Monday, November 30, 2015

Pak Yoep dapat projek RM3 Juta





Stadium Perak

Dibina: 1965, ubah suai 1975 dan 1993
Kos: 1975 (RM4 juta), 1993 (RM16 juta)
Keluasan: 12 hektar
Kapasiti: 42,500
Pengurusan stadium:- Dewan Bandaraya Ipoh


Acara dianjurkan:-
1994 - Sukan Malaysia (Sukma) ke V
1997 - Perlawanan Akhir Piala FA (Selangor lwn Pulau Pinang)
2003 - Perlawanna Akhir Piala FA (Negeri Sembilan lwn Perlis)

Stadium Perak terletak di Kampung Simee Ipoh. Ia terdiri dari satu kompleks besar yang dinamakan Kompleks Sukan DBI, terdapat stadium sukan seperti Velodrome Rakyat (lumba basikal), Stadium Indera Mulia (stadium tertutup), kompleks renang dan Stadium Azlan Shah (hoki).

Mungkin ada yang bertanya, projek apa yang pak yoep dapat bernilai RM3 juta ya. Projek yang diperolehi itu ialah menyiapkan bilik persalinan di Stadium tersebut. Nilai projek tertinggi yang pernah diperolehi.

Kaya...Kaya...Kaya pak yoep kalau macam tu. 

Maaf, saja nak buat suprise je. Sebenarnya, isteri pak yoep yang kena buat plan untuk projek berkenaan. Nilai projek tertinggi yang pernah dibuatnya. Sepatutnya arkitek yang kena buat tapi isteri pak yoep pulak diarahkan buat. Akur jadi perkerja bawahan. Kena akur arahan bos.

Buat tu tak apa. Masalahnya isteri pak yoep akan bersengkang mata untuk membuatnya. Sampai tak tidur-tidur malam. Projek yang perlu disiapkan segera. Budget dah ada. Selalunya begitulah, jika ada projek yang perlu dibuatnya. Pak Yoep takut kesihatannya terganggu jika tabiatnya berterusan begiitu. Siapa susah. Pak Yoep juga nanti.


Kalau projek sendiri, pasti kaya walaupun sekadar pelukis pelan. Ni..habuk pun tak ada. Buat ikut arahan bos je.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!