Wednesday, December 2, 2015

Anak Belajar Membuang Air Besar ke Tandas


Pak Yoep nak berkongsi sedikit ilmu dalam isu yang paling kritikal dihadapi oleh ibubapa yang berkemungkinan besar menyukarkan anak-anak autisma ditempatkan di tadika dan juga di sekolah samada di aliran perdana atau kelas pendidikan khas. Syarat utama penempatan di kelas pendidikan khas ialah anak-anak ini boleh mengurus diri termasuk membuang air besar/kecil sendiri. Ilmu dikongsikan daripada blog
http://www.fitmummyforlife.com/

Ceritanya begini....

Assalammualaikum,

Bersambung dengan part 2 untuk potty training anak.

Pengalaman potty training anak saya ,orang, sedikit sebanyak ada jugaklah tips-tips yang saya rasa boleh dishare untuk semua parents di luar sana. Tak banyak, sikit pun jadilah kan!


P e r t a m a :

Start Hari Isnin. Mudah nak kira berapa lama kita sudah latih anak kita untuk tidak pakai pampers/diapers.


K e d u a :

Untuk working parents, cubalah untuk ambil cuti seminggu. 3 hari suami, 2 hari isteri atau sebaliknya.Rancanglah sebaiknya. Ini adalah komitmen bersama. Mudah untuk monitor anak . Bila dah apply cuti, buatlah sehabis baik. Target seminggu atau 2 minggu  paling lama.

K e t i g a :

Jangan pakaikan langsung diapers/pampers walaupun waktu malam mahu tidur. Keranakita tak mahu anak confuse. Di takuti lambat untuk cakap yang dia nak poo-poo/kencing . Sebab dah biasa dengan pakai diapers.

K e e m p a t :

Selepas anak bangun tidur, cepat-cepat mandikan. Cangkungkan die di atas tandas . Saya mencadangkan latihlah anak untuk cangkung dahulu kerana posisi mencangkung lebih senang poo-poo berbanding posisi duduk. Itu cadangan sahaja. Terpulang kepada parents.

K e l i m a :

Selepas minum susu, 15 minit-20 minit kemudian, cangkung kan die di atas toilet bowl. Beritahu dia,  "kencing ya..shhh..shhh ". Kalau dia tak kencing juga tak mengapa. selang 15 minit kemudian, hantar lagi ke toilet.cangkungkan dia di atas toilet bowl.

K e e n a m :

Hantar anak selang 15 minit sekali ke toilet. Apabila anda rasa 15 minit terlalu sekejap, jadi panjangkan lagi tempoh. 30 minit sekali hantar ke toilet. Tanya dahulu sebelum hantar ke toilet.

K e t u j u h :

Apabila hendak masuk tidur, kalau anak biasanya minum susu sebelum tidur, selepas 20-30 minit, tanya sama ada dia mahu kencing/poo-poo. Bagi anak yang masih tidak fasih bercakap dan tidak biasa, bolelah hantar terus anak ke toilet. Alas lah cadar dengan plastik/ yoga mat pon boleh. takdelah bunyi bising katil anak. Set kan jam waktu tengah malam, bangunkan anak untuk biarkan dia kencing di toilet. Tak kisahlah jika anak mamai sekalipun. Papah dia. Nak bangun 2 kali pun boleh waktu malam.

K e l a p a n :

Usaha sudah, jadi jangan lupa berdoa agar usaha kita berhasil. Minta pada-Nya agar memudahkan urusan. Insya Allah.


Tips ketika mengajar anak potty training :


1. Jangan marah anak jika dia terkencing/terberak di dalam seluar.
2. Belikan underwear/seluar dalam yang sesuai untuk anak yang cantik-cantik/ kartun kesukaan mereka agar mereka lebih bersemangat untuk tidak pakai pampers.
3. Berikan pujian jika mereka berjaya kencing/poo-poo di dalam toilet.
4. Jika anak yang tidak tahu bercakap sangat, kebiasannya ambil masa lebih lama sedikit macam anak saya. di tambah pula, tak pernah tak kencing ( waktu pakai pampers) waktu malam.
5. Last but not least, SABAR. Parents haruslah bersedia jika anak terkencing atau ter poo-poo. Benda itu memang biasa. Sediakan mop siap-siap.

Saya praktikkan kesemua step-step di atas untuk kedua-dua anak saya. Alhamdulillah. No more pampers! Yeah! jimat GST. Anak sulung saya berjaya kencing/poo-poo di toilet dalam masa seminggu sahaja! tapi kaw-kaw lah dugaannya. Siap pernah ter poo-poo atas lantai kat hall. seketul-seketul gituIbu die jugalah yangkutip..Haihh..Sabar..Sabar.. Anak yang kedua pula, ambil masa 3 minggu. Ada 2 faktor yang menyebabkan dia lambat sikit dari abang dia. Pertama, pampers tak pernah kering kalau tidur malam. Yang kedua, dia tak pandai nak cakap dia nak poo-poo atau kencing. Sebab itulah lambat. So, parents lah yang harus bentuk kan .

Ok, itu sahaja!
Semoga bermanfaat ibu-ibu & bapa-bapa.


Sumber - http://www.fitmummyforlife.com/

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!