah. Tapi..kini ummi berada di Ipoh manakala abah di Gopeng. Arah bertentangan. Ummi terpaksa uruskan Faqihah sendirian. 

Di Gopeng tiada sekolah menengah yang ada kelas pendidikan khas. Yang ada di Kampar, Malim Nawar dan Batu Gajah. Sangat jauh dari lokasi abah bertugas. 

Tiada pilihan menempatkan Faqihah bersekolah berhampiran dengan ummi. Sedang memikirkan untuk mengurus pergerakan terbaik untuk Faqihah. Ummi bukan sahaja menguruskan tetapi terpaksa menguruskan kak longnya yang bersekolah di sekolah menengah yang berlainan. Ambil Faqihah kemudian kak long... selepas itu.

Dalam perancangan, Faqihah dijangka tamat sesi sekolah jam 1.00 - 1.30 ptg. Ambil kak long 1.45 ptg. Abah bersama dua adiknya akan bergerak dari Gopeng ke Ipoh untuk ambil kedua-duanya untuk dibawa balik ke pengkalan. Terpaksa melalui kesesakan jalanraya. Dijangka 2 jam perjalanan keseluruhan untuk sampai ke rumah kembali setiap hari. Manakala umminya akan terus berkerja. Tak sanggup nak serahkan Faqihah dan kakaknya uruskan mereka balik ke Pengkalan kemudian kembali ke Ipoh berkerja.

Bakal menghadapi keletihan melampau setiap hari.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!