Saturday, January 31, 2015

Mesyuarat Komuniti PPKI


Buat julung kalinya pak yoep mengendalikan Mesyuarat Komuniti PPKI selaku Penolong Kanan. Sebelum ini selaku ahli jawatan kuasa sahaja. Terpaksa memberi taklimat kepada semua ibubapa. Dah menjadi tanggungjawab sebagai penolong kanan. Nak buat macam mana. Kalau diikutkan, pak yoep memang tak gemar untuk dedahkan diri kepada umum. Suka berkerja disebalik tabir sahaja.

Mesyuarat bermula jam 10.30 pagi. Secara kebetulan kereta pancit tayarnya sebelum nak bergerak ke sekolah. Terpaksa hantar anak/isteri ke sekolah dan ke tempat kerja. Pusing satu Ipoh. Dua anak terpaksa dicutikan kerana nak uruskan persekolahan kakaknya. Sebab adik balik jam 1.50 sedangkan kakak jam 1.10. Kedudukan lokasi sekolah yang jauh dan bertentangan arah agak menyukarkan mengurus persekolahan mereka. Satu di pekan Ipoh manakala satu lagi di pekan Gopeng.

Bersambung... Nak tidurkan anak Umar....

Lepas tidurkan anak, layan TV pulak. Perlawanan bola sepak Piala Sumbangsih antara JDT dan Pahang. JDT menang 2 - 0. Permainan yang menarik yang ditunjukkan oleh JDT. Tak mampu disaingi dengan baik oleh Pahang.

Pagi ini...baru sempat menulis semula.

Mesyuarat berjalan lancar. Padanya mulanya dihadiri hanya seramai 12 orang. Meningkat kepada 20 orang semasa sesi mesyuarat sedang berjalan. Mesyuarat diteruskan walaupun kehadiran masih belum mencukupi.

Ucapan aluan guru besar. Seterusnya taklimat oleh pak yoep selaku penolong kanan. Sesi taklimat pak yoep berjalan selama hampir 1 jam 30 minit. Butiran taklimat ialah Maklumat PPKI, Peraturan Kelas PPKI dan Peraturan Kokurikulum.

Mesyuarat diteruskan dengan pelbagai agenda lain. Semua cadangan dipersetujui oleh ibubapa. Di antara cadangan ialah


1. Penggunaan fail kotak untuk simpanan surat/memo kepada setiap murid.
2. Pembelian T Shirt baru PPKI
3. Pembelian T Shirt Kokurikulum - Pengakap
4. Simbangan Komuniti - Minima RM30
5. Kehadiran
6. Kebersihan murid

Buat julung kalinya juga diwujudkan perlantikan Ahli Jawatankuasa Komuniti PPKI untuk sesi 2015/2016. Mesyuarat kali ini dipengerusikan oleh pak yoep. Untuk mesyuarat-mesyuarat yang akan datang akan dipengerusikan oleh pengerusi komuniti yang dilantik.

Besar harap pak yoep agar komuniti PPKI ini akan dapat membantu pihak sekolah dalam merancang dan melaksanakan aktiviti PPKI 2015/2016 dengan jayanya.



No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!