Thursday, November 12, 2015

MRSM Kuala Kangsar


Tanggal 10 Nov 2015 (Selasa), pak yoep ambil kesempatan sempena cuti Deepavali pergi ke Kuala Kangsar... MRSM untuk tinjauan lokasi tempat di mana kak long akan menghadiri temuduga pada 18 Nov 2015.

Berkumungkinan kak long akan pergi dengan umminya sahaja. Pak Yoep ada dua aktiviti pada tarikh tersebut. Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik peringkat sekolah dan Hari Terbuka Pendidikan Khas peringkat negeri Perak di RTC Gopeng. Pak Yoep terlibat dalam kedua-dua acara tersebut.

Percubaan pertama untuk memasuki MRSM gagal selepas menduduki UPSR.

Mohon doakan agar kak long berjaya dalam temuduga tersebut. Seterusnya ditempatkan di MRSM Ghaffar Baba Melaka (antara MRSM terbaik di Malaysia) sebagaimana dipohon oleh kak long.

Kami sekeluarga ucapkan jutaan terima kasih atas iringan doa tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!