Thursday, December 15, 2016

Tingkatkan Kesedaran Autisme

Tahukah kita semua bahawa bulan April setiap tahun adalah merupakan Bulan Kesedaran Autisme? Dari segi sejarahnya, inisiatif ini telah dimulakan secara bersama oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan sebuah persatuan kebangsaan autisme di Amerika Syarikat yang telah mengiktiraf bulan ini sebagai satu bulan yang khusus memfokuskan topik autisme semenjak dari tahun 1970 lagi. Senarionya ialah ia telah menjadi satu sambutan di peringkat global dan disambut di mana-mana sahaja di seluruh dunia, termasuklah di negara kita sendiri. Namun bagi sesetengah masyarakat di negara ini, ia mungkin sesuatu yang amat asing dan tidak pernah didengari sama sekali sebelum ini. Namun ketahuilah bahawa kes berkaitan autisme semakin meningkat saban hari dan tahun di serata dunia, termasuklah negara Malaysia.

Berhubung insiden ini, pada tahun 2004, data yang ada di negara maju seperti Amerika Syarikat menunjukkan dalam setiap 10,000 orang kanak-kanak, di antara 1 hingga 20 dari mereka adalah penghidap autisme. Data terkini menunjukkan dalam setiap 1, 000 orang kanak-kanak, antara 2 hingga 7 orang adalah penghidap autisme. Manakala di negara Eropah pula, dalam setiap 1, 000 orang kanak-kanak, 12 orang adalah penghidap autisme. Di negara Malaysia pula, adalah dianggarkan oleh NASOM (Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia di peringkat NGO) bahawa terdapat sekurang-kurangnya 47, 000 orang kanak-kanak yang menghidapi autisme sehingga kini.

Bagi memahami hakikat sebenar, terdapat beberapa perkara dan isu yang berkaitan dengan autisme di sebalik kewujudan bulan April sebagai bulan kesedaran autisme. Apa yang masyarakat perlu miliki ialah tahap kesedaran yang tinggi terhadap autisme, memahami apakah keperluan yang berkaitan yang perlu dikuasai oleh individu autisme, serta mengetahui apa yang boleh mereka lakukan untuk memperbaiki kehidupan dan meningkatkan potensi individu yang memiliki ciri-ciri autisme. Mereka juga perlu menyedari bahawa autisme adalah sebahagian daripada kehidupan mereka dan menerima ia sebagai satu anugerah dan kurnia dari Tuhan. Pemahaman yang tepat akan mendorong penerimaan dengan hati terbuka dan menghalang sikap diskriminasi, stigma dan penyisihan dalam masyarakat.

Autisme adalah merupakan sejenis gangguan perkembangan saraf otak yang berlaku di kalangan individu manusia yang bermula seawal usia antara 1 hinggsa 3 tahun dan diklasifikasikan sebagai gangguan neuropsikiatri. Autisme, seperti juga Asperger, adalah sebahagian daripada beberapa gugusan gangguan yang lebik kompleks lagi dikenali sebagai Autisme Spectrum Disorder atau ASD. Gangguan ini telah mula mendapat perhatian dalam dunia sains perubatan sejak pada tahun 1943 apabila seorang pakar psikiatri kanak-kanak dari negara Austria yang dikenali sebagai Leo Kanner telah cuba memberi satu diagnosis dan rawatan terhadap masalah berkaitan perkembangan tingkahlaku dan komunikasi di kalangan pesakit kanak-kanak.

Secara umumnya, autisme ini dapat dikenali berdasarkan kepada beberapa kriteria yang paling utama seperti gangguan pada fungsi komunikasi dan pertuturan serta ada masalah dalam interaksi sosial, memiliki kesukaran dalam mentafsir reaksi emosi, gangguan pemikiran serta memiliki ciri-ciri spektrum tingkahlaku dan perangai yang amat terhad, dan berulang-ulang atau streotype. Mereka akan dianggap sebagai seseorang yang terasing atau hidup dalam dunia mereka yang tersendiri. Seterusnya, di kalangan mereka juga mempunyai tahap atau darjah keterukan yang tersendiri dan berbeza dengan individu lain walaupun masih dalam kategori autisme. Di kalangan mereka, ada yang mempunyai tahap autisme yang teruk, sederhana ataupun ringan. Oleh yang demikian, terdapat di kalangan mereka yang masih boleh bersekolah dan menjadi golongan terpelajar, seterusnya berkerjaya dan juga berkeluarga. Dari segi fizikal pula, mereka tiada sebarang masalah, malah masih kelihatan normal, sama seperti kanak-kanak normal yang lain. Maka itu, masyarakat umum tidak akan nampak wujudnya sebarang kelainan atau kecacatan pada diri mereka.

Keadaan ini pada akhirnya akan menambahkan kerumitan, bukan sahaja kepada penghidap, tetapi juga kepada ibubapa dan keluarga serta anggota masyarakat yang lain. Kerumitan yang ada akan menyebabkan kekeliruan, malah mereka yang tidak memahami akan terus menganggap si penghidap sebagai seorang yang degil, pemalas, lembab dan sebagainya. Seterusnya, ia akan menyebabkan si penghidap terbiar tanpa sebarang usaha untuk dirujuk kepada golongan pakar bagi tujuan rawatan dan intervensi yang sewajarnya. Akhirnya, mereka akan berterusan ketinggalan dalam dunia mereka yang penuh kekeliruan dan keterasingan. Lebih malang apabila mereka mula memasuki alam persekolahan. Ada di antara penghidap yang keliru mengapa mereka perlu pergi ke sekolah. Keadaan menjadi bertambah parah apabila diri mereka turut tidak difahami warga sekolah, tidak diterima dan akhirnya disisihkan.

Di samping itu, isu utama berkaitan autisme setelah memahami ciri-ciri dan keupayaan mereka ialah mengenalpasti segala bentuk keperluan mereka dan seterusnya melaksanakan agar keperluan mereka dapat dicapai. Individu yang memiliki ciri-ciri autisme sebenarnya adalah golongan individu yang mempunyai pelbagai keperluan yang khusus dan tersendiri. Ini bergantung kepada tahap perkembangan dan kesukaran yang mereka miliki. Oleh itu, ibubapa, keluarga dan masyarakat perlu memahami bahawa individu ini juga berhak untuk menerima pelajaran dan latihan yang bersesuaian agar mereka akan menjadi lebih berdikari nanti. Bagi memenuhi keperluan ini, satu kaedah pendidikan yang sistematik untuk mereka perlu diwujudkan, khususnya di peringkat kementerian dan kebangsaan. Memang betul kini telah ada sistem pendidikan khas dalam kementerian, tetapi kesesuaian dan keberkesanannya untuk golongan ini perlu dikaji.

Golongan istimewa dari kategori autisme ini bukan sahaja memerlukan pendidikan akademik, tetapi juga pendidikan yang mengajar mereka kemahiran untuk berkomunikasi dan bersosial dengan cara yang sepatutnya. Itulah keperluan mereka yang perlu digilap kerana penyakit autisme yang mereka alami amat menyukarkan  mereka untuk berkomunikasi dan berinteraksi secara sosial. Namun masalah yang ada ialah apabila sistem persekolahan lebih menumpukan kepada aspek akademik sahaja. Hakikatnya memang itulah matlamat persekolahan sejak dulu lagi, namun kewujudan bahagian pelajaran khas dalam kementerian dan di sekolah boleh dan amat perlu untuk dipertingkatkan lagi bagi memenuhi keperluan golongan individu autisme. Sudahkah kajian keberkesanan pendidikan khas berkaitan autisme ini dilakukan oleh pihak berkaitan dan jika ada apakah hasilnya? Masyarakat, khususnya para ibubapa amat memerlukan hasil dan dapatan kajian seperti itu.

Begitu juga, satu jawatankuasa, agensi atau jabatan di peringkat kementerian dan pemerintah yang berkaitan khusus bagi mengemaskini dan memantau kebajikan bagi individu autisme perlu diwujudkan. Ia boleh bertindak dalam menganalisa keperluan pendidikan dan latihan serta kerjaya, kebajikan, maklumat terkini berkaitan kajian dan penyelidikan serta kemaskini pengkalan data untuk kemaslahatan mereka dapat dilakukan secara sistematik, yang mana ia belum lagi wujud buat masa ini.
 Sumber - IKIM

Monday, December 12, 2016

BANTU KANAK-KANAK AUTISME BERJAYA

Statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom) pada 2013 menyatakan setiap seorang daripada 150 kanak-kanak yang dilahirkan di seluruh dunia memiliki gejala autisme.
Daripada jumlah tersebut dianggarkan 47,000 kanak-kanak di Malaysia menghidapnya yang berumur antara enam bulan hingga lewat 20-an.
Dengan statistik tersebut, ibu bapa dinasihatkan agar peka dengan kelakuan anak masing-masing kerana sindrom autisme ini boleh dikesan dan dirawat pada peringkat awal.
Pengarah Early Autism Project Malaysia Sdn. Bhd., Jochebed Isaacs, berkata, 50 peratus kanak-kanak yang menghidap autisme mampu meyaingi rakan sebaya sekiranya mereka diberikan latihan yang mencukupi.
Tambahan lagi, angka tersebut merupakan satu angka yang tinggi, tetapi apa yang menyedihkan hari ini ialah masyarakat di negara ini tidak mengetahui mengenai hal tersebut. 
“Secara umumnya, autisme wujud dalam semua masyarakat tanpa mengira kaum serta juga umur. Disebabkan itulah ibu bapa seharusnya memberikan perhatian kepada perkembangan anak-anak sejak dari kecil lagi. Ini kerana sindrom autisme ini boleh dirawat, namun sekiranya dibiarkan berlarutan sehingga individu tersebut dewasa, keadaan mungkin sudah terlambat. Walaupun sehingga kini sindrom autisme belum ada penawar, tetapi sekurang-kurangnya pengetahuan ibu bapa mengenai sindrom ini dapat memberikan anak-anak autisme harapan baharu,” ujarnya ketika ditemui di pejabatnya di Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, Jochebed berkata, pihaknya ada menawarkan program Analisis Aplikasi Tingkah Laku (Applied Behavioral Analysis -ABA) kepada kanak-kanak yang menghidap sindrom autisme.
Beritahunya lagi, program tersebut adalah satu-satunya rawatan berasaskan kajian dan terdapat lebih 1,000 artikel jurnal yang menyokong keberkesanan rawatan ABA ini.
Tuturnya, program ABA tersebut boleh diguna pakai pada semua penghidap autisme tanpa mengira tahap, tetapi mereka akan dikategorikan mengikut tahap kecenderungan masing-masing.
Ini kerana, program tersebut akan dilaksanakan secara individu dan mengikut pendekatan yang berbeza seperti kemahiran kompleks yang akan dipecahkan kepada komponen-komponen kecil, dipasangkan dengan ganjaran, dan diberikan latihan yang mencukupi.
Program ABA ini juga berfungsi berdasarkan prinsip-prinsip ‘pelaziman operan’ di mana tindakan yang diambil akan memberi kesan kepada tingkah laku yang semakin meningkat.

Mengulas lanjut mengenai program tersebut, Jochebed menjelaskan, ada lapan sebab keberkesanan program ABA iaitu program berciri tersendiri, waktu intensif (35 jam seminggu), pengajaran secara persendirian (1:1), intervensi awal, mulakan dengan kejayaan, pendekatan pembelajaran positif, pengawasan pelbagai tahap, dan program yang komprehensif.
Telah dilaksanakan sejak 10 tahun yang lalu, program ini telah dipraktikkan kepada lebih daripada 300 kanak-kanak autisme dari 30 buah negara seluruh dunia.
Menawarkan perkhidmatan bertaraf dunia, ABA merupakan satu program yang berasal dari Amerika Syarikat dan telah dipraktikkan di negara ini sejak tiga tahun lalu.
Disebabkan itu jugalah sebanyak 65 peratus pelajar EAP telah berjaya ditempatkan di sekolah-sekolah biasa dan melalui program tersebut juga sebanyak 77 peratus kanak-kanak autisme sudah boleh bercakap.
Daripada jumlah tersebut sebanyak 50 peratus kanak-kanak autisme sudah lancar dalam pertuturan manakala selebihnya baru hendak belajar berkomunikasi.
Sehubungan itu sempena ulang tahun yang ke-10, EAP akan menganjurkan EAP Annual Conference 2016 pada 8 Oktober ini di Hotel Vistana Kuala Lumpur.
Bertemakan Perkembangan Pertuturan dan Bahasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak, pada persidangan itu nanti juga akan dilancarkan The Hope Project.
Yang pasti, penghidap sindrom autisme perlulah diberikan latihan yang berterusan agar masa hadapan mereka cerah.
Pada masa yang sama, ibu bapa memainkan peranan yang cukup penting dalam usaha memastikan anak-anak mereka dapat hidup seperti kanak-kanak normal yang lain.

Sumber - http://www.autismmalaysia.com/

Friday, December 9, 2016

Rahsia dan keunikan Kanak-kanak Autisme


Sama-sama kita berkongsi ilmu berkaitan dengan autisme dalam link berikutRahsia dan keunikan kanak-kanak autisme agar dapat tingkatkan pengetahuan dalam memberi didikan terbaik buat anak-anak autisme.

Tuesday, December 6, 2016

Kanak-Kanak Autisme Boleh Dirawat

Saturday, December 3, 2016

PESAKIT AUTISME MAMPU BERJAYA JIKA DIRAWAT SEGERA


KUBANG KERIAN, 10 April 2016 – Dunia baru sahaja melewati Hari Kesedaran Autisme ‘World Autism Awareness Day’ yang jatuh pada 2 April setiap tahun dan pelbagai kemajuan teknologi masa kini boleh digunakan untuk mengenali, mendiagnosis, serta menentukan cara rawatan yang betul.
Autisme merupakan penyakit yang melibatkan perkembangan saraf yang mempengaruhi otak di mana gejalanya mulai dikesan seawal usia dua tahun serta mempengaruhi kemampuan seseorang untuk berkomunikasi, menjalin hubungan dengan orang lain dan memberi tindakbalas terhadap dunia luar dengan baik.
Pakar Psikiatri Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Maruzairi Husain berkata, kanak-kanak yang menunjukkan simptom menghidapi penyakit autisme harus diberi rawatan segera.
“Rawatan awal dikenali ‘Autism Spectrum Disorder’ (ASD) harus diberi secepat mungkin kepada kanak-kanak yang mempunyai petanda awal menghidap autisme bagi membolehkan rawatan susulan dilakukan.
“Ibu bapa yang mempunyai anak kecil yang menunjukkan simptom autisme harus merujuk kepada pakar secepat mungkin bagi membolehkan rawatan khusus diberikan bagi tujuan pemulihan serta memberi rawatan khas kepada kanak-kanak tersebut,” katanya.
Maruzairi berkata, penyakit autisme dapat dirawat sekiranya dapat dikesan awal dan pesakit autisme juga mempunyai peluang yang tinggi untuk berjaya dalam hidup seperti anak-anak lain.“Terdapat anak-anak autisme yang cerdik dan mampu berjaya seperti kanak-kanak biasa kerana mempunyai daya intektual yang tinggi. Namun, ciri-ciri penghidap autisme tetap kekal dalam dirinya sampai bila-bila.
“Pesakit autisme boleh dilatih untuk menjadi baik dengan pelbagai pendekatan iaitu kaedah pemulihan, carakerja, pendidikan, terapi pertuturan dan banyak lagi,” ujarnya lagi.
Tambah Maruzairi, kadar pesakit autisme semakin meningkat di Malaysia akhir-akhir ini dan kajian menunjukkan kemungkinan anak lelaki untuk menghidap autisme adalah empat kali ganda berbanding anak perempuan.
“Terdapat dua ciri-ciri anak yang menghidap autisme iaitu pertama dari segi komunikasi dan interaksi sosial di mana kanak-kanak dalam kategori ini didapati kurang mahir dalam penggunaan bahasa, pertuturan yang berulang serta lemah bahasa badan sementara ciri kedua pula ialah tingkah laku yang berulang dan terhad di mana pesakit dalam kategori ini suka mengulangi sesuatu perbuatan yang sama, melakukan pergerakan yang sama, minat yang terhad dan mempunyai tingkah laku yang terhad,” jelasnya.
Maruzairi berkata, antara faktor yang menyebabkan kanak-kanak mudah terdedah kepada autisme ialah pengaruh persekitaran dan kurang kesedaran dalam kalangan ibu bapa sendiri.
“Pendedahan secara langsung daripada gajet terhadap kanak-kanak adalah sebahagian faktor yang dikhuatiri penyebab kepada pertambahan kanak-kanak yang berisiko mendapat autisme serta meninggalkan para doktor di bidang ini dalam dilema.
“Biasanya kami akan mengenalpasti tanda-tanda yang menjurus kepada risiko penyakit autisme dan menjalankan rawatan sepatutnya ke atas kanak-kanak tersebut serta memantau perkembangan positif selepas menerima rawatan sebelum dikategorikan sebagai pesakit autisme,” ujarnya lagi.
Katanya, terdapat pelbagai permainan atau hiburan yang boleh didedahkan kepada anak-anak tanpa menggunakan bantuan gajet dan sesi bermain yang terbaik untuk anak-anak apabila ia melibatkan peranan ibu bapa itu sendiri.
Maruzairi turut menyeru para ibu bapa supaya lebih peka terhadap perkembangan tumbesaran anak-anak dan sekiranya melihat sebarang keabnormalan dalam kelakuan tersebut hendaklah segera merujuk kepada pusat rawatan yang berdekatan bagi melakukan ujian tertentu. 

Sumber - https://news.usm.my

Wednesday, November 30, 2016

Autisme mudarat jika tak dirawat


SUNGAI PETANI - Ramai tidak menyedari bahawa penyakit  autisme mampu membawa kemudaratan sehingga ke tua jika tidak dirawat.

Guru Penyelaras Program Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Bukit Kiara, Shahnar Suriyati Shuib berkata, pendedahan mengenai autisme perlu kepada masyarakat terutama ibu bapa yang tidak menyedari anak mereka terdiri daripada golongan tersebut.

Menurutnya, tanpa disedari, anak yang mempunyai autisme ini sukar menerima pelajaran seperti rakan normal malah sering ketinggalan bukan sahaja dalam pelajaran tetapi komunikasi bersama rakan seangkatan.

“Tidak boleh menunggu lama untuk membeli makanan biarpun sudah meningkat dewasa, sikap yang seolah-olah berlagak, pekak dan bisu, tidak boleh terima perubahan dan boleh bertindak sesuka hati, antara ciri mereka yang autisme.

“Jika tidak dirawat, kanak-kanak autisme ini dipaksa melalui peraturan yang tidak disukai sehingga dewasa.

"Malah ciri-ciri autisme pada diri mereka mungkin tidak banyak tetapi sedikit,” katanya.

Segera jumpa doktor jika ada ciri autisme

Menurut Shahnar Suriyati, ada kalanya waris tidak memahami, kurang ilmu tentang autisme atau tidak mahu menerima kenyataan bahawa anak mereka mempunyai ciri-ciri autisme.

"Tindakan itu hanya akan memudaratkan mereka dan anak mereka.

"Ibu bapa perlu bawa anak mereka jalani pemeriksaan doktor, kenal pasti tahap yang dihadapi, lakukan ujian melalui saringan untuk mengetahui sama ada anak mereka penghidap autisme atau sebaliknya," katanya.

Sementara itu, Shahnar Suriyati berkata, golongan itu mempunyai peluang pendidikan dan kerjaya yang cerah sekiranya dibimbing dan digilap malah bakat luar biasa yang dimiliki ada kalanya mampu menjadikan mereka lebih cemerlang.

“Melalui pembacaan, hanya sebahagian kecil sahaja autisme berjaya dibawa ke dunia kita yang selebihnya memerlukan penjagaan rapi sehinggalah ke tua,” katanya.

Dalam pada itu, Shahnar Suriyati menyatakan, jika anak-anak autisme tidak dibimbing, ia berisiko mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan orang lain, bertindak di luar batasan atau tidak dapat dikawal.

Sentiasa raikan pesakit autisme

Dalam perkembangan lain, Hari Autisme Sedunia Program Pendidikan Khas Integrasi diadakan di sekolah itu, kelmarin.

"Biarpun hanya dua daripada 18 murid menghidap autisme, kami tetap meraikan mereka.

"Malah kita mahu memberi kesedaran kepada komuniti agar tidak memandang enteng kepada anak-anak autisme ini," katanya.

Hari austime disempurnakan guru besar, Azizah Abd Aziz.

Hari Kesedaran Autisme Sedunia disambut setiap tahun seluruh dunia pada 2 April, di mana warna biru sebagai tema warna tema sambutan berkenaan.


Sumber - Sinar Harian

Tuesday, November 29, 2016

Senarai semak sesi awal persekolahan

Berikut adalah senarai semak yang boleh dijadikan panduan untuk persiapan sesi persekolahan akan datang bagi memastikan sesi persekolahan akan berjalan dengan lancar.


Bil
Perkara
Tindakan
Catatan
34.
Semua senarai semak persiapan dan  keperluan sesi persekolahan baru 2013
-Takwim sekolah
-Jadual Waktu
-Jadual Guru Bertugas
- Senarai tugas guru tugas khas
- Jadual pencerapan guru
-Buku Rekod mengajar
-Jadual Kedatangan pelajar
-Buku kedatangan guru dan staf bukan guru
-Senarai guru yang diperlukan
-Buku rampaian pelajar
-Buku resit
-Buku SPBT terutama bagi pakej & subjek baru
- Jadual Kelas Induk, carta
  BBM, Sudut Mata Pelajaran
  dan papan STAD
- penyapu, pencodok, kapur,
  papan hitam, bakul sampah 
-dll yang difikirkan perlu mengikut bidang masing-masing
GB
PK1
PK HEM
PK KK
Semua ketua panitia dan juga guru-guru lain diminta untuk memaklumkan kepada semua Penolong Kanan sekiranya ada keperluan-keperluan tetentu untuk tahun 2013.
Contoh seperti mungkin perlu masukkan buku laporan SEGAK atau buku laporan PEKA sebagai keperluan murid untuk tahun2013 dsbnya. Sila bincang dalam mesyuarat panitia dan buat keputusan segera.
Semua guru boleh juga kemukakan cadangan-cadangan penambah-baikan yang difikirkan perlu untuk tahun 2013 dari semua aspek dan kelemahan-kelemahan yang perlu diatasi.

Semua cadangan penambahbaikan boleh di email terus kepada guru besar dan penolong-penolong kanan

Monday, November 28, 2016

Setahun di PPKI skpi


Mengejutkan. Jun 2014 dipindahkan bertugas ke ppki skgtgb Gopeng hanya 5 tahun menceburi bidang pendidikan khas. Oktober 2015 diberitakan bakal dipindahkan ke ppki skpi. Disahkan pindah ke ppki skpi pada November 2015. Mula bertugas di ppki skpi pada 3 Jan 2016.

Atas dasar apa perpindahkan dibuat tidak pasti. Hanya setahun setengah sahaja berada di ppki skgtgb. Memang mengejutkan pelbagai pihak. Suatu perpindahan yang amat menyeronokkan. Mengapa?

Setelah sekian lama melalui perjalanan yang jauh. Melangkau masa 30 minit, kini perjalanan ke tempat kerja hanya 8 minit sahaja. Alhamdulillah. Itu rezeki namanya.

Cabaran. Kehadiran pak yoep di ppki skpi macam sukar diterima oleh guru-guru di sana. Sebagaimana serupa dengan mula-mula pak yoep masuk ke ppiki skgtgb. Mengapa?

Hanya kerana pak yoep melakukan beberapa perubahan yang ketara dalam aspek pengurusan dan pentadbiran ppki terutama berkaitan dengan aspek dokumentasi. Mungkin juga watak pak yoep nampak garang, sombong, tegas dan sukar didekati. Sebenarnya tidak... Tak kenal maka Tak cinta.

Banyak penambahbaikan perlu dilakukan di ppki skpi. 

Guru-guru di sana sering mengeluh, merasakan ppki dianak-tirikan oleh pihak sekolah. Sering dipersalahkan. Mengapa?

Dalam pemerhatian sepanjang setahun, segalanya berpunca dengan ppki sendiri. Alhamdulillah, dalam tempoh setahun ini, tiada lagi kedengaran rungutan guru-guru ppki merasakan diri mereka dianak-tirikan dan dipersalahkan.

Jurang dan hubungan antara guru-guru ppki dan aliran perdana telah dapat dirapatkan. Rasa kekitaan telah mampu diwujudkan.

Moga ianya mampu dikekalkan untuk tahun-tahun mendatang.

In shaa Allah.


Isteriku terbaik di malaysia - Pertandingan PBT


Diberitakan semalam oleh ketua jabatannnya, isteri pak yoep telah dinobatkan selaku JOHAN dalam Pertandingan Tandas Tercantik bagi PBT seluruh Malaysia dimana isteri pak yoep telah membuat pelan tandas tersebut mewakili Dewan Bandaraya Ipoh. tandas tersebut telahpun siap dibina. Tiada kesempatan untuk pak yoep untuk ambil gambar tandas tersebut buat masa ini.

Beliau memaklumkan bahawa pelan tandas tersebut tidak dijangka dipilih pertandingkan. Beliau melukis alar kadar sahaja. Melaksana tugas seperti biasa sebagaimana diamanahkan. Tidak sangka menjadi johan pertandingan malah tidak tahu pun ianya dipilih untuk dipertandingkan.

Beliau bersama dengan ketua jabatannya akan hadir dalam majlis penganugerahan tersebut pada  2 Dis 2016 (Sabtu). Dalam pertandingan tersebut, hadiah yang bakal diterima selain sijil ialah wang tunai berjumlah RM 3,000.00.

Tahniah! Setiap kerja yang dilakukan dengan jujur dan ikhlas pasti ganjaran akan diterima samada di duania atau akhirat.




Sunday, November 27, 2016

Ubah persepsi Masyarakat tentang Autisme

Sukar, mustahil dan tiada peluang untuk sembuh. Ia antara beberapa komentar di laman sosial kala isu autisme diketengahkan.
Nyata komen itu menunjukkan betapa ceteknya pemahaman sebahagian masyarakat Malaysia mengenai penghidap autisme ini.
Autisme dihidapi kira-kira satu peratus daripada penduduk dunia dan berdasarkan statistik dikeluarkan Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), satu daripada 68 kanak-kanak dilahirkan dengan keadaan itu.
Ketika ini usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai autisme giat dianjurkan di seluruh dunia dan menampilkan pelbagai aktiviti untuk menyalurkan ilmu kepada guru, pekerja kesihatan serta ibu bapa cara yang sesuai atau efektif dalam mengendalikan penghidap autisme.
Apakah sebenarnya autisme? Autisme ialah masalah perkembangan sepanjang hayat yang memberi kesan kepada cara individu terbabit berinteraksi dengan persekitarannya selain daya kemahiran sosial dengan orang lain.
Segelintir penghidap autisme masih boleh menjalani kehidupan normal. Bagaimanapun, sesetengah lain berhadapan kesukaran, cabaran dan memerlukan sokongan pakar secara berterusan.
Cabaran utama bagi penghidap autisme merangkumi komunikasi sosial, interaksi sosial, sikap tertumpu pada sesuatu saja serta perlakuan dan minat yang berulang-ulang.
Rawatan konsisten dikenal pasti sebagai langkah penting untuk memastikan masa depan terbaik buat kanak-kanak autisme selain menggalakkan masyarakat menerima golongan itu dengan terbuka.
Malangnya, individu dewasa autisme sering berhadapan dengan diskriminasi yang wujud akibat kurangnya pengetahuan mengenai autisme ini.
Sikap toleransi yang biasanya ditunjukkan kepada kanak-kanak autisme, kurang atau langsung tiada pada individu dewasa yang turut berada dalam keadaan sama.
Keadaan itulah yang cuba diubah Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) menerusi pelbagai aktiviti serta kempennya hampir setiap bulan.

#HMetro

Saturday, November 26, 2016

Faqihah menulis

The Story of Mowgli
An adaptation from the collection of children's stories "The Jungle Book" by Rudyard Kipling, this series follows the adventures of the 10-year-old boy named Mowgli was a man-cub who is raised by the wolves in the jungles of India. His birth mother died when he was a baby. He explores the world and learns about living life in the wild with his friends Baloo, Bagheera and Kaa. His birth mother died when he was a baby. His friends, fatherly bear Baloo and playful panther Bagheera. They live in the Indian jungle where many dangers lurk, such as the mighty Bengal tiger Shere Khan. The inquisitive Mowgli often gets himself into trouble and can't resist helping animals in danger or solving other problems.
Characters
Main characters
·    Mowgli (voiced by Emma Tate) is a ten-year-old boy who living in the jungles of India and adopted by the wolf pack led by Akela when he was young. His birth mother had died of killed by the Bengal tiger named Shere Khan when he was a baby, so Raksha became his adoptive mother and took care of him. He keeps a tiger claw which he as a pendant which he took in a battle from the man-eating tiger Shere Khan.
·    Bagheera (voiced by Sam Gold)
·    Baloo (voiced by Jimmy Hibbert) is a wise big brown bear who wore .
·     
·    Wolves
·    Daruka (voiced by Aaron Albertus) is the adoptive father of Mowgli and Raksha’s mate. Although Mowgli usually lives with Baloo and Bagheera, he visits Daruka's family sometimes. In the Disney film, Daruka's name is Rama.
·    Raksha (voiced by Prudence Alcott) is the adoptive mother of Mowgli and Daruka’s mate. She is beautiful, kind, gentle, brave and motherly. At the time, Mowgli’s birth mother had died, so Raksha became Mowgli’s adoptive mother to took care of him.
·    Bala (voiced by Richard Epcar) is the adoptive brother of Mowgli and Lali’s younger brother. He is fun-loving, kind, stubborn, caring and protective.
·    Lali (voiced by Danny Katiana) is the adoptive sister of Mowgli and Bala’s elder sister. She is tomboyish, energetic, loving, kind, and outspoken.
·    Akela (voiced by Joseph J. Terry) is the leader of the wolves


keluarga abang adib


Dalam kenangan sepanjang 6 bulan berada di Bukit pelandok, Negeri Sembilan. Ketika itu pak yoep berkerja sebagai pelatih penolong pengurus di ladang sawit syarikat perladangan Gutrie. 

D:\Instagram_adib_files\14596669_567878643420245_2905934169068535808_n.jpg

buat masa ini, gambar di atas belum mampu dicopy.

Friday, November 25, 2016

Jejak kasih faqihah di Brighter Future

Hadir dalam program anjuran Brighter Future School, gembira faqihah dapat berjumpa Teacher Ruby semula. Faqihah dan Teacher Ruby tidak dapat dipisahkan. Kerinduan antara mereka berdua sentiasa membara. Dalam kesempatan yang ada, pasti kami akan bawa Faqihah berjumpa Teacher Ruby. Faqihah telah mendapat didikan terbaik di sini bermula umurnya 4 tahun.




Jejak kasih di Program Brighter Future School. Mengimbau kenangan faqihah berada di sana bermula umurnya 4 tahun. Didikan terbaik Faqihah terima di sini. Terima kasih Teacher Ruby dan semua Staf Brighter Future. Terima kasih juga diucapkan kepada teacher Ruby kerana menggunakan lukisan faqihah sebagai logo Brighter Future.


Kerisauan dan Doa seorang ayah


Kadang2 bila terfikir ttg XXXX (anak istimewa autism), 

Ape akan jd kpd dia jika kami selaku mak ayah dia meninggal...

Siapa dan boleh kah yg ada menjaga XXXX

Berdasarkan 1 pengalaman baru2 ni, ada seorg OKU bekerja sebagai guard dan berumur lingkungan 50an, mati seorg diri tanpa mendapat layanan atau kebajikan sebaiknya ketika guard tersebut masih hidup. 

Tempat tinggal sebuah bilik kecil di sudut di belakang rumah arwah mak ayah beliau, bertilamkan tilam arwah mak, disisihkan adik beradik, dilarang mendapat rawatan kesihatan yg sewajarnya oleh adik beradik, gaji beliau diambil abg, belanja mkn mendapat ihsan org lain yg mengenali beliau. 

Sehingga, apabila beliau mati pun, kematian beliau disenyapkan oleh adik beradik. 

Sadisnya kisah seorg anak OKU yg benar2 berlaku didepan mata saya. 

Utk XXXX anak ku, sesungguhnya abi dan umi risau sgt perkara sedemikian berlaku kpd XXXX, setakat ini belum ada lg yg abi dan umi nmpk yg ade menyayangi XXXX sepenuh hati...

Abi dan umi hanya mampu berusaha setakat yg ada dan berdoa serta terus berdoa demi arif. 

Mudah2an Allah memudahkan hidup XXXX selepas ketiadaan kami. 

Mintak dijauhkn segala perkara yg tidak baik berlaku kpd XXXX

Ya Allah, hanya Engkau mengetahui kerisauan hati kami...mudahkan lah hidup anak istimewa kami slps ketiadaan kami nnti..

Jauhkan lah segala hasad dengki, tamak haloba org ke atas, 

Hatta adik beradik XXXX serta sepupu yg ada. 

Kpd Mu aku berserah Ya Allah. 

Yang benar, 


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Kuantan, Pahang
15 Nov 2016 

Wednesday, November 23, 2016

1001 cabaran guru pendidikan khas


SEORANG guru memberi tunjuk ajar cara yang betul bermain permainan khas kepada beberapa pelajar OKU semasa belajar di kelas Pendidikan Khas di SMK Kolombong, baru-baru ini.


KOTA KINABALU 21 Jan. – “Sayalah Ultraman Gaia cikgu,” kata seorang pelajar dengan begitu bersungguh-sungguh sambil melakukan aksi watak adiwira kartun itu sebaik sahaja tiba ke sekolah hari ini.
Pelajar yang menghadapi masalah hiperaktif itu merupakan salah seorang pelajar pendidikan khas yang sering meluru masuk ke bilik Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, Sekolah Menengah Kebangsaan Kolombong, Alizah Abdul Malek tidak kira masa.
Alizah bagaimanapun secara spontan terus melayan kerenah pelajar berkenaan tanpa sedikit pun menunjukkan rasa marah malah memujuknya masuk ke dalam kelas.
“Ya.. Cikgu tahu kamu Ultraman Gaia, tetapi sekarang waktu kamu belajar, jadi kamu kena masuk dalam kelas,” pujuk Alizah dengan lembut.
Itulah antara cabaran yang harus dilalui oleh guru pendidikan khas yang pastinya memerlukan kesabaran yang tinggi dan menurutnya, tugas itu sebenarnya begitu unik dan menarik malah tidak terhad kepada di dalam kelas semata-mata.
“Saya bukan sahaja mengajar di sekolah, malah saya pernah diminta oleh ibu bapa pelajar supaya menelefon dan mengejutkan anak mereka yang enggan ke sekolah.
“Alhamdulillah selepas dia mendengar suara saya murid berkenaan bangun dan kemudiannya tidak berapa lama dia datang ke sekolah dan mengucapkan selamat pagi kepada saya,” cerita Alizah sambil tersenyum.
Beliau yang berpengalaman sebagai guru biasa sebelum ini memberitahu, tugas mengajar pelajar pendidikan khas ini amat berbeza dan lebih mencabar.
Alizah memberitahu, secara kesimpulannya tugas guru pendidikan khas ini sebenarnya mempunyai 1,001 macam cerita.
Katanya, selain berhadapan pelbagai tingkah laku pelajar mereka juga berhadapan tindakan agresif sesetengah pelajar yang perlu ditangani dengan baik.
“Ada pelajar yang terlalu aktif pernah hilang menyebabkan guru-guru terpaksa mencari hingga ke bandar Inanam.
“Ada juga yang memanjat pokok dan kita terpaksa memujuk supaya pelajar berkenaan turun dengan selamat,” katanya.
Tambah beliau, menjadi guru pendidikan khas juga memerlukan setiap guru melayani kerenah pelajar dengan penuh berhemah.
Katanya, kaedah memujuk adalah cara terbaik berbanding memarahi pelajar yang boleh menyebabkan mereka bertindak agresif.
Dalam pada itu, seorang lagi guru, Donny Chin berkata, mendidik pelajar kelas pendidikan khas bukan sahaja memerlukan kesabaran tetapi perlu pendekatan kreatif dan kritis dalam pembelajaran.
Katanya, ini kerana setiap pelajar pendidikan khas di dalam sesebuah kelas memerlukan kaedah pengajaran tersendiri.
“Selain itu kita kadangkala perlu berhadapan sikap sesetengah ibu bapa yang menaruh harapan yang begitu tinggi terhadap guru untuk mengubah anak-anak mereka.
“Kita tahu had anak mereka bagaimanapun kita mencuba sedaya upaya memberi yang terbaik,” ujarnya.
Sementara itu, seorang ibu, Dayang Kianhing, 40, berkata, prestasi yang ditunjukkan anaknya selepas mengikuti program ini amat memberangsangkan.
Malah katanya anaknya yang menghadapi masalah hiperaktif dan pertuturan juga telah menunjukkan minat belajar setelah dihantar ke SMK Kolombong.
“Saya lihat anak saya kini bukan sahaja boleh mengurus diri tetapi sudah pandai menghafal surah al-Fatihah dan bersolat.
“Saya juga bersyukur kerana anak saya lebih berminat ke sekolah berbanding sebelum ini semasa bersekolah di Labuan dan Sandakan,” ujarnya

Sumber:http://ww1.utusan.com.my/utusan

Monday, November 21, 2016

Salah-fahan tentang Rezeki




Ramai yang lupa.
📍Kekadang kita berfikir soal rezeki dengan tidak adil..maka kita cemburukan gaji,elaun dan pendapatan tambahan kawan kita yang bekerja ditempat lain atau bekerja lebih masa dengan berniaga dan sebagainya yang dilihat lebih besar dari kita. Kita rasa resah melihat orang lain.
📍Ingat! Rezeki itu bukan sahaja di slip gaji atau pada jumlah angka duit semata-mata.
_*Kekadang kita lupa..*_
🍃- Dapat bos ditempat kerja yang baik pun rezeki..
🍃- Dapat kawan2 tempat kerja yang baik pun rezeki..
🍃- Dapat masyarakat sekeliling tempat kerja yang baik pun rezeki..
🍃- Kerja tak pressure pun rezeki..
🍃- Sambil bekerja tapi banyak masa dengan family pun rezeki..
🍃Banyak sangat rezeki yang Allah bagi kepada kita sebenarnya.. *Jom fikir luasnya rezeki.* Jangan sempitkan hanya pendapatan yang tercatat atas kertas sahaja sebagai rezeki..
*_Kekadang.._*
🍂- Ada orang direzekikan cantik & tampan,tapi tak direzekikan cinta.
🍂- Ada orang direzekikan harta,tapi tak direzekikan anak-anak.
🍂- Ada orang direzekikan anak-anak,tapi tak direzekikan kasih sayang.
🍂- Ada orang direzekikan kekayaan,tapi tak direzekikan kebahagiaan.
🍂- Ada orang direzekikan makanan yang hebat,tapi tak direzekikan selera.
🍂Demikian Allah SWT membahagikan rezekinya,jangan menyangka kita tidak ada rezeki.😊
Alhamdulillah....syukur di atas segala nikmat dari-Mu.. jadikanlah kami hamba2Mu yg sentiasa sedar, hargai nikmatMu dgn memanfaatkannya dan bersyukur... Allahumma Amin...

Saturday, November 19, 2016

Tugasan tahun pertama selesai

Banyak kerja yang perlu dilakukan. SKGTGB dan SKPI. 

Tidak sepatutnya berlaku sebab kedua-duanya telah lama beroperasi. 

Tidak dapat memberi fokus kepada murid kerana tumpuan pemurnian kerja-kerja pentadbiran. 

Tradisi lama juga terpaksa dibenteras secara berperingkat. Terima kasih atas sokongan untuk melaksanakan pembaharuan walaupun semua berada dalam keadaan tertekan pada peringkat awal. 

Tahun pertama berakhir. 

Dah tanggungjawab bersama yang perlu dilaksanakan mengikut ketetapan yang ada. 

Diiktiraf pihak luar -HRPB, perlu terus dibuktikan dengan perkhidmatan terbaik. 

Tak selesa rasanya berkerja apabila dah menjadi perhatian pihak luar. Moga kita terus diberi kekuatan untuk menghasilkan yang terbaik.

#SKGTGB dan SKPI.

Bakal tertubuh Kelab Anak Autisme Perak

Langkah pertama penubuhan akan bermula Jan 2017.
Kelab Anak Autisme Perak
March 14
KUMPULAN SOKONGAN IBUBAPA
Kelab Anak Autisme Perak (OFFLINE) untuk tahun 2016 masih dibuka untuk pendftaran.
SILA BERI MAKLUMAT BERIKUT :
Nama anak:
Umur anak:
Sekolah:
Nama ibubapa:
Email:
#Ibubapa akan dihubungi melalui email masing-masing.
#Maklumat di atas boleh dipostkan di ruangan komen dibawah @ PM admin
#Buat masa ini masih mengumpul maklumat ibubapa yang berminat sertai Kumpulan Sokongan Ibubapa ini.
#Langkah permulaan, group wasap akan diwujudkan.
SENARAI NAMA ANAK YANG BERDAFTAR UNTUK TAHUN 2016
1. Yusra Haziq Bin Norafiza (8 Tahun)
2. Mohamad Ashraf bin Mohd Izhan (4 Tahun)
3. Ahmad Danish Asyraf Bin Ahmad Rozi (7 Tahun)
4. Ahmad Amzar Ardhani bin Ahmad Hafiz (6 Tahun)
5. NURFATIHA ADAWIYAH BINTI ASMAWI (6 Tahun)
6. Muhammad Zafran Bin Abd Zaini (5 tahun)
7. Noor Faqihah Izzah Iwani (14 Tahun)
8. FAHIM HAFIZI BIN PAUZE (6 tahun)
9. NUR AINA SHUHADA BINTI MOHAMAD AZMI (11 TAHUN 10 BULAN)
10. Mohamad Rahman Ondek (7 Tahun)
11. FAHIM HAFIZI BIN PAUZE (6 tahun)
12. MUHAMMAD AQIDD MIQAIL (3 TAHUN)
13. HARITH ADHA (5 TAHUN)
14. MU'AMMAR SADAT B MUHAMMAD SAMSULRIZAL (15 TAHUN)
15. RIZQI FAIG BIN SHAMSURI UMUR (5 TAHUN)
16. aliff nazmi bin zakaria. Umur : 7 tahun.
17. ahmad haytham hussaini fakhri bin sofian sauri Umur : 8 tahun
18. Muhaimin azman bin mohd azhar umur 5 tahun
19. Muhammad Abdurrahman b muhamad zabid
20. Sheikh Thaqif bin Sheikh Izat Azhar Umur : 1 tahun 10bulan
21. Asyraf Ramadhan Bin Md.Norfazli Umur:6 Thn
22. haziq irfan b.hairil nizam Umur anak : 2thn 11bln
23. raihana haseena bt mohd hafiz umur : 4 thun
24. Adam Rifqi Abdul Manaf Safian
25. nurain maisara marzuki Umur :5 thn
#ANAK ISTIMEWA HARGAILAH ANUGERAH ILAHI

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!