Wednesday, April 29, 2015

Anak autism Zarina Zainuddin, artis

 
Bukan mudah untuk menjadi seorang ibu yang menjaga makan minum anak-anak, suami dan sebagainya. Lagi sukar apabila seorang ibu itu yang bekerjaya. Tetapi tabik harus diberikan kepada ibu-ibu yang menjaga anak kurang upaya contohnya penyakit autism. Bagi yang tidak tahu penyakit autism merupakan kecacatan perkembangan tegal atau dalam Bahasa Inggeris pervasive development disorder iaitu yang melibatkan fungsi otak. 
 
Walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Autism juga melibatkan masalah dengan integrasi deria. Biasanya autism kelihatan pada usia awal tiga tahun. Namun kes sebegini membabitkan dalam 2 hingga 5 kes setiap 1000 orang.
 
Pelakon Zarina Zainuddin salah seorang yang mempunyai anak autism iaitu Muhammad Razil Azrai. Razil mempunyai kembar iaitu Muhammad Raizal Azrai. Selain dari itu Zarina juga mempunyai dua anak lelaki  Muhammad Naim Azrai dan Muhammad Adam Azrai. Walaupun Razil bukan seperti anak lelaki yang lain, tetapi Zarina tidak membezakan anak-anaknya itu. Tersentuh hati apabila melihat instagram Zarina disaat memeluk Razil.
 
“Adam yang ambik video ni ..nak tenangkan abang kena pelok2 dia baru dia rasa selamat dan disayangi ♡ #azil#autism #twins #mylove”
 
“Pagi ni abang kena ambik ubat sebab takut dia cederakan dirinya sendiri..@azal_azrai sebagai adik tak boleh tengok abang dia sedih atau mengamok dia pun turut terasa..seboleh mungkin dia akan pastikan abangnya dalam keadaan selesa ..#autism #twins#mylove #azil #azal”
 
Video yang dikongsi oleh Zarina itu mendapat perhatian ramai. Rata-rata turut berkongsi perasaan Zarina. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah dia kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Tabik kepada Zarina kerana dia berjaya membentuk anak-anaknya supaya menyayangi antara satu sama lain. Sifat Zarina ini harus dicontoh oleh semua masyarakat.

Sumber -  http://sinar.fm

1 comment:

  1. Alhamdulillah, satu tulisan blog yang menerangkan tentang autism.
    semoga lebih ramai yang menyedari keistimewaan kanak-kanak ini.
    .
    mari kita dengar apa kata ustaz Ebit Lew tentang ini pula di
    'Konvensyen Tarbiyyatul Aulad', bertempat di Dewan Eksperimental, UIA, GOMBAK,
    pada 30 APRIL 2016.
    .
    Konvensyen ini diadakan kerana berdasarkan pengalaman kami sendiri, kami mendapati ramai ibu bapa yang tidak menyedari bahawa anak mereka mempunyai masalah ini, termasuklah sebahagian para pendidik di luar sana.
    .
    Untuk anak-anak begini, mereka perlukan kaedah pendidikan yang khas, yang sesuai dengan kemampuan mereka.
    contohnya Autisme, mereka ada masalah dengan percakapan dan suka berada di dunia sendiri, NAMUN,
    mengikut fakta, kanak-kanak Autisme mempunyai kreativiti yang sangat tinggi malah Albert Einstein dan Mozart sendiri adalah autisme.
    .
    Hanya kaedah pengajaran yang sesuai sahaja dengan mereka yang dapat menyerlahkan lagi bakat terpendam mereka ini.
    .
    Mari sertai kami, meriahkan lagi 'Konvensyen Tarbiyyatul Aulad'.
    Harga promosi bagi yang awal.
    Hubungi kami (sambungan - Nizam) dan daftar sekarang juga.
    .
    Maklumat lanjut :-
    https://goo.gl/DhdCZy

    ReplyDelete

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!