Friday, July 24, 2015

Malu anak OKU



Sembang2 dgn seorang guru, muridnya di kelas tahun 2. Banyak ciri-ciri murid tersebut ada ciri-ciri murid pendidikan khas. Mohon ibubapanya rujuk kepada doktor sekiranya perlu boleh ditempatkan di kelas pendidikan khas. 

Malangnya ibubapa tidak mahu anaknya dirujuk kepada doktor. Minta kekal di kelas biasa. Sedangkan anaknya memang layak ke kelas pendidikan khas berdasarkan tahap kemampuan akademik amat lemah malah ada masalah pengurusan diri. Tidak mampu urus diri. 

Semua guru di sekolah itu amat kecewa dgn sikap ibubapanya. Bila mengenangkan masa depan murid tersebut.

Yang amat dikesali ialah ibunya merupakan seorang Staf Nurse (Jururawat).

Dia lebih arif tentang masalah yang dihadapi anaknya. Tapi mengapa dia tidak mahu merujuk anaknya kepada doktor untuk mengesahkan anaknya OKU supaya boleh ditempatkan di kelas pendidikan khas.

Jika anaknya terus kekal di kelas biasa, agak sukar anaknya mahu belajar.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!