Saturday, January 16, 2016

PPKI Buang Anak Istimewa

Ekoran daripada luahan rasa seorang ibu di laman FB Kelab Anak Autisme kendalian pak yoep. Untuk keterangan lanjut boleh layari laman tersebut.

PPKI membuang murid istimewa...Amat berharap semua ppki memainkan peranan sewajarnya dalam mendidik anak2 istimewa ini. Tugas dan tanggungjawab anda akan dipersoalkan di akhirat kelak. 

Sedih dan pilu & geram pun ada terhadap apa yang berlaku terhadap anak istimewa berkenaan yang kini hanya duduk di rumah yang hanya bergantung kepada ibubapanya untuk belajar. Tak salahkan ibunya. Beliau amat kecewa dgn PPKI. 

Tak kira apapun murid istimewa & ibubapa mereka adalah pelanggan PPKI. Tiada mereka TIADA guru pendidikan khas. Perlu bersyukur anda ada kerjaya disebabkan kehadiran mereka. Lakukanlah yang terbaik terhadap anak-anak istimewa ini. 

Pak Yoep juga telah mengalaminya sehingga terpaksa memindahkan anak istimewa pak yoep ke sekolah lain yang jauh dari lokasi tempat kerja di mana sebelum itu, lokasi sekolah anak pak yoep hanya bersebelahan dengan tempat kerja pak yoep. 

Dikesempatan ini, pak yoep nak ucapkan jutaan terima kasih kepada ppki smksm yang telah memberikan didikan terbaik kepada anak istimewa pak yoep, Noor FAQIHAH Izzah Iwani, sepanjang berada di sekolah rendah 2008 - 2014. 

Terima Kasih Cikgu dan PPM.

‪#‎Mohon‬ maaf, pak yoep beremosi.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!