Saturday, April 25, 2015

OKU - Penerimaan masyarakat?


Bagaimanakah penerimaan masyarakat kini terhadap anak-anak istimewa. 
Apakah pandangan anda ?


Isu yang dikeutarakan oleh Pn Hasmah Hitam. Beliau merupakan sifu pak yoep semasa menimba ilmu pendidikan khas di Melaka. Ketika itu, beliau merupakan Penyelaras Pendidikan Khas SK Ujung Pasir. Banyak ilmu yang pak yoep terima semasa menimba ilmu di sana. Bimbingan yang diberikan amat pak yoep hargai.

Antara komen-komen FB  Kelab Anak Autisme kendalian pak yoep.

  • Fida Imanina kadang 2 mereka xfham ank 2 ini... mereka akn digelar ank yg nakal n sakit

  • Illa Nabilla Kalau yang tak tau dan tak paham ape itu autism mereka akan fikir anak kita bukan2..tapi kalau yang paham tentang anak kita,mereka akan menganggap anak itu istimewa

  • Md Azharudin Othman Yg tak paham depa kata kena gangguan la mcm2 ,lg, yg paham ok ja

  • Zazaryena Bt Abbas Jaja Mmg kadang2 masyarakat xpaham dgn ank2 hebat ni. Kena byk lg awareness mengenai autism ni sbnarnya. Mcm down sindrom etc. Klau ckp pon dorang akn kta, 'eh ye ke? Xnmpk mcm tu pon.' Then dorang akn suh kita explain. Sometimes perimaan ok but sometimes mcm xok. Mgkin still blur pasal autism. Kena tekankn bkn penyakit suma kecelaruan saraf. Correct me if i'm wrong.

  • Syarila Bahari Malaysia masih ketinggalan. Masih ramai tidak memberi kerjasama, masih ramai tak tahu apa itu autisme. Pengangkutan ke pdk tidak disediakan menyukarkan ibu bapa yg bekerja. Malaysia mmg jauh ketinggalan. Bila anak saya terlepas dari tgn saya, saya keja... dia bagai nak rak org ramai hanya memandang tanpa memberi bantuan. Org Malaysia mmg kurang perihatin. Walau saya org malaysia saya sedih dgn layanan org terhadap anak saya.

  • Midi Ohsem Orng ckap kmi laki bni xpndai jga anak sb biaq ank antuk kpla..bkn biaq..xleh nk lrang..xlrat dah..sdih nguhh

  • Noorfatma Muhamad Alhamdulillah

  • Faridah Azizan Rasa sedih dan sakit ati bla bdk2 lain pggl ank kita gila...yg dewasa plak pndang sinis dan pelik....

  • Dayana Elf Kadang2 mereka fikir anak autisme tu sama macam terencat akal. Kat tmpt sy bljr pun prnh org kta autisme tu mcm org terencat. Autisme bukan macam terencat mlh bnyk ank autisme yg pndai.kne ada bnyk kesedaran kt malaysia..

  • Ruzmaidah Aniq whatever apa org nak ckp..yg pntg sy syg anak sy..sy akan jaga anak syurga ini sebaik mungkin..

  • Albert Daniel Mereka malah mengejek dgn mengatakan anak Autis anak gila. Dan perhatian pemerintah terhadap anak Autis sy rasa sangat kurang apa lg seperti sy yg hidup sebatangkara utk mencari sesuap nasi sama sekali sangat sulit mengingat anak sy yg mengidap Autis perlu mendpt pengawasan yg ketat dari sy
    Like · Reply · 1 · 6 hrs
  • Khairiah Ery Sy x peduli apa orng nk kata pasal anak sy.sy yg lahir kn dn jga anak sy.sy terima dgn rela hati bersyukur sgat2 dgn anugerah allah yg x ternilai ni.

  • Khairiah Ery Apa yg saya fikir kn mengenai anak autis sy ni ialah,sy dh tentu ada anak ahli syurga..

  • Ielah Kulit Manggis Nama manusia normal pon org kata.... Buat bodoh jer yg penting terus repair n repair ank autism kita... Xdpt tunggu org lain ... Pemimpin... Kerajaan... Masyarakat... Pokok celah batu pon bole tumbuh.... Inikan manusia yg berakal... IBU bapa sndiri yg kena positip dulu br org lain.... Anak2 autism bole dibentuk... Klu diorg memandang autism ni gila atau APA pon... Biarkan kita xbole stopkan fikiran negetif org... Postifkan kita dulu.... Mudah Kerja kita Xpercaya Cuba praktis 1 hari... Mind is power... Allah permudahkan.. Amin
  • Hamba Binti Hamba Yg akan faham jika ada anak, cucu atau saudara terdekat jer. Sebb baru kita kaji pasal autisme ni. Itu pun untuk darah daging kita. Yg x pernah alami tetap x kan faham. Kalau ada pun mereka yg betul2 prihatin.

  • Zuraidah Mohd Nor Anak kita biasa je macam anak org lain...

    Cuma nya mereka Lebih istimewa....


    Itu yg membuat mereka lain dari anak orang lain...

    Dan kita Ibu bapa yg bertuah dapat memiliki mereka...

    Xsemua Ibu bapa bertuah seperti kita...

    Anak kita ISTIMEWA...
    Kita Ibu bapa pula SPECIAL dapat Anugerah dari NYA....

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!