Thursday, November 26, 2015

EIP - Keperluan kanak-kanak autisma


Sekadar berkongsi cerita.

Ambil ikhtibar dari cerita yang bakal dikongsi bersama dipetik daripada http://blogserius.blogspot.my/

Pak Yoep turut berhasrat untuk wujudkan pusat pendidikan kanak-kanak autisma suatu ketika nanti. Kewujudannya amat diperlukan kerana perkhidmatan ini hanya dimonopoli bukan melayu yang sukar untuk terapkan budaya keIslaman dikalangan anak-anak autisma. Bila? Hanya waktu menentukannya.


Ceritanya begini.....Yang bakal menjadi panduan pak yoep wujudkannya pada suatu hari nanti. Doakan lah agar hasrat ini berjaya demi anak-anak autisma. Nama pusat ini ialah TERAPI AUTISTIK NOURI.

Baru2 ni aku hantar email kepada 100 orang kawan dan kenalan minta sumbangan untuk autisme, tapi yang respon cuma 2 orang. Cuma dua orang.

Mungkin sebab orang tak berapa faham masalah autisme. Jadi aku tergerak untuk tulis cerita panjang:

Ada beberapa orang tanya, sebab apa aku terlibat dalam dunia autisme. Sebab orang yang dalam video ni lah.

Kami kawan dari kecik, susah senang tak penah berpisah, jarang sangat berenggang - ngaji quran sama2, sekolah (dan tuang sekolah) sama2, pindah sekolah sama2, masuk universiti yg sama,dok rumah yg sama, kerja pun sama2. Tiba2 anak dia disahkan ada autistisme. Aku tanya dia, ada ubat? Dia kata, "takdak." Boleh sembuh? Dia kata, "seumur hidup." Memandangkan beberapa orang kawan kami ni dah janji nak bersahabat dunia akhirat, termasuk aku, maka tanggungan seumur hidup dia pun menjadi tanggungan seumur hidup aku.

Memang mudah saja punca awalnya, tak rumit pun: kerana kawan.Yang rumit dan menyayat hati ialah benda2 yang aku tengok selepas mula bergerak nak bantu dia.

Rupa2nya kes autisme ni banyak, kos terapi dan penjagaan pulak tak terjangkau. Keluarga yg income 6-7 ribu sebulan pun belum tentu mampu, apatahlagi yg pendapatan kurang drpd tu. Ada kes yang bapa terpaksa buat sangkar untuk anak di rumah sebab tak mampu nak hantar anak ke pusat penjagaan. Banyak juga kes mak/bapak yang pendapatan dah memang tak cukup untuk hidup terpaksa pula berhenti kerja sebab perlu jaga anak autistik.

Fakhri sendiri di peringkat awal bernasib baik sebab dapat boss yang ada hati perut. Pak Khalid Jaafar bagi izin untuk dia buat kerja di rumah, dengan beban kerja yang tak terlalu berat. Siang jaga anak sambil pelan2 ketuk kibod laptop, malam bersengkang mata siapkan kerja.

Tapi masalah tak selesai. Anak autistik perlu terapi dan penjagaan khusus. Dia rasa perlu berhenti kerja untuk tumpu pada pendidikan dan terapi anak. Macam mana nak jaga anak kalau dah berenti kerja dan takda pendapatan?

Lepas 'mesyuarat' dengan kawan2, dia buat keputusan untuk usaha tubuhkan pusat terapi dan penjagaan sendiri. Dalam proses tu, aku sendiri pernah duduk di rumah dia sebulan, tengok sendiri macam mana perit nak urus anak autistik. Perit yang amat.

Jadi, mulalah kami ke sana-sini minta nasihat, cari jalan nak buka pusat autisme. kawan2 yang semangat nak membantu masing-masing poket kosong, sengkek semuanya. Dipendekkan cerita, naik bukit turun bukit naik bukit turun bukit, hari ini dah tertubuh Letzhop Autism EIP.

Tapi itu baru permulaan. Untuk pusat ni bergerak, banyak dana diperlukan, terutama kerana yang kami nak bangunkan ialah model pusat terapi dan penjagaan autisme berbiaya rendah, untuk memberi peluang kepada keluarga miskin.

Setakat yang kami pernah tempuh, nak cari dana untuk autisme ni amat susah. Tak banyak orang faham masalah autisme. Fizikal kanak-kanak autistik sempurna, dan sebahagian besar mereka comel. Yang tak banyak orang tahu, mereka sebenarnya boleh dikatakan seperti berada dalam gua gelap. Mereka tak buta, tapi yang mereka nampak bukan seperti orang biasa. Mereka tak bisu, tapi tak tahu bercakap (nak minta makan-minum pun tak reti). Mereka tak pekak, tapi bunyi yang mereka dengar tak mampu mereka fahami. Mereka tak faham apa saja yang berlaku di keliling mereka. Dan ini keadaan mereka seumur hidup, tak banyak yang dapat diubah.

Kalau macam tu, untuk apa bantu? Mereka perlu dibantu sejak usia 2-3 tahun supaya:

1. Sekurang-kurangnya mereka tahu nak ke tandas, nak pakai baju dan nak minta makanan/minuman.
2. Potensi istimewa dalam diri mereka dapat dicungkil, supaya mereka boleh melakukan sesuatu dalam kehidupan (sebahagian mereka mempunyai kebolehan matematik dan seni yang luar biasa, antaranya saintis terkenal John Nash)
3. Supaya masalah sesebuah keluarga itu tidak melarat sehingga berlaku perceraian atau pendidikan/penjagaan anak-anak lain dalam keluarga terabai.
Paling tidak, supaya sekurang2nya anak2 ni boleh bahagia dalam dunia mereka yang tersendiri.

Bagaimana membantu?

Untuk permulaan, hulurkan derma RM20, RM50, atau berapa saja yang mampu ke nombor akaun XXXXXXXXXXX (Tak dapat dipamerkan - Mohon search sendiri) Maybank Berhad, atas nama PUSAT JAGAAN 


TERAPI AUTISTIK NOURI.

Untuk apa derma ni?

Untuk kerja awal penubuhan yayasan Inisiatif Sokongan Autisme Nouri (INSANI).
INSANI untuk apa?

1. Menyokong perkembangan Letzhop Autism EIP dari segi
  • a. Meningkatkan bilangan dan keupayaan guru/juru terapi
  • b. Program pendidikan di kalangan ibu bapa
  • c. Meningkatkan alat bantu mengajar
  • d. Menerapkan modul/pendekatan baru

2. Menjalankan kegiatan pengumpulan dana untuk menyediakan 
  • a. Biasiswa untuk anak dari keluarga kurang berkemampuan; dan 
  • b. Kegiatan pembangunan dan penyelidikan intervensi awal dan pendidikan lanjutan (pra-vokasional dan Vokasional)

3. Membentuk pasukan sukarelawan.
4. Menjalankan penyelidikan tentang kaedah-kaedah intervensi awal autism, menambah baik modul dan juga pendidikan lanjutan.
5. Membentuk jaringan dengan badan kebajikan dan pertubuhan antarabangsa yang berkaitan dengan kanak-kanak.

6. Menawarkan khidmat perundingan kepada mana-mana pihak yang mahu membuka pusat autisme.


Diharapkan maklumat ini boleh dijadikan panduan untuk sesiapa sahaja yang ingin membantu anak-anak autisma.


No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!