Tuesday, January 6, 2015

Kesedihan keluarga - anaknya autisma


Terkini pak yoep terima post daripada ibubapa dalam Kelab Anak Autisma FB yang pak yoep kendalikan sebagai admin. Post ibubapa yang mempunyai anak-anak autisma berkenaan ialah


Anak autisme sy,2 tahun 9 bulan..
Xpndai berckap lg,
Xpndai makan dan mnum sendri dlam pnggan or cwan..
No eye contac,suka hentak kpala,spnjang 6 bulan dekat 8 bji enset kna rendam dlam bowl jamban..
Pling sedih dn syahdu..
Xpndai sebut ma or pa lgsung..
Ya allah,berkatilah anak syurga kami..
Mohon ketabahan setabahnya di hati kami..
Ini lah anak yg akan pimpin kami di sana..
Insyaallah...
 

Ibubapa berkenaan juga menunjukkan kesedihannya.


Komen Pak Yoep

Kebiasaannya .... Situasi yang hadapi ini adalah situasi yang dihadapi oleh semua ibubapa anak-anak autisma. Usaha terus usaha memberi didikan terbaik untuk anak-anak autisma - terutama ST dan OT dalam membentuk anak-anak autisma ini ke arah yang lebih baik dengan iringan doa secara berterusan kepada Yang Esa. Jangan bersedih kerana kita dipilih oleh yang Esa mendidik anak-anak ini. Kita dipilih kerana Yang Esa tahu kita mampu melakukannya. Bergaullah (online/offline) dengan orang-orang yang mempunyai anak-anak autisma agar diberikan kekuatan dan tidak keseorangan. Dapat berkongsi pengalaman mendidik anak-anak autisma ini.

1 comment:

  1. setuju dengan pendapat pak yeop. Semuanya dari Allah jua..yang penting, kita kna tambah ilmu, dapatkan sokongan dan bantuan daripada mereka yang berada/pernah berada dalam situasi yang sama. Paling penting, berdoa dan berusaha dekatkan diri dengan Allah...mudah2an dipermudahkan..amiin

    ReplyDelete

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!