Wednesday, January 7, 2015

Klinik Math Pak Yoep - Khidmat Tuisyen Persendirian / Private Tuition


Sekiranya menerima dan mendapat maklum balas dan permintaan daripada ibubapa berhubung kelas persendirian atau ‘private tuition’, Klinik Math Pak Yoep bersedia untuk mengambil inisiatif untuk mewujudkan Kelas Tuisyen Persendirian / Private Tuition kepada pelajar-pelajar yang memerlukan perkhidmatan ini.
Apakah yang dimaksudkan dengan Kelas Tuisyen Persendirian / Private Tuition ini?
Kelas Tuisyen Persendirian / Private Tuition adalah sesi pembelajaran yang melibatkan seorang hingga dua orang pelajar sahaja berserta seorang guru. Ini bermakna, guru tersebut akan berdepan dengan mereka sahaja sepanjang sesi pembelajaran berlansung. Berbeza dengan kelas tuisyen biasa yang dijalankan di Klinik Math Pak Yoep yang menempatkan maksimum 10 pelajar setiap kelas.
Mengapakan wujudnya Kelas Tuisyen Persendirian /Private Tuition ini?
Sesetengah ibubapa ingin memastikan guru untuk memberi fokus kepada anak mereka sahaja. Dengan ini pelajar tersebut mendapat 100% perhatian daripada guru tersebut. Selain itu, terdapat juga pelajar-pelajar yang tinggal di asrama, dan apabila tiba cuti sekolah, ibubapa akan memohon untuk mendapatkan khidmat ini sepanjang musim cuti sekolah.
Dimanakan Kelas Tuisyen Persendirian / Private Tuition ini diadakan?
Pihak kami memberi dua (2) pilihan kepada mereka yang ingin mendapatkan khidmat ini iaitu dengan mengadakan kelas di rumah pelajar atau di Klinik Math Pak YoepKlinik Math Pak Yoep mempunyai bilik khas untuk menempatkan pelajar yang menggunakan perkhidmatan ini.
Carta 1
Bagaimanakan pula dengan kadar yuran?
Harga yuran adalah berbeza dengan yuran tuisyen biasa yang dikenakan di Klinik Math Pak Yoep atau mana-mana pusat tuisyen yang lain. Harga yuran adalah berbeza mengikut jumlah subjek, jumlah hari dan jumlah jam yang diminta oleh pelajar. Secara kasarnya, harga bayaran adalah seperti dibawah untuk panduan ibubapa/penjaga dan pelajar. Walaupun begitu, ianya tertakluk kepada perubahan dari masa ke masa.
Senarai Harga Private Tuisyen 2013
Siapakah yang boleh mendapatkan perkhidmatan ini?
Semua pelajar seawal usia tujuh (7) tahun hingga 17 tahun iaitu mereka yang akan menduduki peperiksaan SPM. Turut terbuka kepada pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan SPM untuk kali kedua.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!