Wednesday, April 29, 2015

Anak autism Zarina Zainuddin, artis

 
Bukan mudah untuk menjadi seorang ibu yang menjaga makan minum anak-anak, suami dan sebagainya. Lagi sukar apabila seorang ibu itu yang bekerjaya. Tetapi tabik harus diberikan kepada ibu-ibu yang menjaga anak kurang upaya contohnya penyakit autism. Bagi yang tidak tahu penyakit autism merupakan kecacatan perkembangan tegal atau dalam Bahasa Inggeris pervasive development disorder iaitu yang melibatkan fungsi otak. 
 
Walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Autism juga melibatkan masalah dengan integrasi deria. Biasanya autism kelihatan pada usia awal tiga tahun. Namun kes sebegini membabitkan dalam 2 hingga 5 kes setiap 1000 orang.
 
Pelakon Zarina Zainuddin salah seorang yang mempunyai anak autism iaitu Muhammad Razil Azrai. Razil mempunyai kembar iaitu Muhammad Raizal Azrai. Selain dari itu Zarina juga mempunyai dua anak lelaki  Muhammad Naim Azrai dan Muhammad Adam Azrai. Walaupun Razil bukan seperti anak lelaki yang lain, tetapi Zarina tidak membezakan anak-anaknya itu. Tersentuh hati apabila melihat instagram Zarina disaat memeluk Razil.
 
“Adam yang ambik video ni ..nak tenangkan abang kena pelok2 dia baru dia rasa selamat dan disayangi ♡ #azil#autism #twins #mylove”
 
“Pagi ni abang kena ambik ubat sebab takut dia cederakan dirinya sendiri..@azal_azrai sebagai adik tak boleh tengok abang dia sedih atau mengamok dia pun turut terasa..seboleh mungkin dia akan pastikan abangnya dalam keadaan selesa ..#autism #twins#mylove #azil #azal”
 
Video yang dikongsi oleh Zarina itu mendapat perhatian ramai. Rata-rata turut berkongsi perasaan Zarina. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah dia kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Tabik kepada Zarina kerana dia berjaya membentuk anak-anaknya supaya menyayangi antara satu sama lain. Sifat Zarina ini harus dicontoh oleh semua masyarakat.

Sumber -  http://sinar.fm

Oh! April 2015


Banyak peristiwa berlaku dalam bulan april 2015.


Pak yoep terlibat dengan pelbagai program yang memerlukan pak yoep bercakap... dalam kata lain...penglibatan dalam memberi ceramah kepada ibubapa, guru dan murid.


6-8 April 2015 berada di KL dalam kursus pendedahan pendidikan khas JPN Perak. Ceramah yang pak yoep sampaikan bertajuk Program Pendidikan Khas Cemerlang

12 April 2015 terjalin kembali hubungan dengan rakan sekolah dalam whatsaap setelah sekian lama terputus hubingan.

18 April 2015 berceramah pula di SMK Sultan Yusuf Batu Gajah Perak dalam LADAP. Berceramah tentang petanque.


23 April 2015 berceramah di dalam program kecemerlangan upsr 2015 di PULARES Batu Gajah Perak. Ceramah Teknik Menjawab SoalanUPSR.


28 April 2015.  Bawa murid pendidikan khas dalam kejohanan olahraga pendidikan khas peringkat daerah kinta selatan.


30 April 2015. Kejohanan olahraga peringkat sekolah.



Ummi 

- Dapat beberapa projek untuk melukis plan. Dapat menambah pendapatan keluarga. Yang sedihnya, beliau terpaksa tak tidur malam menyiapkan plan.


Kak Long 

- Menerima anugerah pelajar terbaik 2014 dalam kelasnya kerana menduduki tempat pertama.

- Peningkatan dalam akademik. Menduduki tempat ke-25 dalam kelas tingkatan 2 daripada 210 pelajar di SMK Convent Ipoh.


- Johan dalam pertandingan Coral Speaking peringkat daerah Kinta Utara. Bakal mewakli daerah ke pertandingan Coral Speaking peringkat negeri



Haziq

- Diberi penghormatan mengiringi pemain bolasepak liga super perak di Stadium Perak semasa perlawanan bolasepak liga super Perak-Terengganu mewakili Gopeng Kidz akademi bolasepak PAFA.

Tuesday, April 28, 2015

4 Cabaran Didik Anak Autisma

How to Handle the 4 Most Challenging Autism Behaviorsboy crying


Does your child scream if he can't wear his favorite shoes? Does he enjoy fondling material of certain textures without regard for where or on whom that fabric may be located? Does he fear the toilet, the market, the dentist?

This was part of a post about The Thinking Person's Guide to Autism left by Shannon Des Roches Rosa, mom to an 11-year-old son with autism, as well as a high-profile advocate and educator for autism awareness.


Sunday, April 26, 2015

Summer Camp insan istimewa



Pak Yoep dan beberapa rakan dengan kerjasama syarikat XXXXXXX sedang merancang untuk menganjurkan Summer Camp untuk anak-anak istimewa yang dijadualkan pada bulan Disember nanti. Kesian tengok anak-anak istimewa ini yang tidak berpeluang untuk mengikuti sebarang aktiviti semasa cuti sekolah akibat tiada atau sedikit sahaja pihak yang mahu menganjurkannya. Aktiviti seumpama ini amat diperlukan oleh mereka bagi meningkatkan tahap keupayaan mereka dalam pelbagai aspek bagi mengharungi kehidupan yang makin mencabar. Doakan agar usaha pak yoep dan rakan-rakan akan dipermudahkan.

Saturday, April 25, 2015

OKU - Penerimaan masyarakat?


Bagaimanakah penerimaan masyarakat kini terhadap anak-anak istimewa. 
Apakah pandangan anda ?


Isu yang dikeutarakan oleh Pn Hasmah Hitam. Beliau merupakan sifu pak yoep semasa menimba ilmu pendidikan khas di Melaka. Ketika itu, beliau merupakan Penyelaras Pendidikan Khas SK Ujung Pasir. Banyak ilmu yang pak yoep terima semasa menimba ilmu di sana. Bimbingan yang diberikan amat pak yoep hargai.

Antara komen-komen FB  Kelab Anak Autisme kendalian pak yoep.

  • Fida Imanina kadang 2 mereka xfham ank 2 ini... mereka akn digelar ank yg nakal n sakit

  • Illa Nabilla Kalau yang tak tau dan tak paham ape itu autism mereka akan fikir anak kita bukan2..tapi kalau yang paham tentang anak kita,mereka akan menganggap anak itu istimewa

  • Md Azharudin Othman Yg tak paham depa kata kena gangguan la mcm2 ,lg, yg paham ok ja

  • Zazaryena Bt Abbas Jaja Mmg kadang2 masyarakat xpaham dgn ank2 hebat ni. Kena byk lg awareness mengenai autism ni sbnarnya. Mcm down sindrom etc. Klau ckp pon dorang akn kta, 'eh ye ke? Xnmpk mcm tu pon.' Then dorang akn suh kita explain. Sometimes perimaan ok but sometimes mcm xok. Mgkin still blur pasal autism. Kena tekankn bkn penyakit suma kecelaruan saraf. Correct me if i'm wrong.

  • Syarila Bahari Malaysia masih ketinggalan. Masih ramai tidak memberi kerjasama, masih ramai tak tahu apa itu autisme. Pengangkutan ke pdk tidak disediakan menyukarkan ibu bapa yg bekerja. Malaysia mmg jauh ketinggalan. Bila anak saya terlepas dari tgn saya, saya keja... dia bagai nak rak org ramai hanya memandang tanpa memberi bantuan. Org Malaysia mmg kurang perihatin. Walau saya org malaysia saya sedih dgn layanan org terhadap anak saya.

  • Midi Ohsem Orng ckap kmi laki bni xpndai jga anak sb biaq ank antuk kpla..bkn biaq..xleh nk lrang..xlrat dah..sdih nguhh

  • Noorfatma Muhamad Alhamdulillah

  • Faridah Azizan Rasa sedih dan sakit ati bla bdk2 lain pggl ank kita gila...yg dewasa plak pndang sinis dan pelik....

  • Dayana Elf Kadang2 mereka fikir anak autisme tu sama macam terencat akal. Kat tmpt sy bljr pun prnh org kta autisme tu mcm org terencat. Autisme bukan macam terencat mlh bnyk ank autisme yg pndai.kne ada bnyk kesedaran kt malaysia..

  • Ruzmaidah Aniq whatever apa org nak ckp..yg pntg sy syg anak sy..sy akan jaga anak syurga ini sebaik mungkin..

  • Albert Daniel Mereka malah mengejek dgn mengatakan anak Autis anak gila. Dan perhatian pemerintah terhadap anak Autis sy rasa sangat kurang apa lg seperti sy yg hidup sebatangkara utk mencari sesuap nasi sama sekali sangat sulit mengingat anak sy yg mengidap Autis perlu mendpt pengawasan yg ketat dari sy
    Like · Reply · 1 · 6 hrs
  • Khairiah Ery Sy x peduli apa orng nk kata pasal anak sy.sy yg lahir kn dn jga anak sy.sy terima dgn rela hati bersyukur sgat2 dgn anugerah allah yg x ternilai ni.

  • Khairiah Ery Apa yg saya fikir kn mengenai anak autis sy ni ialah,sy dh tentu ada anak ahli syurga..

  • Ielah Kulit Manggis Nama manusia normal pon org kata.... Buat bodoh jer yg penting terus repair n repair ank autism kita... Xdpt tunggu org lain ... Pemimpin... Kerajaan... Masyarakat... Pokok celah batu pon bole tumbuh.... Inikan manusia yg berakal... IBU bapa sndiri yg kena positip dulu br org lain.... Anak2 autism bole dibentuk... Klu diorg memandang autism ni gila atau APA pon... Biarkan kita xbole stopkan fikiran negetif org... Postifkan kita dulu.... Mudah Kerja kita Xpercaya Cuba praktis 1 hari... Mind is power... Allah permudahkan.. Amin
  • Hamba Binti Hamba Yg akan faham jika ada anak, cucu atau saudara terdekat jer. Sebb baru kita kaji pasal autisme ni. Itu pun untuk darah daging kita. Yg x pernah alami tetap x kan faham. Kalau ada pun mereka yg betul2 prihatin.

  • Zuraidah Mohd Nor Anak kita biasa je macam anak org lain...

    Cuma nya mereka Lebih istimewa....


    Itu yg membuat mereka lain dari anak orang lain...

    Dan kita Ibu bapa yg bertuah dapat memiliki mereka...

    Xsemua Ibu bapa bertuah seperti kita...

    Anak kita ISTIMEWA...
    Kita Ibu bapa pula SPECIAL dapat Anugerah dari NYA....

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!