Sunday, February 22, 2015

Genius Syurga


Baru pak yoep temui buku yang dicari selama ini iaitu Genius Syurga. Dah banyak buku-buku berkaitan autisma ada dalam simpanan pak yoep. Kita sebagai ibubapa amat perlu tingkatkan ilmu berkaitan dengan autisma dalam usaha memberi didikan terbaik kepada anak-anak autisma kita.


Sinopsis

MOHAMAD HAIKAL ARRIZQY, anak yang lahir normal dan sihat. Namun ketika usianya menjangkau dua tahun, barulah aku dapat merasai ''''kelainan'''' anak ini yang akhirnya disahkan autistik. Pasrah! Aku tetap menyayanginya sepenuh hati seperti adik-beradiknya yang lain.

Sejak itu, aku berusaha keras mendidiknya. Tapi entah kenapa, Rizqy seperti menjauhkan diri hingga aku hilang punca dan hampir menyerah kalah. Persoalan yang sering menggangguku, bolehkah Rizqy membaca sedang satu perkataan pun belum pernah terucap dari bibirnya? Mampukah Rizqy menguruskan dirinya sendiri jika aku dan ayahnya sudah tiada nanti? Sungguh… ibu bapa mana yang tidak gusar bila memikirkan hal ini? 

Hinggalah suatu hari, aku seperti baru tersedar bahawa sikap serta tindakanku terhadap Rizqy selama ini adalah silap! Sebagai ibu, aku keterlaluan untuk mengharap perubahan drastik daripadanya yang perlukan bantuan.

Sejak itu, aku dekati Rizqy dengan penuh sabar dan kasih sayang. Belajar akan kekurangannya sambil berusaha membantunya sehabis daya. Saban hari, aku tidak putus-putus berdoa agar diberi petunjuk untuk mendidik Rizqy. Aku tahu, tiada daya dan kekuatanku melainkan dengan bantuan ALLAH SWT.

Benar, anak-anak ini luar biasa. Oleh kerana itu, mereka mengharapkan usaha dan doa yang luar biasa juga. Percayalah… jika kita pandang mereka berbeza, kita sebenarnya sudah melahirkan GENIUS DARI SYURGA.

1 comment:

  1. alhamdulillah, satu usaha yang membantu meringankan tugas saya dalam mencari topik berkaitan pendidikan khas di Malaysia ini.
    .
    sekadar makluman, pihak kami akan mengadakan satu konvensyen berkaitan pendidikan kanak-kanak.
    Berita baik buat ibubapa yang prihatin.
    Adakah anak anda sangat hyperaktif atau kerap mengalami tantrum kritikal tanpa alasan yang munasabah?
    Kami ingin berkongsi kepada anda satu penemuan terbaru oleh Prof Dr Norsiah iaitu NEUROTHERAPY. Dari terapi ini terdapat satu hasil kajian yang menakjubkan telah diperolehi dari kalangan anak-anak Autism dan ADHD etc ialah rangsangan dari menggunakan ayat-ayat Al-quran tertentu terbukti mampu menenangkan anak-anak ini secara drastik dengan menukar gelombang otak mereka ke frekuensi gelombang Alpha.
    Berminat untuk mempelajari teknik tersebut ??
    .
    ini adalah konvensyen yang akan diadakan pada hujung bulan april ini.
    antara panelnya ialah Dr Hasnah Toran sendiri beserta beberapa panel yang memang pakar di dalam dunia pendidikan kanak-kanak masa sekarang.
    boleh call @ whatsapp +60 16-215 4015
    maklumat lanjut, layari : goo.gl/DhdCZy

    ReplyDelete

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!