Friday, April 17, 2015

Pak Yoep berceramah demi anak istimewa



Nampaknya dah tak cukup masa untuk pak yoep luangkan masa untuk kemaskini blog dan facebook Kelab Anak Autisma akibat komitmen tugas hakiki dan tugasan sampingan. Juga komitmen terhadap keluarga yang masih mempunyai anak-anak yang kecil.

Setelah terima jemputan ceramah kepada ibubapa anjuran PDK Alor Pongsu di Lumut pada bulan Januari, pak yoep terlibat dengan program untuk guru-guru baru di Hotel Dynasty, KL selaku penceramah dan urusetia pada awal bulan April 2015.

Manakala esok, akan memberi ceramah lagi dalam program LADAP untuk guru-guru anjuran SMK Sultan Yusuf Batu Gajah.

Minggu depan bakal berceramah dalam program kecemerlangan UPSR untuk murid berkeperluan khas anjuran JPN Perak di PULARES, Batu Gajah Perak..

Bulan Mei dah terima jemputan ceramah untuk ibubapa sempena Hari Bertemu Waris peringkat sekolah anjuran SMK Seri Putera Ipoh di Fair Park, Kepayang Ipoh Perak.

Tadi baru buka email... rupa-rupanya ada jemputan ceramah lagi dari: 

"Wakil Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) merangkap sukarelawan Autism-Hub for Educational Resources and Training (A-Heart) UniMAP dan mewakili pihak pengerusi ingin menjemput Pak Yeop menjadi salah seorang penceramah untuk menyampaikan ceramah motivasi perkembangan anak-anak Istimewa sempena penganjuran program kesedaran Autisme peringkat UniMAP. Cadangan tarikh adalah pada 28/4/2015."

Moga dipermudahkan urusan pak yoep demi anak-anak istimewa.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!