Friday, December 18, 2015

ARTIS buka sekolah kanak-kanak istimewa

AHMAD IDHAM buka sekolah kanak-kanak istimewa
MEMBESARKAN anak sulung yang tergolong sebagai kanak-kanak kurang upaya (OKU) telah membangkitkan semangat pengarah dan penerbit filem popular Ahmad Idham Ahmad Nadzri, 44, membuka sebuah sekolah khas bagi menyediakan sistem pendidikan dan terapi sempurna buat golongan itu. 
Sekolah khas yang diberi nama Eden Firdaus Special Need Centre itu bakal terlaksana apabila pendaftaran awal dibuka awal Januari tahun depan.
Nama sekolah tersebut diambil sempena nama anak sulungnya, Ahmad Firdaus Ahmad Nadzri, 15, yang mengalami kesukaran berjalan dan bertutur akibat diserang sawan ketika berusia dua tahun.
Sekolah tersebut juga mendapat sokongan penuh isterinya, Amy Aziz,39, yang bertindak sebagai pengetua bersama dua rakan kongsi dari Singapura iaitu Mr. K, Pengetua Saint Claire Special Education serta Kelvin Ng Kang Wen. Kedua-duanya juga merupakan pengarah di pusat yang sama. 
“Sebelum ini, saya dan isteri tempatkan anak sulung di Saint Claire, Singapura. Selama dua tahun di sana, nampak perkembangan baik dan sihat dengan sistem pembelajaran dan terapi yang disediakan.
“Perkembangan sihat itu telah memberi Firdaus berjalan dan bertutur dengan baik dan boleh difahami walaupun agak perlahan.
“Dari situlah tercetus idea membuka sekolah khas ini. Lagipun, isteri sudah ada pengalaman 14 tahun mengendalikan pusat jagaan dan pendidikan kanak-kanak.
“Sekolah ini khusus untuk mempersiapkan diri kanak-kanak OKU menempuh dunia luar di samping beri harapan mereka juga mampu berdikari tanpa perlu bergantung pada orang lain.

Ahmad Idham dan isteri, Amy bersama anak sulung, Ahmad Firdaus yang mengalami kesukaran berjalan serta bertutur akibat diserang sawan ketika berusia dua tahun.
Ahmad Idham dan isteri, Amy bersama anak sulung, Ahmad Firdaus yang mengalami kesukaran berjalan serta bertutur akibat diserang sawan ketika berusia dua tahun.
“Kita sediakan sistem pembelajaran dan terapi yang betul. Adalah menjadi impian saya dan isteri untuk melaksana sistem pembelajaran dan terapi buat kanak-kanak OKU ini dan saya juga berharap usaha ini mendapat sokongan kerajaan,” kata Idham ketika ditemui Mangga Online di The Strand, Kota Damansara, Petaling Jaya, Kuala Lumpur pada Khamis, 17 Disember.
Selain Firdaus, Idham dan isteri mempunyai tiga anak lain iaitu Ahmad Aydeel, 11, Kintan Myra,9 dan Ahmad Khaliff, 5.

Ahmad Idham sudah mahir melakukan terapi untuk anak sulung.
Ahmad Idham sudah mahir melakukan terapi untuk anak sulung.
idham firdaus 4
Sementara itu, Amy menambah sekolah tersebut khusus buat kanak-kanak istimewa berusia antara empat hingga 20 tahun. Ia bakal memulakan operasi pada pertengahan Januari depan dengan sokongan empat tenaga pengajar berkelayakan dalam pengkhususan kanak-kanak istimewa di peringkat global.
“Bukan hanya untuk pembelajaran sempurna malahan tiga terapi yang betul iaitu fisioterapi, terapi cara kerja dan terapi pertuturan.
“Buat masa ini kami ada empat tenaga pengajar di samping membuka pengambilan sebanyak 20 kanak-kanak OKU dahulu. Ianya bakal berkembang sehingga 50 pengambilan pada satu masa dengan penambahan tenaga pengajar,” ujar Amy.
Pengarah filem box office Jangan Pandang Belakang dan Adnan Sempit itu juga mengharapkan pembukaan sekolah khas tersebut turut dapat membuka mata ibu bapa lain di luar sana agar tidak ‘menyembunyikan’ anak-anak OKU.
“Di sekolah ini, ibu bapa turut didedahkan cara betul menjaga dan melakukan terapi kepada anak-anak OKU.

Ahmad Idham dan isteri buka sekolah khas bagi beri pendedahan khusus kepada ibu bapa yang mempunyai anak OKU.
Ahmad Idham dan isteri buka sekolah khas bagi beri pendedahan khusus kepada ibu bapa yang mempunyai anak OKU.
“Kenapa mesti nak malu memiliki anak OKU? Rasa malu itu seolah-olah menidakkan kurniaan Tuhan. Saya kecewa dengan sikap ibu bapa lain yang menyembunyikan anak OKU dan tidak mendedahkan mereka pada kehidupan luar.
“Sekolah khas ini saya dan isteri buka juga bertujuan untuk beri pendedahan pada ibu bapa lain yang mempunyai anak OKU,” jelas Idham lagi.
Beliau juga adalah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Ahmad Idham Film Academy (AIFA) yang beroperasi di Nusajaya, Johor Bahru dan cawangan kedua bakal dibuka di The Strand, Kota Damansara, tidak lama lagi.
Eden Firdaus Special Need Centre terletak di bangunan dua tingkat, di Lot U-72-G & U-72-1, Jalan PJU 5/22, Red Carpet Avenue, Encorp Strand Mall, Kota Damansara, Petaling Jaya, Kuala Lumpur.

Sumber - Manggaonline

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!