Monday, February 9, 2015

Perjuangan didik anak autism


Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Perjuangan ibu bapa anak-anak istimewa sememangnya penuh belukar, apabila kita cuba berjuang untuk anak-anak ini, terdapat golongan yang tidak memahami......yang sedihnya golongan pendidik murid khas itu sendiri. Anak saya telah tinggal di rumah seorang diri sejak berumur 10 tahun. Ekoran tiada orang yang sanggup menjaganya. Kami sekeluarga sahaja yang berusaha bergilir-gilir menjaganya sekiranya keluar bekerja. Pada masa itu kekuatan dan kesabaran yang Allah S.w.t yang menjadi pedoman...kesedihan hanya menjadi kekuatan untuk meneruskan khidmat bakti yang ada. Sehingga ke hari ini saya....masih dibelengu dengan sebahagian golongan yang tidak cuba memahami kesukaran ini. demi memperjuangkan hak kebajikan anak ini....saya akan terus menambahkan kekuatan melakukan apa yang terdaya .....bagi insan yang Allah titipkan kepada kita sehingga ke akhir waktu.Insya'allah. Semoga Allah memberikan kemenangan kepada kita semua.Amin.
Sumber - PM KAA

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!