Wednesday, December 9, 2015

Malu pada persekitaran


Berikut adalah isu terbaru yang belum pernah pak yoep dengar dalam laman FB Kelab Anak Autisme kendalian pak yoep.
Kisahnya melibatkan anak-anak autisme yang takut kepada persekitaran. Mungkin ada dikalangan ibubapa yang menghadapi masalah yang sama. Tunggu komen-komen ibubapa yang ada anak-anak sedemikian.

ISU TERBARU - Malu dengan persekitaran
"Assalam. Saya nak tau camana nak handle anak saya ni mild authisme dan mungkin aspheger syndrom.. kalau pergi mana2 dia hanya akan berbisik.. sekali tu kami ada picnic dengan family adik beradik saya. Saya bwa dia naik pondok riadah.. tiba2 dia reject totally.. resisiting.. tetapi masih berbisik.. dia tolak2 saya nak turun dan bila saya paksa.. dia peluk saya kuat2 sembunyikn muka dan pejam mata kuat2.. everytime tu berbisik kat saya requesting nak pergi tempat lain.. dia tak nangis.. tak bising.. tak teriak2.. hanya resisting.. bila saya bwa turun dia main pasir mcm biasa laaa main sendiri dan masih berbisik.. dia hnya keluar suara bila dah masuk kereta... siapa2 yg ank ada mcm ank saya ni camana ya nak bantu dia ni.... pls help. Terima kasih"
Sumber- Visitor Posts KAA


Komen yang diterima setakat ini.

Assalamualaikum... anak saya juga sama.. selalunya saya akan menurut saja kehendak anak saya sehingga dia berasa selesa dgn persekitaran yg di luar routine mereka. Jgn dipaksa utk mereka berkawan kerana mereka hanya akan berkawan dgn 'trusted' friends.Selalunya dia akan meminta kita membawa dia blk. Terangkan kepada dia mengapa kita berada di sini & Saya selalu memberi tempoh masa berapa lama lg utk pulang. Selalunya berhasil. Sekiranya nampak mcm x berjaya dgn pujukan saya mengusap belakang nya atau pun memberi benda2 berbulu seperti teddy bear utk stimming. Jgn biar berlanjutan takot mereka overloaded & meltdown. Saya selalu memberi priority kepada anak saya. Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman...

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!