Tuesday, February 10, 2015

Faqihah - piano



animasi-bergerak-piano-0007
Cikgu Faqihah kata...

Faqihah dah pandai main piano kat sekolah. Kat sekolahnya memang ada piano. Jika ada kelapangan waktu, Faqihah akan main piano. Sebelum ini...Faqihah hanya main piano yang ada kat handphone aja..Satu lagi kemahiran yang bakal dikembangkan selain bakatnya dalam melukis menggunakan komputer.

Cikgunya mencadangkan kami beli piano atau keyboard sebagai aktivitinya kat rumah. Seterusnya mereka turut mencadangkan Faqihah ikuti sesi tuisyen main piano di pekan Ipoh. Pusat tuisyen tersebut ada mengajar murid autisma juga. Mereka berkemahiran mengajar anak-anak istimewa. Kami sedang usaha untuk melaksanakan apa yang dicadangkan oleh pihak sekolah.


Tinjauan telah dilakukan ke lokasi tempat tuisyen piano. Mereka setuju untuk melatih Faqihah bermain piano. Hari... setiap hari Khamis. Bayaran RM25 setiap kali datang. Kak long akan ikut serta sekali bersama-sama Faqihah bermain piano.

Terisi masa senggang Faqihah. Tambah kemahiran Faqihah.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!