Monday, January 26, 2015

Minggu ke-2 Faqihah di SMK Seri Intan


Faqihah melapor diri ke SMK Seri Intan bersama umminya pada 12 Jan 2015. Semua maklumat mengenai Faqihah dimaklumkan kepada gurunya. Ditempatkan dalam kelas pertama oleh gurunya telah menghadapi ujian diagnostik. 

Tingkah lakunya agak aktif semasa di rumah jika dibandingan sepanjang berada di rumah semasa cuti persekolahan akhir tahun. Di rumah sepanjang cuti akhir tahun agak terkawal. Semakan dibuat yang menyebabkan Faqihah aktif selepas balik dari sekolah disebabkan makanan yang diambil di sekolah. Faqihah banyak mengambil makanan segera seperti sosej, nuget,....

Tindakan diambil dengan memaklumkan kepada gurunya supaya pengambilan makanan Faqihah semasa rehat kantin dipantau oleh gurunya. Pembelian makanan segera perlu dielakkan. Mulai minggu ini, wang belanja Faqihah akan disimpan oleh gurunya. Pembelian makanan dibawah kawalan gurunya.

Faqihah juga telah diturunkan ke kelas ke-2 kerana tahap disiplinnya merosot yang mungkin berpunca pengambilan makanan semasa rehat sepanjang 2 minggu sebelum ini.

Di rumah, memang kami kawal pemakanan Faqihah.

Mohon kerjasama semua guru terus memantau dan mengambil tindakan yang perlu agar Faqihah dapat mengikuti sesi pengajaran dengan baik. Besar harapan kami sekeluarga agar Faqihah berpeluang menduduki PT3. Tahun 2015...merupakan tahun bagi semua guru mengurus tingkah laku Faqihah sebagai persiapan Faqihah mengikuti sesi penganjaran PT3.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!