Monday, January 18, 2016

Autisma - Jangan putus asa

Saya pernah melalui fasa 'putus asa' dalam mendidik anak autism saya. Ketika itu... doktor, pakar, ubat, suplement, program, aktiviti dan semua usaha saya tidak memberi walau seinci perubahan terhadapnya.

Sehinggalah akhirnya saya sedar, 'PENAWAR' sebenar untuknya adalah diri saya sendiri. Selepas itu, baru saya lihat usaha-usaha lain membuahkan hasil secara mendadak.
Mengapa Allah beri mereka kepada kita?
kerana Allah maha tahu kitalah ibu bapa yang paling kuat hatinya untuk menempuh ujian dalam mendidik mereka.
Mengapa Allah beri mereka kepada kita?
Kerana Allah maha tahu kitalah ibu bapa yang paling layak untuk mencintai dan menyayangi mereka.
Lantas mengapa kita mengharapkan orang lain dapat mendidik mereka sebaik mungkin, dapat menyayangi dan memahami mereka seikhlas hati lebih dari kita sendiri. Sedang surat perlantikan untuk semua amanah itu telah Allah beri kepada kita...
Percaya pada diri. Kitalah ibu bapa yang terpilih!! Kita sudah mendapat satu jaminan untuk mengutip imbalan dari amanah ini di Akhirat sana, sekiranya amanah ini dilaksanakan demi Allah.
Biar siapapun guru mereka selepas ini, berjanjilah... yang kita adalah guru pertama yang membawa mereka mengenal dunia, mengenal Pencipta.
Pandanglah mereka 'BERBEZA' bukan 'KURANG'. Mereka akan terus menjadi 'KURANG' sekiranya lebel itu tidak ubah dari pemikiran kita. Percayalah, dengan me

Sumber - Ar Rizqy

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!