Tuesday, December 22, 2015

Haziq menjelang 2016


Haziq merupakan anak ke-3 kami selepas Faqihah. Umurnya dah 11 tahun. Bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun 2016. Dalam aspek EQ amak baik sekali manakala dalam aspek IQ berada ditahap sederhana.


Sejarah Haziq dalam akademik tidak memuaskan. Bermula dengan tidak lancar membaca pada usianya 7 tahun. Menyebabkan ia ditempatkan ke kelas terakhir. Setekah dihantar tuisyen selama hampir setahun dengan cikgu Lily, Haziq dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis sehingga pencapaian akdemiknya semasa di tahun 2 amat menakjubkan. Berjaya menduduki tempat pertama dalam peperiksaan. Seterusnya, Haziq ditempatkan ke kelas ke-2 semasa di tahun 3.

Haziq terus bersaing dengan rakan-rakan barunya di kelas ke-2. Tahap pencapaian akademik masik kekal baik walaupun sekadar menduduki tempat yang hujung dalam kelas ke-2. Pertengahan tahun 4, Haziq terpaksa ke sekolah baru kerana ikut pak yoep bertugas di tempat baru. Sukar untuk Haziq sesuaikan diri di sekolah baru. Pelbagai kes terjadi dalam proses dia nak sesuaikan diri.

Di Tahun 5, Haziq dah stabil. Mampu menduduki tempat ke-2 dalam peperiksaan. Melayakkannya untuk berada di kelas pertama di tahun 6 pada 2016.

Sebagai persiapan UPSR, Haziq dihantar tuisyen sepanjang cuti akhir tahun pada hari Sabtu dan Ahad. Aktiviti bola sepaknya di Gopeng Kidz diberhentikan. Waaubagaimanapun, Haziq tetap bermain bola setiap petang di taman berhampiran. Setiap hari, Haziq diarahkan membuat latih-tubi semua mata pelajaran. Dalam tempoh sebulan, aktiviti latih-tubi dah menjadi rutin baginya. Tanpa disuruh, Haziq akan tetap membuat latih-tubi.

Moga terus berkekalan begini. harap Haziq akan memperolehi pencapaian yang baik dalam UPSR nanti. Setanding dengan kak longnya yang memperolehi 5A.

Buat julung kalinya juga, Haziq bakal menjadi Pengawas Sekolah pada 2016. Haziq juga turut ditawarkan menjadi Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah (PRS).

Moga semua urusan dipermudahkan untuk Haziq.

Ameen


No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!