Saturday, February 28, 2015

Family Day


Luangkan masa hari ini menyertai Hari Keluarga di Sahom Farm Retreat anjuran kelab guru. Selaku pentadbir, menjadi kewajipan pak yoep untuk hadir majlis seumpama ini. Pak Yoep akan hadir bersama 2 orang anak pak yoep sahaja iaitu Haziq dan Hadif. Bukan tak mahu bawa semua tapi pak yoep masih ada baby, Umar yang baru berusia 10 bulan. Moga semua berjalan lancar. Lokasi ini tidak pernah pak yoep pergi.



Temujanji Hospital


Baru teringat share tentang anak autis saya semasa appointment dengan Dr pakar di Hospital Serdang 29 Januari lalu. Malam sebelum pergi saya sudah ajar dan ingatkan dia adab berjumpa Dr. Bagi salam dan ucapan selamat pagi serta tengok muka Dr bila bercakap (umpan dia Dr akan sayang budak yang baik). Bila tiba giliran dia, dia yang dulu bagi salam dan cium tangan Dr. Hati saya masa tu berdebar juga sebab takut dia berlari atau masuk bawah meja, usik barang Dr atau main tembol pintu dsbnya.. semasa Dr bertanya few soalan tentang sikap dia, pelajaran dan kesihatan dia nampak Dr curi jeling kat dia. Anak saya duduk elok je cuma tersenyum-senyum sendiri. Habis bercakap dengan saya Dr pun mula berbual-bual dengan anak saya. Soalan pertama Dr tanya nama dan dia boleh jawab nama penuh dengan betul. Sempat dia ingatkan Dr nama dia wan azmeen aiman bin wan..... dan dia ingatkan Dr dia 'bin' dan bukan ' binti! Sebab dio boy. Semua soalan di jawab betul kecuali berulang-ulang. Tanya umur, sekolah kat mana, tahun berapa, nama ibu dan ayah semua boleh dijawab tanpa dibantu. Banyak perkembangan dan bab pelajaran sekolah walaupun lambat namun komen Dr, "mama...yang penting progres walaupun belum perfect". Dari tak tahu ke tahu...alhamdulillah. Sedikit komen Dr...ibu yang tidak bekerja cepat memahami perkembangan anak-anak dan merupakan pakar terapi yang baik khususnya dalam membentuk tingkahlaku. Exposure amat penting...disamping kesabaran. Jangan terlalu memikir kekurangan diri anak tapi berusaha dengan penuh yakin anak kita "boleh" seiring dengan budak normal. Lambat cepat....kurang, lemah kurangkan persepsi terhadap anak kita. Dari segi kesihatan untuk anak mild autism kerap mengalami masalah kesihatan...bulan Ogos next appointment. Alhamdulillah. Dr juga menyarankan bila nak beri arahan....mesti lah cara khusus menyantuni mereka supaya mereka tidak mudah stress...dan selitkan dengan pujian...bab makan paling kelakar sebab bila Dr tanya 'Wan' suka makan apa, dia pun beritau dia suka makan kari..anak saya siap tanya Dr pula samada Dr pun suka makan. Maunya saya dan Dr pula gelihati..alaihai mencuit hati anak saya.

Autism spectrum and have epilepsy

My name is Justin Guitard. I am 20 years old, I am on the autism spectrum and have epilepsy. As you can imagine, it wasn’t easy for me growing up. I always had to work twice as hard as my peers. Through perseverance, I was able to obtain my high school diploma in 2013. This diploma does not have any “accommodations”, it’s the same as all the other students who graduated with me, I even received 2 bursaries for my future studies, it was the proudest day of my life. I continued on to NBCC in Miramichi to study electronic game design, this is where everything started to fall apart. All the help and resources I was promised, I did not receive. I was a ghost at that school. Two months before my first year was completed, I had to drop out due to an increase in epileptic seizures. Now, I sit at home with my video games (which I love by the way) and just go day to day with little hope for the future because employers do not see me as an asset. I DON’T HAVE A “DISABILITY”… I HAVE A “DIFFERENT ABILITY”! I may not learn the same way as everyone else, but this doesn’t mean that I CAN’T learn!! I decided to share my story on Facebook in the hopes that it will go viral…why not??? If a picture of a “grumpy cat” can make it around the world…why can’t I????
Like it or not…Autism is part of your community…educate yourselves…hire us…learn from us…your world will be a much better place!
Thank you!

Sumber - FB

Friday, February 27, 2015

Peluang murid pendidikan khas melanjutkan pelajaran


Untuk murid pendidikan khas:-
Dimaklumkan bahawa Permohonan Kemasukan Murid Berkeperluan Khas (MBK) ke tingkatan 4 di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Merbok, Kedah telah mula dibuka pada 23 Februari 2015 hingga 27 April 2015. Sehubungan itu, pemohon yang berminat boleh memuat turun borang dan panduan permohonan melalui laman web dibawah dan mengemukakan permohonan yang telah lengkap sebelum 27 April 2015 ke alamat berikut :-.


Kementerian Pendidikan Malaysia
MOE.GOV.MY

Guru Tuisyen Matematik diperlukan


Penambahan 5 orang pelajar untuk bulan Mac 2015... jumlah pelajar dah meningkat 5 kali ganda sejak dilaksanakan pada Disember 2014. 

Beralih arah daripada Home Tuisyen kepada Pusat Tuisyen Matematik. Respon pelajar dan ibubapa amat baik terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran matematik yang dilaksanakan. 

Peningkatan pelajar memungkinkan guru matematik diperlukan. Jika ada yang berminat boleh booking tempat sebagai guru tusiyen matematik dibawah kendalian Klinik Math Pak Yoep. Guru tuisyen matematik sekolah menengah sahaja diperlukan. 

Tidak semestinya anda seorang guru sekolah, yang penting minat dan komitmen terhadap tugas sebagai guru tuisyen matematik.


Hubungi alkindi5919@yahoo.com.

Tuisyen oh! Tuisyen


Tahun penuh cabaran.

Berkerja di lokasi baru. Menjawat jawatan baru. Melalui rutin yang baru. Begitu memenatkan.

Pak Yoep kendalikan tuisyen, anak dihantar tuisyen.


Kak Long

Tuisyen di Pusat Tuisyen Utama di Silibin, Perak.
Sabtu dan Ahad. Extra Isnin...atas permintaan kak long sendiri.
Setiap Sabtu dan Ahad pagi hantar kak long tuisyen jam 8 pagi hingga 1 petang di Pusat Tuisyen Utama Silibin.
Manakala Isnin jam 4 - 6.30 petang di lokasi yang sama.
Jumaat 5 - 6.30 petang di ILTI untuk tingkatkan penguasaan dalam Bahasa Inggeris.



Faqihah

Tuisyen...kelas piano mulai Mac 2015
Hari Khamis.
Ummi yang uruskan.


Haziq

Tuisyen di Pusat Tuisyen Teraju Didik.
Tuisyen matematik dengan pak yoep di pusat tuisyen kendalian pak yoep.
Hari Rabu, Khamis dan Jumaat jam 8 - 10 malam.
Disamping latihan bola sepak Gopeng Kidz pada Rabu dan Sabtu.
Rabu sampai jam 6.45 petang.
Sabtu jam 8 - 11 pagi.
Berkampung di sekolah sementara tunggu Haziq habis latihan bola.


Hadif

Tuisyen belajar membaca dengan cikgu Lily di Tadika Gemilang.
Setiap rabu.
Tiada masalah. Hantar jam 1 petang.
Ummi yang ambil.


Haziq dan Hadif bersekolah agama rakyat setiap hari kecuali Rabu di Medan Gopeng.


Umar

Masih kecil lagi.
Baru berumur 10 bulan.

Amat memenatkan untuk menguruskan pendidikan anak-anak ini. Pengorbanan perlu dilakukan bagi memastikan mereka mendapat pendidikan terbaik.


Kegagalan Genius Malaysia

nur amalina

NUR AMALINA CHE BAKRI Nur Amalina Che Bakri adalah merupakan anak tunggal kepada pasangan Sabariah Hassan seorang guru dan bapanya Che Bakri seorang jurutera DBKL. Beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2004 dengan memperoleh 17A1. Beliau bercita-cita untuk menjadi pakar perbidanan dan sakit puan. Selepas mendapat keputusan cemerlang itu, Amalina mendapat tajaan penuh dari Bank Negara untuk buat A-Level sebelum memasuki University Of Edinburgh, Scotland bagi melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan Tak lama kemudian tersebar di internet cerita dia gagal dalam peperiksaan dan sudah pun pulang ke Johor Bahru, Dan minggu ini kita dikejutkan dengan gambar yang dikatakan perubahan yang agak ketara (seksi) Nur Amalina Che Bakri. Mengejutkan, bila seorang yang dulunya dijadikan idola, kini hanyut dengan kebebasan di luar negara. 

Thursday, February 26, 2015

Sufiah - Genius Matematik


Kuala Lumpur: “Saya tidak lagi pintar, tidak ada wang dan sedang mencari kerja. Saya juga masih belajar secara sambilan di sebuah universiti,” kata wanita genius Matematik dan bekas penuntut Universiti Oxford, Sufiah Yusof, 26, yang kini masih berjuang untuk meneruskan hidup.

Pengasas Program PERMATA KURNIA jengok pak yoep


Terharu rasanya apabila seorang pengasas program PERMATA (Autisma) postkan sesuatu dalam Kelab Anak Autisme FB kendalian pak yoep pada 24 Feb 2015 jam 2.00 pm. Butiran yang beliau postkan ialah seperti dibawah. Moga dapat dimanfaatkan terutama yang baru mengenali autisma.



Tak sangka juga beliau sudi meluangkan masa menjengok FB kendalian pak yoep.

Wednesday, February 25, 2015

Redho seorang ibu - anaknya autism


hai..hari ini spatutnya hari hppy utk sya dan anak saya..smgatnya sya sbgai seorg ibu apabila anak kini sudah berusia 2 tahun.pergi cek up kat klinik.then nurse cko follow up mcm biasa.then.ttba2 hati tgerak nk tanya.nurse..kno anak sya dh 2 tahun x pndai bckp dan blum mmahami arahan kita .then.nurse mula soal satu persatu soalan yg kesemuanya mempunyai ciri2 anak saya.lps tu..dia suruh ref doktor dkt poli.trus pergi.then doktor sah kan dia autisme..hati ibu mana yg tak luluh..sya rebah.saya blum dpt terima dugaan sbegini.sya hnya mampu mngis.lastly..sya cuba kol mak.then dia xplan kan smuanya.*anak awak adalah satu anugerah,hanya org yang kuat sahaja allah berikan ,jgn anggp itu sbgaai dugaan..angao itu sbagai cabaran utk membesarkan anak.*ya allah..baru saya faham..sya adalah ibu yg kuat.

Tuesday, February 24, 2015

Autisma ke aliran perdana


Pesanan En Samsul Muariff Saroni, ahli kelab anak autisma FB kendalian pak yoep, sekiranya anak-anak autisma hendak ditempatkan ke aliran perdana. Mungkin ada yang bertanya aliran perdana tu apa? Aliran perdana adalah gelaran yang diungkapkan oleh guru/ibubapa kepada murid-murid yang belajar di kelas normal.

"Utk dimasukkan ke mainstream, mereka mestilah melepasi kelayakan ptg spt, boleh mengurus diri, boleh belajar, behaviour yg terkawal. sebenarnya program ini sgt memerlukan kerjasama bersepadu antara 3 pihak, guru mainstream, guru PPKI juga ibubapa. walaupun tercatat bahawa anak2 PPKI yg diinklusifkan berhak memperolehi seorg guru pendamping, namun ianya tidak semudah itu utk dilaksanakan. jadi bergantunglah pd si anak utk melayari kehidupan di mainstream. Lain anak lain tahap pencapaian/kebolehannya. Ibubapa kena main peranan penting, byk korbankan masa menjadi pendorong mereka. Kisah dbuli, diejek merupakan perkara biasa bila anak PPKI berada di mainstream. Inklusif bukan mimpi indah sebenarnya, cabaran berlipatganda, Hanya beberapa sahaja anak2 yg melepasi tahap ini. Mereka sgt bernasib baik sebenarnya. Namun tidak mustahil utk mencapainya jika 3 pihak tadi menggembeling tenaga utk anak tersebut."

Terima kasih En En Samsul Muariff Saroni yang mempunyai anak autisma berada di aliran perdana dan anak autismanya berjaya memperolehi 5A dalam UPSR 2014.

Monday, February 23, 2015

Autism or Disleksia?


Assalam... Sy ibu kepada anak berusia 7 tahun... Sy masih terkejut kerana baru 4 hari menyedari anak sy mempunyai masalah pembelajaran... 

Sebenarnya anak lelaki saya sangat aktif dan normal spt budak lain.. cuma dia agak pelat. Sy masih keliru sama ada anak sy mempunyai autisme atau disleksia, sebab dia mempunyai simptom utk ke dua mslh tersebut. 

Skrg anak sy bersekolah di sekolah biasa n masih di minggu transisi.. Hasil keputusan utk minggu pertama sy nilaikan sgt menyedihkan... 


Setakat ini masih belum ada feedback dari guru kelasnya. Tapi sebagai ibu sy amat pasti yg anak saya ada masalah ini ( disleksia @ autisme). 

Sy masih belum merujuk anak sy kemana2 pakar kerana sy x tau di mana untuk sy mulakan.... 

Sy mohon bantuan apa yg harus sy lakukan utk memastikan tempat anak saya yg selayaknya.. Tq

Sunday, February 22, 2015

Genius Syurga


Baru pak yoep temui buku yang dicari selama ini iaitu Genius Syurga. Dah banyak buku-buku berkaitan autisma ada dalam simpanan pak yoep. Kita sebagai ibubapa amat perlu tingkatkan ilmu berkaitan dengan autisma dalam usaha memberi didikan terbaik kepada anak-anak autisma kita.


Sinopsis

MOHAMAD HAIKAL ARRIZQY, anak yang lahir normal dan sihat. Namun ketika usianya menjangkau dua tahun, barulah aku dapat merasai ''''kelainan'''' anak ini yang akhirnya disahkan autistik. Pasrah! Aku tetap menyayanginya sepenuh hati seperti adik-beradiknya yang lain.

Sejak itu, aku berusaha keras mendidiknya. Tapi entah kenapa, Rizqy seperti menjauhkan diri hingga aku hilang punca dan hampir menyerah kalah. Persoalan yang sering menggangguku, bolehkah Rizqy membaca sedang satu perkataan pun belum pernah terucap dari bibirnya? Mampukah Rizqy menguruskan dirinya sendiri jika aku dan ayahnya sudah tiada nanti? Sungguh… ibu bapa mana yang tidak gusar bila memikirkan hal ini? 

Hinggalah suatu hari, aku seperti baru tersedar bahawa sikap serta tindakanku terhadap Rizqy selama ini adalah silap! Sebagai ibu, aku keterlaluan untuk mengharap perubahan drastik daripadanya yang perlukan bantuan.

Sejak itu, aku dekati Rizqy dengan penuh sabar dan kasih sayang. Belajar akan kekurangannya sambil berusaha membantunya sehabis daya. Saban hari, aku tidak putus-putus berdoa agar diberi petunjuk untuk mendidik Rizqy. Aku tahu, tiada daya dan kekuatanku melainkan dengan bantuan ALLAH SWT.

Benar, anak-anak ini luar biasa. Oleh kerana itu, mereka mengharapkan usaha dan doa yang luar biasa juga. Percayalah… jika kita pandang mereka berbeza, kita sebenarnya sudah melahirkan GENIUS DARI SYURGA.

MV - Selesai Urusan.


Selesai semua urusan.... MV adalah no plat kereta pak yoep. Terima Kasih En Hambali Ibrahim atas bantuan. Kuda putih teman dah kembali ke pangkuan. Moga yang dengki dan khianat dah berpuas hati.
Kos pembaikan yang terpaksa ditanggung  :

  1. Bateri - RM 150.00
  2. Tayar - RM 80.00
  3. Minyak Hitam - RM 65.00
  4. Oil Pumb - RM 68.00
  5. Oil Filter - RM 15.00
  6. Minyak Petrol - RM 60.00
  7. Plug - RM 40.00
Dalam berjalan dengan sempurna tanpa masalah walaupun usianya dah menjangkau 25 tahun. Faktor tersebut membuatkan pak yoep sayang sangat dengan kuda putih ini. Pak yoep akan terus menggunakanya.


Friday, February 20, 2015

Autism - Suatu perjuangan


Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Perjuangan ibu bapa anak-anak istimewa sememangnya penuh belukar, apabila kita cuba berjuang untuk anak-anak ini, terdapat golongan yang tidak memahami......yang sedihnya golongan pendidik murid khas itu sendiri. Anak saya telah tinggal di rumah seorang diri sejak berumur 10 tahun. Ekoran tiada orang yang sanggup menjaganya. Kami sekeluarga sahaja yang berusaha bergilir-gilir menjaganya sekiranya keluar bekerja. Pada masa itu kekuatan dan kesabaran yang Allah S.w.t yang menjadi pedoman...kesedihan hanya menjadi kekuatan untuk meneruskan khidmat bakti yang ada. Sehingga ke hari ini saya....masih dibelengu dengan sebahagian golongan yang tidak cuba memahami kesukaran ini. demi memperjuangkan hak kebajikan anak ini....saya akan terus menambahkan kekuatan melakukan apa yang terdaya .....bagi insan yang Allah titipkan kepada kita sehingga ke akhir waktu.Insya'allah. Semoga Allah memberikan kemenangan kepada kita semua.Amin.

Sawan


Salam. Epilil (SAWAN) mmg sgt bahaya.. fungsinya ialah mengepam darah naik ke kepala.. ada pesakit yg bengkak dan pecah urat blkg tengkuk hgga koma dan meninggal krn kesan epilim.

Kita akn rawat sistem saraf dgn memggunakan CEO2 dan CEO20 berterusan sehingga lebih kurang 6 bulan insyaAllah

Jk diac dpt dtg jumpa kami.. kami akn rawat gguan makhluk.. krn epilepsy sgt berkaitan dgn gguan makhluk


Pertanyaan Rakan Pengguna Attitude Therapy F B

Salam,adik saya OKU umur 27,sebelom ni,dia tak pernah kena sawan,tibe2 kena sawan bulan 11 tahun lepas,mase die kena tu,tak teruk sangat,macam orang sesak nafas je,lidah terjelir,tapi tak gigit....kena pn tak lama,dlm 5 minit je,pas kena tu,die nampak macam penat....ada cara nak hilangkan sawan tu?saya ade rujuk denfan doktor,dia bagi ubat epilim 200,tapi saya tak berapa bagi die makan ubat tu,sebab banyak kesan sampingan....

Hubungi DUTA Attitude Therapy : alkindi5919@yahoo.com

Autism - penyakit mental.

  • Ramai yang marah bila pak yoep postkan "Autisma adalah penyakit mental". Memang Autisma ada kaitan dengan mental. Mengapa nak marah...ini adalah realiti. 
  • Antara komen-komen dalam laman Kelab Anak Autisme kendalian pak yoep.
  • Syahnort Abdullah Pencerahan....?
    Unlike · Reply · 2 · 13 hrs
  • Zeera Yatt mental tak semestinya gila. terlebih pandai pun kategori masalah mental. terpulang pd diri kita nak terima ke tidak. tp pada saya apa pun nama yg dikaitkan dgn autisme tidak menjatuhkan saya. 
    kite ni pun ramai je sakit mental, cume bole atau tidak je handle masalah.
    Unlike · Reply · 14 · 12 hrs
  • Salimah Jamalung Pasrah...
    Unlike · Reply · 2 · 12 hrs
  • Mami Nur Izzat redha ...
    Unlike · Reply · 2 · 11 hrs
  • Samsul Muariff Saroni lebih tepat ia dikaitkan dgn masalah gangguan neurologi
    Unlike · Reply · 18 · 11 hrs

Thursday, February 19, 2015

Pertuturan anak-anak autism


Masalah pertuturan anak-anak autisma

Hampir 50 peratus daripada anak autistik tidak dapat menguasai teknik pertuturan. Anak-anak ini mempunyai suatu corak komunikasi yang digelar 'echolalia', iaitu mengulangi perkataan orang lain. 

Contohnya kalau ditanya 'Annie, sudah makan?'. Dia akan membalas dengan mengulangi hampir keseluruhan ayat dengan berkata 'Annie, nak makan?'. 

Dalam kebanyakan kes, bukan sahaja perkataan diulangi malah intonasinya juga sama.

Walaupun ada segelintir anak autistik yang dapat bertutur, namun mereka tetap menghadapi masalah berinteraksi dengan sekeliling secara berkesan

Permohonan perumahan PR1MA bakal ditutup.


Masih mencari rumah?

Antara pilihan yang ada ialah PR1MA.

PR1MA memaklumkan bahawa tarikh tutup permohonan adalah pada 28 Februari 2015.

Mereka yang layak dan belum memohon, cepat-cepatlah memohon projek perumahan mampu milik yang dikawal selia oleh kerajaan ini. 

Sekiranya harga sesuai dengan budget anda sekeluarga. Boleh tinjau-tinjau projek-projek yang bakal dibina di SINI.

Jangan tunggu lama-lama untuk membeli rumah kerana semakin anda tunggu, harga rumah semakin naik.


Misi Klinik Math Pak Yoep


Penanda Aras

Pusat Tuisyen PRO A| Gunung Rapat
Landmark: Maybank Ampang; Kedai Buku RICCO.
Statistik Pelajar dan Guru bagi Bulan Januari 2015.


✔300 Pelajar telah mendaftar | Tahun 4 - Tingkatan 5 
✔40 Tenaga Pengajar | Guru Sekolah dan Guru Penanda Kertas UPSR, PT3 dan SPM.
✔Pendaftaran masih dibuka untuk pelajar Tahun 4 - Tingkatan 5.
✔2 Sesi Kelas iaitu Slot Petang *5.30-7.00 petang* dan Slot Malam *8.00 -9.30 Malam*
✔10 Bilik Kelas Berhawa Dingin.


Bagi ibu bapa dan pelajar yang masih mencari Pusat Tuisyen, jom mendaftar di PRO A.
Let our Expert Teachers do their jobs!
Bookings or Reservations: 



Di atas merupakan penanda aras yang ingin dicapai oleh Klinik Math Pak Yoep dalam tempoh 5 tahun. Mereka memberi perkhidmatan dalam semua mata pelajaran tetapi Klinik Math Pak Yoep hanya memfokuskan kepada matematik sahaja. Pelbagai program berkaitan matematik akan dianjurkan selain daripada perkhidmatan tuisyen.

Sama-sama tolong doakan agar pak yoep dapat mencapai misi tersebut. 

Hasrat pak yoep, hasil pendapatan daripada Klinik Math Pak Yoep akan disumbangkan kepada Pusat Pendidikan Autisma yang bakal ditubuhkan. Bakal memberi perkhidmatan kepada keluarga yang mempunyai anak-anak istimewa dikhususkan kepada kategori autisma. Isteri pak yoep bakal meletakkan jawatan seterusnya menyumbang khidmat kepada Pusat Pendidikan Autisma tersebut disamping mengendalikan Klinik Math Pak Yoep jika keadaan memerlukan.

Ameen.



Pelancaran pusat tuisyen tersebut...


NANTIKAN PEMBUKAAN PUSAT TUISYEN PRO A PADA 6 JAN 2013. Pastikan anda tidak terlepas PAKEJ PROMOSI kami pada hari pertama pendaftaran. PRO A menawarkan kelas tuisyen untuk peringkat UPSR, PMR, SPM dan STPM. Kenapa PRO A pilihan anda???

i. Persekitaran yang selesa dan kondusif
ii.Guru-guru yang berkelayakan tinggi
iii.Pakej yang berpatutan dan releven.
iv.Proses pengajaran yang mudah difahami
v.Nota yang lengkap
vi.Bilangan pelajar yang terhad iaitu 9-15 orang pelajar sahaja per sesi

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!