Monday, November 30, 2015

Teknik didik anak autisma


WASHINGTON 14 April - Kejayaan sekolah Ivymount di Rockville dekat sini membantu kanak-kanak autistik supaya lebih berkeyakinan dan mampu berinteraksi melalui teknik pengajaran dengan muzik, nyanyian serta tarian menarik perhatian Datin Seri Rosmah Mansor.

Isteri Perdana Menteri berkata, kejayaan sekolah itu yang merupakan sekolah harian bukan berasaskan keuntungan “amat memberangsangkan”.


"Walaupun kanak-kanak ini lembam dan autisme, tetapi mempunyai bakat yang tersendiri dalam diri mereka, dan jika diberi pendedahan dalam muzik, mereka bukan sahaja ada bakat tetapi juga mampu mengubah lagu dan sebagainya,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini, semalam.

Rosmah yang juga Presiden Bakti berkata demikian selepas mengadakan lawatan bersama anggota badan itu ke sekolah Ivymount yang terletak kira-kira 20km dari ibu kota Amerika Syarikat.

Sekolah itu yang ditubuhkan hampir 50 tahun lepas bermula dengan seorang pelajar kini mempunyai lebih 200 pelajar berumur dari empat hingga 21 tahun yang mempunyai “kekurangan keupayaan termasuk kurang daya kebolehan pembelajaran khusus, pelbagai kekurangan berkomunikasi atau kelemahan bahasa, kecacatan mental dan masalah kesihatan lain dan autisme. - Bernama

Sumber : Utusan Online

Pak Yoep dapat projek RM3 Juta





Stadium Perak

Dibina: 1965, ubah suai 1975 dan 1993
Kos: 1975 (RM4 juta), 1993 (RM16 juta)
Keluasan: 12 hektar
Kapasiti: 42,500
Pengurusan stadium:- Dewan Bandaraya Ipoh


Acara dianjurkan:-
1994 - Sukan Malaysia (Sukma) ke V
1997 - Perlawanan Akhir Piala FA (Selangor lwn Pulau Pinang)
2003 - Perlawanna Akhir Piala FA (Negeri Sembilan lwn Perlis)

Stadium Perak terletak di Kampung Simee Ipoh. Ia terdiri dari satu kompleks besar yang dinamakan Kompleks Sukan DBI, terdapat stadium sukan seperti Velodrome Rakyat (lumba basikal), Stadium Indera Mulia (stadium tertutup), kompleks renang dan Stadium Azlan Shah (hoki).

Mungkin ada yang bertanya, projek apa yang pak yoep dapat bernilai RM3 juta ya. Projek yang diperolehi itu ialah menyiapkan bilik persalinan di Stadium tersebut. Nilai projek tertinggi yang pernah diperolehi.

Kaya...Kaya...Kaya pak yoep kalau macam tu. 

Maaf, saja nak buat suprise je. Sebenarnya, isteri pak yoep yang kena buat plan untuk projek berkenaan. Nilai projek tertinggi yang pernah dibuatnya. Sepatutnya arkitek yang kena buat tapi isteri pak yoep pulak diarahkan buat. Akur jadi perkerja bawahan. Kena akur arahan bos.

Buat tu tak apa. Masalahnya isteri pak yoep akan bersengkang mata untuk membuatnya. Sampai tak tidur-tidur malam. Projek yang perlu disiapkan segera. Budget dah ada. Selalunya begitulah, jika ada projek yang perlu dibuatnya. Pak Yoep takut kesihatannya terganggu jika tabiatnya berterusan begiitu. Siapa susah. Pak Yoep juga nanti.


Kalau projek sendiri, pasti kaya walaupun sekadar pelukis pelan. Ni..habuk pun tak ada. Buat ikut arahan bos je.

Saturday, November 28, 2015

Hikmah Anak Istimewa

Peluang diberi kepada anak-anak istimewa ikuti aktiviti arus perdana
Di anugerahi anak istimewa kepada sebuah keluarga sebenarnya membawa bermacam-macam rahmat dari Allah untuk di sampaikan melalui mereka buat ibubapa dan seluruh ahli keluarga.
Saya selalu kongsi kisah Aiman...bukan bermaksud saya telah berjaya mendidik dan mencurah ilmu keibubapaan kepada dia. Ia lebih kepada progress perkembangan dia dari segi pemikiran, tingkahlaku, pemahaman dari segi menerima arahan.
Aiman juga banyak mengajar sebenarnya kepada kami khususnya saya sendiri sebagai ibunya erti ikhlas, sabar dan redha juga istiqomah. Kalau semalam saya boleh sabar...hari berikutnya saya juga kena sabar. Dalam masa yang sama saya rasa seolah-olah Allah bagi saya peluang untuk menebus segala kesilapan saya terhadap anak-anak yang lain. Mungkin selama ini mereka 'takut' tetapi tiada 'ketaatan' yang hakiki terhadap saya dan suami. Menyedarkan juga bahawa saya selama ini sekadar melunaskan tanggungjawab membesarkan mereka di sebalik tanggungjawab sebagai ibubapa yang melahirkan mereka DARI menunaikan amanah dari Allah yang sebetulnya. Membesarkan mereka dengan memberi makan minum, membelikan pakaian dan melindungi mereka dari sakit demam atau panas dan hujan.
Alhamdulillah... Aiman juga memperbetulkan sikap saya dan suami supaya berlaku adil dan kesamarataan memberi kasihsayang. Tiada jurang sebesar zarah pun antara anak-anak kita. Kehadiran Aiman banyak menampung kekurangan dan melengkapi sesama kami.

Berusaha lebih kepada persediaan ukhrawi buat mereka. Jatuh bangun terus menggali ilmu yang amat sedikit ini. Syukur banyak kawan-kawan kiri-kanan sentiasa titipkan kata-kata semangat dan nasihat lebih-lebih lagi sudi menegur salah dan silap.

Jika kita lebih memikirkan keperluan duniawi mereka maka akan makin jauh dan payahnya kita menyemai keperluan dan persediaan ukhrawi mereka. Semoga kita semua tabah, sabar dan redha dalam apa juga situasi membesarkan zuriat kita.

Sumber - Muslimah Qaseh

Mata Kabur?

Lama dah pak yoep tak cerita tentang Attitude Therapy. Berikut adalah produk yang boleh diamalkan sekiranya tuan/puan ada masalah berkaitan dengan mata. Hubungi pak yoep sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan produk Attitude Therapy. alkindi591919@yahoo.com atau PM di Laman FB Attitude Therapy pak yoep ini

#Rawat Sihat Attitude Therapy
#Duta Attitude Therapy

Mata kabur berkait rapat sangat dengan kadar toksik yg ada dalam darah. Toksik wujud kerana kelemahan system pencernaan memperoses makanan sehingga makanan tidak dapat ditukarkan sepenuhnya menjadi zat.

Toksik dalam darah menyebabkan penyumbatan urat halus keliling mata yg mengganggu pengaliran darah.

Eye aim merawat mata dan saluran halus sekitar mata hingga kedalam telinga.


Cara guna:
Titikkan eye aim ke mata setiap 3 jam

Friday, November 27, 2015

Autisma - Wikipedia.org (Ulangan)


Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal (Bahasa Inggerispervasive developmental disorder) yang melibatkan fungsiotak. Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris (Bahasa Inggerispsychiatric disorder) mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Autisme juga melibatkanmasalah dengan integrasi deria. Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun. Dianggarkan bahawa autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan (dari "Autism Society of America":  Autisme lebih kerap dikalangan lelaki berkulit putih.
Pada masa kini, autisme boleh dirawat tetapi tidak dapat dipulihkan. (Walaupun terdapat organisasi bergelar Sembuhkan Autisme Sekarang "Cure Autism Now"). Diagnosis dan latihan awal amat penting bagi perkembangan masa hadapan kanak-kanak.
Sindrom Asperger dipercayai sebagai bentuk autisme fungsi tinggi, tetapi ini bukanlah sentiasa benar. Perbezaan utama antarasindrome Kanner, dengan autisme klassik, dan sindrome Asperger adalah Asperger tidak mempunyai kelewatan jelas dalam pertuturan, dan kecergasan adalah biasa atau lebih. Dalam autisme Kanner terdapat kelewatan jelas dalam pertuturan dan biasanya mempunyai kecergasan rendah dari kebiasaan . 
Pandangan lain mengenai kecacatan ini adalah autisum adalah berterusan on a continuum, dengan itu boleh juga dikenali sebagaimasalah spektrum autistik autistic spectrum disorder. Masalah berterusan ( continuum ) lain yang berkait adalah Kegagalan Integrasi Deria ( Sensory Integration Dysfunction ) yang berkaitan dengan bagaimana cara kita menyelaras maklumat yang kita terima daripada deria kita. Autism, Sindrom Asperger, dan Kegagalan Integrasi Deria adalah berkait rapat dan saling bertindan.
Sesetengah individu yang berjaya dipercayai mengalami autism pada peringkat tertentu. Bagaimanapun, autism lebih kerap di dapati pada individual yang mempunyai permasalahan pembelajaran (learning disabilities).
Terdapat dua jenis autism utama, autism regresif dan autism awal bayi ( early infantile autism ). Autism awal bayi hadir semasa kelahiran sementara autism regresif bermula ketika berusia 18 bulan.
Terdapat lonjakan dalam kes yang dilapurkan sedunia tentang kes autism pada 10 tahun terakhir. Terdapat banyak spekulasi mengenai mengapa ini berlaku, tanpa sebarang bukti khusus yang menyokong theori tertentu. Bagaimanapun, kajian telah menolak spekulasi bahawa peningkatan ini disebabkan oleh peningkatan dalam kaedah diognistik.
Pada abad terakhir, populasi di Amerika Syarikat meningkat 13%. Terdapat peningkatan dalam kecacatan tidak berkait dengan autism sekitar 16%. Peningkatan kadar autism pula adalah 173%.
Beberapa perkara perlu disebutkan di sini adalah:
  • fenomena idiot savant kadang-kala dilihat pada mereka yang mempunyai autism
  • autism, asperger semakin kerap dianggap sebagai keupayaan masyarakat yang berterusan ( continuum of social capability ).
  • penyelidikan terkini (kontrovesi) di UK mencadangkan kemungkinannya terdapat kaitan antara autism dan vaksin MMR
  • analisa autism sebagai kebutaan minda ( mind blindness" ) -- ketidak mampuan mencipta model fikiran orang lain. Contoh biasa adalah "di mana X mencari objek yang mereka simpan, tetapi dialih oleh Y" -- lihat teori minda
  • terdapat dakwaan terkini bahawa autism kemungkinannya didorong oleh keracunan logam berat/logam raksa (tiada sokongan dalam penulisan perubatan utama.?)
  • peningkatan dakwaan rawatan berjaya pada kanak-kanak dengan rwatan chelation permakanan bebas kafin, bebas gluten & raksa.
  • RDI merupakan program rawatan mensasar kecacatan teras sosial/hubungan pesakit autism
Kedua-dau Oliver Sacks dan Torey Hayden telah menulis mengenai pesakit atau pelajar autistik. Temple Grandin turut menulis mengenai hidupnya. Donna Williams (Autism:an inside-out approach, ISBN 1-85302-387-6) gives an interesting perspective on the experience of the person with autism.
Di Malaysia, kanak-kanak warganegara Malaysia yang telah disahkan autisme boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripadaJabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) dan pelajar memperoleh bantuan kewangan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya.[1]

Sumber - https://ms.wikipedia.org/wiki/Autisme

1 - Sistem # Ayat Follow Up


Kat sini pak yoep nak kongsi ilmu kepada yang telah atau sedang ceburi bisnes. Tak banyak pun ilmu pak yoep. Cuma nak share ilmu yang baru pak yoep dapat. Hasil kelas online kat aje telegram Massenger melibatkan seramai 134 orang dengan En Azhar Hamid, Guruniaga, tempohari. Walaupun simple aje, tapi banyak manfaatnya. Pak Yoep kongsikan ilmu sehingga Jan 2016. Ada 15 post semuanya. Pak Yoep postkan satu per satu.

Ilmu Pertama:

code kan customer kita camni..
ikut hari / produk / no. bil
(25/11/st/1)

nama customer hanya ditulis lepas dah close deal
(25/11/cw/1 - Azhar)


boleh follow... Bismillah 

Menjelang 10 hari terakhir ramadan 

Best Best Best kan 


Beberapa jam sahaja lagi untuk kelas 
ONLINE STORYTELLING akan bermula.

5 jam sahaja lagi 

malam ini temujanji kita jam 10.30 malam
di dalam group telegram tau.

yang dah belajar tahniah saya Ucapkan.

dah hantar nama dan no telefon ke

hantarlah ke admin saya sekarang 
nama dan no telefon melalui Whatapps.

taip STE dan send ke no 0195711825
inshaAllah admin saya akan monitor dan 
beri detail seterusnya pada anda 

syukur dan alhamdulillah 
banyak yang saya terima respon dari EMEL 
baru baru ini.

moga anda semua sihat dan menjalani 10 
terakhir ramadan dengan penuh tawajuh 

Sama-sama kita amalkan. 
Terima kasih En Azhar atas  perkongsian ilmu.

#Rawat Sihat Attitude Therapy

Thursday, November 26, 2015

EIP - Keperluan kanak-kanak autisma


Sekadar berkongsi cerita.

Ambil ikhtibar dari cerita yang bakal dikongsi bersama dipetik daripada http://blogserius.blogspot.my/

Pak Yoep turut berhasrat untuk wujudkan pusat pendidikan kanak-kanak autisma suatu ketika nanti. Kewujudannya amat diperlukan kerana perkhidmatan ini hanya dimonopoli bukan melayu yang sukar untuk terapkan budaya keIslaman dikalangan anak-anak autisma. Bila? Hanya waktu menentukannya.


Ceritanya begini.....Yang bakal menjadi panduan pak yoep wujudkannya pada suatu hari nanti. Doakan lah agar hasrat ini berjaya demi anak-anak autisma. Nama pusat ini ialah TERAPI AUTISTIK NOURI.

Baru2 ni aku hantar email kepada 100 orang kawan dan kenalan minta sumbangan untuk autisme, tapi yang respon cuma 2 orang. Cuma dua orang.

Mungkin sebab orang tak berapa faham masalah autisme. Jadi aku tergerak untuk tulis cerita panjang:

Ada beberapa orang tanya, sebab apa aku terlibat dalam dunia autisme. Sebab orang yang dalam video ni lah.

Kami kawan dari kecik, susah senang tak penah berpisah, jarang sangat berenggang - ngaji quran sama2, sekolah (dan tuang sekolah) sama2, pindah sekolah sama2, masuk universiti yg sama,dok rumah yg sama, kerja pun sama2. Tiba2 anak dia disahkan ada autistisme. Aku tanya dia, ada ubat? Dia kata, "takdak." Boleh sembuh? Dia kata, "seumur hidup." Memandangkan beberapa orang kawan kami ni dah janji nak bersahabat dunia akhirat, termasuk aku, maka tanggungan seumur hidup dia pun menjadi tanggungan seumur hidup aku.

Memang mudah saja punca awalnya, tak rumit pun: kerana kawan.Yang rumit dan menyayat hati ialah benda2 yang aku tengok selepas mula bergerak nak bantu dia.

Rupa2nya kes autisme ni banyak, kos terapi dan penjagaan pulak tak terjangkau. Keluarga yg income 6-7 ribu sebulan pun belum tentu mampu, apatahlagi yg pendapatan kurang drpd tu. Ada kes yang bapa terpaksa buat sangkar untuk anak di rumah sebab tak mampu nak hantar anak ke pusat penjagaan. Banyak juga kes mak/bapak yang pendapatan dah memang tak cukup untuk hidup terpaksa pula berhenti kerja sebab perlu jaga anak autistik.

Fakhri sendiri di peringkat awal bernasib baik sebab dapat boss yang ada hati perut. Pak Khalid Jaafar bagi izin untuk dia buat kerja di rumah, dengan beban kerja yang tak terlalu berat. Siang jaga anak sambil pelan2 ketuk kibod laptop, malam bersengkang mata siapkan kerja.

Tapi masalah tak selesai. Anak autistik perlu terapi dan penjagaan khusus. Dia rasa perlu berhenti kerja untuk tumpu pada pendidikan dan terapi anak. Macam mana nak jaga anak kalau dah berenti kerja dan takda pendapatan?

Lepas 'mesyuarat' dengan kawan2, dia buat keputusan untuk usaha tubuhkan pusat terapi dan penjagaan sendiri. Dalam proses tu, aku sendiri pernah duduk di rumah dia sebulan, tengok sendiri macam mana perit nak urus anak autistik. Perit yang amat.

Jadi, mulalah kami ke sana-sini minta nasihat, cari jalan nak buka pusat autisme. kawan2 yang semangat nak membantu masing-masing poket kosong, sengkek semuanya. Dipendekkan cerita, naik bukit turun bukit naik bukit turun bukit, hari ini dah tertubuh Letzhop Autism EIP.

Tapi itu baru permulaan. Untuk pusat ni bergerak, banyak dana diperlukan, terutama kerana yang kami nak bangunkan ialah model pusat terapi dan penjagaan autisme berbiaya rendah, untuk memberi peluang kepada keluarga miskin.

Setakat yang kami pernah tempuh, nak cari dana untuk autisme ni amat susah. Tak banyak orang faham masalah autisme. Fizikal kanak-kanak autistik sempurna, dan sebahagian besar mereka comel. Yang tak banyak orang tahu, mereka sebenarnya boleh dikatakan seperti berada dalam gua gelap. Mereka tak buta, tapi yang mereka nampak bukan seperti orang biasa. Mereka tak bisu, tapi tak tahu bercakap (nak minta makan-minum pun tak reti). Mereka tak pekak, tapi bunyi yang mereka dengar tak mampu mereka fahami. Mereka tak faham apa saja yang berlaku di keliling mereka. Dan ini keadaan mereka seumur hidup, tak banyak yang dapat diubah.

Kalau macam tu, untuk apa bantu? Mereka perlu dibantu sejak usia 2-3 tahun supaya:

1. Sekurang-kurangnya mereka tahu nak ke tandas, nak pakai baju dan nak minta makanan/minuman.
2. Potensi istimewa dalam diri mereka dapat dicungkil, supaya mereka boleh melakukan sesuatu dalam kehidupan (sebahagian mereka mempunyai kebolehan matematik dan seni yang luar biasa, antaranya saintis terkenal John Nash)
3. Supaya masalah sesebuah keluarga itu tidak melarat sehingga berlaku perceraian atau pendidikan/penjagaan anak-anak lain dalam keluarga terabai.
Paling tidak, supaya sekurang2nya anak2 ni boleh bahagia dalam dunia mereka yang tersendiri.

Bagaimana membantu?

Untuk permulaan, hulurkan derma RM20, RM50, atau berapa saja yang mampu ke nombor akaun XXXXXXXXXXX (Tak dapat dipamerkan - Mohon search sendiri) Maybank Berhad, atas nama PUSAT JAGAAN 


TERAPI AUTISTIK NOURI.

Untuk apa derma ni?

Untuk kerja awal penubuhan yayasan Inisiatif Sokongan Autisme Nouri (INSANI).
INSANI untuk apa?

1. Menyokong perkembangan Letzhop Autism EIP dari segi
  • a. Meningkatkan bilangan dan keupayaan guru/juru terapi
  • b. Program pendidikan di kalangan ibu bapa
  • c. Meningkatkan alat bantu mengajar
  • d. Menerapkan modul/pendekatan baru

2. Menjalankan kegiatan pengumpulan dana untuk menyediakan 
  • a. Biasiswa untuk anak dari keluarga kurang berkemampuan; dan 
  • b. Kegiatan pembangunan dan penyelidikan intervensi awal dan pendidikan lanjutan (pra-vokasional dan Vokasional)

3. Membentuk pasukan sukarelawan.
4. Menjalankan penyelidikan tentang kaedah-kaedah intervensi awal autism, menambah baik modul dan juga pendidikan lanjutan.
5. Membentuk jaringan dengan badan kebajikan dan pertubuhan antarabangsa yang berkaitan dengan kanak-kanak.

6. Menawarkan khidmat perundingan kepada mana-mana pihak yang mahu membuka pusat autisme.


Diharapkan maklumat ini boleh dijadikan panduan untuk sesiapa sahaja yang ingin membantu anak-anak autisma.


Tuesday, November 24, 2015

Zainil Iqmal - Ketabahan seorang Ibu


Pak yoep nak sembang sikit mengenai adik Iqmal, anak istimewa (OKU) yang kini masih terlantar akibat sawan yang pernah diceritakan sebelum ini. Pak Yoep kagum dengan ketabahannya sebagai ibu muda (ibu tunggal) yang menghadapi saat kritikal tapi masih tenang menghadapi dugaan dan cabaran menjaga Iqmal. Dikesempatan ini pak yoep ingin mohon pengunjung laman ini, hulurkanlah sedikit bantuan kewangan kepadanya untuk keperluan adik Iqmal. Kos susunya sahaja RM80 setin yang hanya bertahan 5 hari sahaja. Hanya susu sahaja adik Iqmal untuk teruskan kehidupan yang disalurkan melalui tiup di hidungnya. Keperluan utama kedua yang diperlukan ialah pampers. Ibu Iqmal tidak dapat berkerja kerana terpaksa menjaga Iqmal sepenuh masa sebagaimana diarahkan oleh pihak hospital. Penjagaan rapi perlu dilakukan ke atas Iqmal.

MOHAMAD ZAINIL IQMAL BIN MOHAMAD ZAINI

Bank Simpanan Nasional
08234-41-00003160-4.

Memetik kata-kata ibunya di laman FB. Hanya FB tempat ibunya meluahkan isi hati. Moga beliau terus tabah menghadapi dugaan ini. Sungguhnya Allah tidak akan memberati hambaNya diluar kemampuan hambaNya sendiri:

DENGAN IZIN,

Siap da kai splint kt tgn gn kaki tido ye sayang...tido dlm.kelambu lg huhuhu..sweet je awk syg..
Bila ingt kta² doc..
Sedih hati ni..ibu thu doc tu bkn tuhan..tp sdikit sbnyak ibu sentap..gn kta doc. 
Ape pn ibu bt yg trbaik dn trmampu..kuatlah iqmal demi ibu dn insan² yg sayangkn iqmal..ibu kadang xkuat..
Xthu nk gmbr ht dn prasaan ni bila kngkn ape je kta² doc..
"Anytime he can go"...
Iqmal nmpk de perubhan sikit demi sikit walaupn iqmal sbnanye xde respon yg memuaskn tp ibu tahu ank ibu kuat semangat..sbb semangat ibu nk iqmal sihat tu 100% syg..
Doc xnk ibu bharap trlalu tinggi doc xnk ibu
Terlalu yakin..
Tp ibu yakin setiap ketentuan dr Allah swt..
Hari² ibu tatap wajah wildan syurga
Wajah yg tenang..wajah yg xde lg senyuman nakal wajah yg berseri..sungguh rsa bgai ditikam² hati ni nakkk...
Kadang ibu rasa ibu sorang sgt bila ibu sedih dgn semua ni..walau opah adikbradik sahabat kawan² bg smngt tipu la klo ibu ckp ibu ok..ibu nk awk sygg...bia lah ibu mluahkn disini..syer ape ibu rasa..ibu sunyi tanpa gelak tawa awk..iqmal...malam.ni trasa sgt sedih pilu hati ni..ape lah yg bmain dlm ht ibu..harap cuma mainan prasaan...
‪#‎allahsebaikperancang‬


Sunday, November 22, 2015

Rawatan Autisme - Terapi Pertuturan


Dari sudut perubatan, masih belum terdapat ubat yang boleh merawat autisme. Kanak-kanak autisme memerlukan rawatan multidisiplin atau terapi yang melibatkan pelbagai pakar dari bidang berbeza. Ini bagi membantu mereka mengatasi masalah yang berkaitan dengan kelewatan perkembangan.
Terapi dapat membantu mereka untuk mendapat kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan mereka mengurus diri, belajar dan berkomunikasi dengan orang lain. Antara terapi yang penting untuk kanak-kanak autisme adalah terapi pertuturan-bahasa dan terapi carakerja.
Sumber: http://jppp.hukm.ukm.my/JPPP%20Bahasa/new_page_4.htm

Terapi Pertuturan-Bahasa
Terapi pertuturan-bahasa diberikan oleh Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) atau Terapis Pertuturan-Bahasa. Terapi ini diberikan kepada kanak-kanak autisme bagi membantu kemahiran bahasa, pertuturan dan komunikasi. Matlamat terapi yang diberikan adalah untuk mengoptimumkan fungsi komunikasi kanak-kanak autisme.
Terapi pertuturan-bahasa bagi kanak-kanak autisme merangkumi:
  • Penilaian bahasa, pertuturan dan komunikasi
  • Terapi bahasa, pertuturan dan komunikasi
  • Penggunaan Komunikasi Augmentatif dan Alternatif
Penilaian bahasa, pertuturan dan komunikasi
Penilaian dijalankan bagi mengetahui tahap kemahiran bahasa, pertuturan dan komunikasi kanak-kanak autisme. Berdasarkan hasil penilaian, Terapis Pertuturan-Bahasa membuat diagnosis kemahiran bahasa, pertuturan dan komunikasi serta berbincang dengan ibu bapa/penjaga mengenai matlamat terapi yang dijalankan.
Terapi bahasa, pertuturan dan komunikasi
Terapi akan dijalankan mengikut matlamat yang telah dibincangkan bersama-sama ibu bapa/penjaga. Antara matlamat terapi yang penting bagi kanak-kanak autisme ialah:
 Penggunaan Komunikasi Augmentatif dan Alternatif (AAC)
Sebahagian besar kanak-kanak autisme memerlukan Komunikasi Augmentatif dan Alternatif (AAC) bagi membantu mereka berkomunikasi dan menyatakan kehendak. Kaedah AAC amat membantu kanak-kanak autisme yang tidak boleh bercakap atau mempunyai pertuturan yang terhad. Antara kaedah AAC yang sering digunakan dalam membantu kanak-kanak autisme adalah komunikasi bergambar atau Picture Exchange Communication System (PECS). (Komunikasi pilihan: Tanpa Bercakap)
Kesimpulan
Kesimpulannya, terapi pertuturan-bahasa yang diberikan kepada kanak-kanak autisme bertujuan untuk memastikan mereka mendapat kemahiran yang sewajarnya bagi membolehkan mereka berkomunikasi dengan individu lain pada tahap yang optimum. Ini boleh mengurangkan ciri-ciri autisme yang terdapat pada kanak-kanak. Kanak-kanak autisme pada tahap ringan berpeluang untuk mencapai tahap perkembangan normal seperti kanak-kanak lain sekiranya mendapat rawatan multidisiplin seawal usia dua (2) hingga tiga (3) tahun. Kanak-kanak autisme pada tahap sederhana dan teruk pula, kebiasaannya adalah sukar untuk mencapai tahap perkembangan normal.

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!