Wednesday, March 4, 2015

Pak Yoep - Penceramah


Semalam Guru Besar maklumkan pak yoep kena pergi ke KL untuk memberi ceramah pada awal bulan April. Terkejut juga pak yoep. Tiada penanda awal untuk tugasan tersebut dari PPD atau JPN.

Semakan dibuat ke atas surat yang diterima. Rupa-rupanya pak yoep kena beri ceramah berkaitan dengan program pendidikan khas kepada guru-guru baru dalam kursus pendedahan anjuran JPN Perak.

Berkembang lagi kerjaya pak yoep. Bertugas tidak hanya sebagai cikgu diperingkat sekolah. Sekarang dah jadi penceramah pulak.

Sebelum ini, pak yoep pernah memberi ceramah kepada ibubapa kepada anak-anak istimewa di Lumut anjuran PDK Alor Pongsu.

Semoga dipermudahkan segala urusan. Dapat memberikan ceramah dengan sebaik mungkin. Ilmu yang ada dapat dikembangkan pula kepada guru-guru baru.

Ameen.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!