Sunday, December 6, 2015

Bengkel Permata Kurnia


HANYA RM 10 - BANYAK INPUT BAKAL DIPEROLEHI

Buat pertama kalinya admin hadir dlm program Bengkel Ibubapa anjuran PERMATA KURNIA di Sentul hari ini. Timba ilmu lagi walaupun Faqihah dah remaja, ilmu yang disampaikan dah tidak diperlukan pada usianya kini kerana banyak perubahan dah berlaku padanya. Tidak terjadi dengan semulajadi tapi dengan pelbagai usaha telah dilakukan untuk mencapai ke tahap sekarang.
Walaubagaimanapun ilmu yang disampaikan amat penting bagi ibubapa yang mempunyai anak autisma terutama yang masih diperingkat kanak-kanak yang dikenali peringkat intenvensi. Juga penting bagi autisma remaja yang masih belum berada ditahap yang tidak seiring dengan usia mereka.

Ilmu ini juga diharap admin akan cuba kongsikan dengan warga KAA jika diperlukan.
Admin berpendapat ibubapa yang mempunyai anak-anak autisma wajar hadir dalam program ini untuk tingkatkan ilmu mendidik anak autisma masing-masing. Tanpa ilmu adalah sukar untuk memulihkan anak-anak autisma kepada keadaan yang lebih baik.
Terima kasih kepada penceramah Puan/Cik Noratikah dan semua staf Permata Kurnia yang telah memberi input yang sangat berguna kepada semua peserta yang hadir.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!