Friday, April 10, 2015

Kursus Pendedahan Pendidikan Khas


Lama dah pak tak ke udara... tak jenggok laman blog ini. Pak Yoep amat sibuk dengan persiapan untuk memberi ceramah buat kali ke-2.

Kali pertama di Teluk Senangin, Lumut. Beri ceramah kepada ibubapa kepada kanak-kanak OKU daripada PDK Alor Pongsu. Kali ini, diminta beri ceramah kepada kaum guru pulak. Melibatkan 94 orang guru baru dalam Kursus Pendedahan Pendidikan Khas Negeri Perak 2015.

Persiapan pasti perlu lebih teliti kerana melibatkan golongan berpelajaran. Tajuk yang diberikan ialah Program Pendidikan Khas Cemerlang.

Selain berceramah, pak yoep terlibat sebagai urusetia kursus. Terpaksalah berkampung 3 hari di sana. Lokasi tempat kursus ialah Hotel Dynasty, Kuala Lumpur. Terpaksa juga meninggalkan ahli keluarga.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!