Friday, February 6, 2015

Pak Yoep bakal dipindahkan.


Dah hampir 8 bulan pak yoep berkerja di tempat baru sejak Jun 2014. Selama 6 bulan menyesuaikan diri ditempat baru, melayan kerenah guru-guru selaku penolong kanan. Sekarang semua dah menjadi neutral. Tiada masalah dihadapi sejak awal tahun 2015. Semua memberikan komitmen dan kerjasama 100% dalam melaksanakan tugas masing-masing. Dah menjadi mudah kerja-kerja pak yoep sebagai penolong kanan. Pelbagai kemudahan dah pak yoep usahakan untuk keselesaan guru-guru melaksanakan tugas mereka. Di antaranya


  1. Komputer.untuk urusan pentadbiran PPKI.
  2. Misen Fotostat untuk kegunaan PPKI.
  3. Misen Laminating Untuk kegunaan PPKI.
  4. Tandas bocor dibaiki setelah sekian lama tidak diambil tindakan.
  5. Penambahan bangunan tambahan.
  6. Stor Khas diwujudkan dibangunan aliran perdana.
  7. Papan Kenyataan untuk ibubapa.
  8. Papan Memo untuk guru.
  9. Onedrive untuk simpanan data PPKI di internet.
  10. T' Shirt baru PPKI yang lebih berkualiti.
  11. Wujudkan Kelab Komuniiti Ibubapa/Guru PPKI.
Malangnya, beberapa hari yang lepas dihubungi oleh pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri...ingin berbincang dengan pak yoep kerana mereka merancang untuk menukarkan pak yoep ke sekolah lain dengan menjawat jawatan yang sama. Kata mereka atas keperluan perkhidmatan. Tujuan untuk 'membaik-pulih' program pendidikan khas di sana.

Pak yoep masih mempertimbangkannya.

Banyak faktor yang perlu difikirkan selain daripada tanggungjawab tersebut. Lokasi bakal bertugas ditempat baru lebih dekat. Faktor keluarga pasti menjadi keutamaan.....?


Respon kengkawan pak yoep kat FB ke atas Post Singkat kat FB pak yoep....


Pak Yoep Dlm proses rundingan

Frieda Raymond Woooooo...meh balik ipoh

Pak Yoep Ipoh penuh dah....

Frieda Raymond.. Gambar orang menangis

Asylatulhanasyila Syila betoi ka cikgu rodi....,.
sedihnya....

SHuk Ryder Cgu rodi nk tukar ke

Pak Yoep Atas keperluan perkhidmatan...

SHuk Ryder Tukar ke sk mane

Nur Haiz Awat yoep? Mai smksp.. xda pengganti lg ni.. huhu.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!