Monday, January 5, 2015

Lawatan Khidmat Bantu - JPN Perak


Sebelum melangkah kaki keluar rumah untuk pergi ke sekolah, terima talipon daripada JPN Perak. Memaklumkan akan hadir ke sekolah pak yoep untuk tujuan pemantauan. Kali pertama bakal dilawati setelah hampir 6 bulan pak yoep bertugas di sekolah sebagai Penolong Kanan.

Pada awalnya hanya berpakaian sempoi, terpaksa menukar pakaian kemas bagi menghormati tetamu yang bakal hadir ke sekolah pak yoep. Sesungguhnya pak yoep amat rimas berpakaian kemas...tak suka sangat. Isteri pun ada kalanya naik bising tengok cara pak yoep berpakaian. Dah tugasan, terpaksa berpakaian kemas sewaktu berkerja.

Dijangka wakil JPN sampai jam 9.30 pagi. Disebabkan ada tugasan lain...melawat sekolah-sekolah lain, mereka sampai jam 11.45 pagi. Wakilnya ialah En Zaini dan En...lupa pulak. Baru ingat...En Fauzi.

Mula-mula sembang-sembang. Minta buku log PPM dan melawat sekitar dalam dan luar kelas pendidikan khas.

Pegawai JPN tersebut amat berpuas hati dalam sesi lawatan yang dilakukan.

Terima kasih diucapkan kepada PPM atas usaha yang sungguh-sungguh meningkatkan taraf keceriaan luar dan dalam kelas pendidikan khas..


No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!