Thursday, February 12, 2015

Mohon cadangan rawatan autisma


Salam sy mempunyai seorang ank lelaki bernama Muhammad Danish sihat fizikal.. Beliau kini berumur 13 tahun masih belum bertutur dan memakai lampin pakai buang. Sedari kecil telah diasuh tidak makan makanan segera serta minuman bergas dan sejuk. Pernah dibawa berjumpa Dato Dr. Norlaili (Bukit Antarabangsa). Setiap pagi dihantar ke Pusat Dalam Komuniti dan Tengahri diambil dihantar pula ke Taska Harapan (milik adik Dato Dr. Norlaili) hingga sekarang. Hanya itu saja taska yg mempunyai pengetahuan mendidik anak-anak autisme di Kuantan ini . selama 13 tahun hanya kami ibu bapa saja yg boleh mengagak apa keperluan dan kehendaknya kerana tidak boleh berkomunikasi secara biasa. Muhammad Danis perlu pengawasan kerana tidak tahu sesuatu itu samada panas , tajam, beracun , kotor, serta lain-lain perkara yg boleh memudaratkan beliau. Beliau tidak ganas sebaliknya sensitive jiwa nya. Disini saya ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan rawatan terbaik kerana sebagai amanah Allah telah banyak diusahakan tetapi maih belum menjumpai. In Sya Allah sy akan terus berusaha yg terbaik untuk beliau. Jika ader kelapangan lagi sy akan post gambar permata hati ini. Jutaan terima kasih kepada yg. sudi memberi perhatian pd ruangan saya. Hanya Allah saja yang akan membalasnya ... Aamiin.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!