Monday, March 9, 2015

Tanda Kolestrol Tinggi


Rasanya wajar pak yoep kongsikan sedikit ilmu yang dapat kita amalkan untuk tingkatkan tahap kesihatan kita. Isunya adalah berkaitan dengan kolestrol.

¤Tanda-tanda Kolestrol Tinggi¤
》Jom periksa samaada anda ada tanda-tanda kolestrol tinggi di bawah.

♧Sering berasa kebas-kebas pada kaki.

♧Timbul bintik-bintik putih(biji lemak) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi.

♧Mudah letih, penat dan cepat mengantuk.

Sering berasa sakit kepala. Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.

Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.
Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat. Hal ini menunjukkan kadar kolestrol terlampau tinggi.
☆☆Jika anda mempunyai tanda-tanda yang dinyatakan. 
Apa yang perlu anda lakukan?
~ Lakukan pemeriksaan segera dengan doktor. Anda akan diminta melakukan Ujian Kolesterol untuk memeriksa tahap kolestrol anda.

》 Ingin tahu amalan untuk mengurangkan kolestrol anda yang paling mudah?
♡♡Menurut satu sumber, cara yang paling mudah dan tanpa bajet bagi mengelakkan kolestrol tinggi adalah dengan mandi seawal jam 4 pagi, bersolat sunat sehingga waktu subuh, dan kemudian melakukan aktiviti berjalan kaki di sekitar rumah setelah solat subuh. Rasionalnya, air sejuk yang meresap ke dalam badan dikatakan boleh mengurangkan lemak berkumpul.
Badan yang sihat itu anugerah daripada Allah SWT yang tak ternilai harganya.
Hargailah ia sebelum terlambat!
Sumber - Rahsia Hawa FB

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!