Thursday, March 31, 2016

Bagaimana Orang Jepun Mendidik Anak Mereka?


Tidak dinafikan, negara matahari terbit ini telah terkenal sekian lamanya disebabkan keintelektualan warganya. Bahkan, pada saat negara-negara Asia masih lagi dalam zaman kegelapan – dijajah dan diperhambakan, mereka telah bangkit dan diiktiraf sebagai bangsa yang berdiri sama tinggi dengan warga barat. Untuk membina sebuah bangsa yang benar-benar kuat ini pasti punya rahsia yang tersendiri.
Terima kasih Tuan Baharuddin Mohamed yang berkongsi dalam laman profil Facebooknya tentang Tip Bagaimana Orang Jepun Didik Anak Mereka Supaya Cepat Pandai.
1. Teknik Rangsangan Otak
Mereka menggunakan teknik merangsang otak kanan. Otak kanan adalah otak yang berfungsi lebih kepada perkara-perkara kreatif manakala otak kiri pula cenderung kepada kira-kira dan fakta. Bila anak kita hampir terlelap, bisik perlahan-lahan di telinga mereka : “Mama sayang adik, adik anak yang hebat”. Dengarkan perkataan yang positif kepada mereka. Anak-anak ini akan menyimpan kata-kata yang kita luahkan itu dalam memori imaginasi mereka.
2. Biarkan mereka bermain.
Biasakan anak bermain warna dan melukis diatas kertas, bermain tanah liat, menggunting kertas dan apa sahaja aktiviti yang lebih kurang serupa. Biarkan mereka menconteng kerana proses ini akan merangsang otak kanan mereka. Ada kajian menunjukkan penggunaan penyepit ketika makan oleh warga Cina dan Jepun dapat menambah rangsangan pada otak kanan anak-anak. Tidak salah untuk kita mencontohi perkara yang baik daripada mereka. Kayu penyepit sebenarnya mengaktifkan tangan sekaligus merangsang otak kanan anak-anak ini.
3. Marahlah, tapi jangan tengking.
Jangan marah dengan menengking anak-anak kerana semuanya akan disimpan melalui otak kanannya. Orang kita selalu ucap perkataan “jangan” , jangan itu, jangan ini….sehingga anak-anak takut mencuba perkara yang baru. Kesannya bukan sekadar membantutkan daya kreativiti anak-anak tetapi dapat mengurangkan keyakinan diri mereka, akhirnya sampai besar pun mereka sukar bercakap di khalayak ramai.
4. Teknik imaginasi.
Isteri saya selalu menggunakan teknik imaginasi. Perasan tak anak kita selalu cerita perkara dalam imaginasinya? Layankan. Selalukan bercerita dengan mereka dan minta mereka sambungkan cerita itu. Cerita itu akan jadi merapu dan mengikut imaginasi mereka. Hal ini sebenarnya memberi kesan yang baik untuk melatih otak kanan mereka.
5. Teka-teki.
Satu teknik lagi adalah dengan selalu bermain teka-teki atau masukkan barang dalam kotak dan minta mereka teka barang dalam kotak itu. Aktiviti-aktiviti seperti ini dapat membuatkan mereka mula berfikir dan mengaktifkan otak kanan mereka.
Kongsilah dengan rakan-rakan anda, satu hari nanti pasti mereka akan berterima kasih dengan anda. Tak percaya, cubalah!
SUMBER - http://ohsemmama.com/

Monday, March 28, 2016

Bantu Anak2 Istimewa... Bagaimana?

Bagaimana mahu membantu mereka?
Faham. Bantu. Hargai.

FAHAM.

Cuba fahami perbezaan mereka dengan tidak membandingkan mereka dengan anak tipikal. Terutamanya dalam proses, cara serta sistem pembelajaran mereka. Mereka hanya berbeza dari cari penerimaan dan cara berfikir.

BANTU.

Bantu mereka dengan tidak memaksa mereka ikut cara kita. Sebaliknya bantu mereka dengan kita mencari metod dan pendekatan yang sesuai dengan mereka. Pendekatan yang sesuai dengan mereka antara faktor yang mempercepatkan usaha kita membantu mereka.

HARGAI.

Kebanyakan mereka mempunyai perasaan yang sangat sensitif dan akan menyimpan apa kata-kata negatif yang dilontarkan kepada mereka. Ini akan membuatkan mereka cenderung tiada keyakinan diri. Hargai mereka dengan melihat lebih banyak sisi kebaikan dan kelebihan mereka.
Percayalah, cara kita menerima mereka, menentukan setakat mana kita dapat membantu mereka. Perbezaan yang dimiliki mereka merupakan aset yang terpendam dan hanya akan menyerlah apabila kita merubah sudut pandang kita kepada mereka.
Dan kerana setiap anak itu adalah ujian, maka apakah perlu kita membiarkan amanah ini dibiarkan dengan label-label yang lebih mencederakan emosi mereka? Mereka adalah amanah, bukan beban. Untuk di cinta bukan di sisihkan.

Friday, March 25, 2016

Mungkin Anak Anda Disleksia?

“Anak puan tidak boleh membaca”
“Anak puan tulis terbalik”
“Dia ada masalah ketika membuat ayat untuk karangan. Karangan nya tidak pernah lulus.”
“Perkembangan anak Encik tidak selari dengan umurnya. Dia lebih lemah dari kawan-kawan nya yang lain .”
“Dia tidak boleh memahami konsep asas dalam matematik”
“Anak puan tidak boleh faham arahan yang panjang.”

JANGAN PANIK!

Pernahkan ibu bapa menghadapi situasi mendapat aduan dari guru kelas anak-anak seperti diatas. Ramai ibu bapa menjadi panik apabila menerima aduan seperti ini daripada guru kelas anak-anak.
Lebih panik lagi apabila ibu bapa tidak tahu bagaimana mahu membantu anak-anak ini dan ada juga yang masih didalam ‘denial phase’ kerana anak-anak ini kelihatan normal seperti anak-anak lain.
Mereka hanya sedar dan tahu isu yang dihadapi oleh anak-anak setelah anak mereka memasuki alam persekolahan berikutan dari aduan guru yang mengajar mereka di sekolah.
Kebanyakan dari aduan yang diterima tentang mereka itu ialah dikalangan anak-anak yang dikategorikan sebagai :
1) Disleksia
2) Diskalkulia
3) Disgrafia
4) Dispraksia
Berbeza dengan Autism yang mana simptomnya dapat dilihat dari seawal 2 tahun, Disleksia, Diskalkulia, Disgrafia, Dispraksia hanya dapat dikenal pasti apabila mereka sudah memasuki alam persekolahan.
Ada juga ibu bapa yang tidak menyedari sehinggalah anak mereka ingin menduduki UPSR. Ini kerana mereka tidak menghadapi masalah dalam pertuturan mahupun komunikasi. Malah ramai dikalangan mereka yang sangat petah berkata-kata.
Anak-anak yang menghadapi isu ini biasanya dikategorikan sebagai pelajar ‘bermasalah’ dalam pembelajaran oleh guru-guru.
Namun hakikatnya, kita yang bermasalah kerana tidak memahami dan mengetahui pendekatan yang sesuai untuk mereka. Melalui pendekatan yang sesuai, mereka sebenarnya boleh belajar seperti anak-anak biasa.
Bagaimana mahu mengenal pasti mereka? Ibu bapa boleh mendapatkan kepastian dari doktor yang bertauliah untuk mengesahkan kategori mereka.
Namun secara generalnya kita boleh memahami mereka melalui karektor yang ditunjukkan.

DISLEKSIA.

Ketidakmampuan otak anak-anak untuk memahami maklumat berkaitan huruf. Dalam ertikata lain, otak mereka mengalami kesukaran mengenal pasti serta mengingati huruf. Mereka boleh bercakap, berkomunikasi dan mengingati pelbagai fakta dengan baik. Tetapi sangat sukar mengingati maklumat tentang huruf.
Disleksia terbahagi kepada beberapa kategori dan tahap juga. Paling ketara, apabila mereka sudah boleh mengenal huruf, mereka cenderung untuk menulis huruf tersebut secara terbalik. Mereka juga menghadapi kesukaran ketika belajar membaca.

DISKALKULIA.

Isu yang sama seperti disleksia, cuma bezanya otak mereka tidak dapat memahami maklumat berkaitan nombor. Ciri yang sama, mereka menghadapi kesukaran mengingati fakta berkaitan nombor dan apabila mereka sudah boleh mengenal nombor, mereka cenderung untuk menulis nombor tersebut secara terbalik. Mereka juga menghadapi kesukaran ketika belajar menyelesaikan soalan operasi dalam matematik.

DISGRAFIA.

Mereka yang di dalam kategori ini sudah boleh membaca namun mempunyai isu dalam penulisan. Ketika menulis, mereka sukar membezakan huruf besar dan kecil serta sering kelihatan celaru ketika menyalin ayat. Huruf kecil dan besar sering bercampur aduk ketika mereka menyalin. Mereka juga sering tertinggal huruf 1-2 ketika menyalin perkataan. Tiada jarak di antara perkataan yang di tulis sehingga kita sukar membacan tulisan mereka.

DISPRAKSIA.

Dispraksia berhubungan dengan kesukaran untuk mengatur gerak bahasa. Dispraksia kerap kali menunjukan masalah dengan susunan bahasa, baik secara lisan maupun penulisan. Susunan ayat mereka ketika berkomunikasi tidak matang dan tidak selari dengan usia mereka. Memori jangka pendek mereka yang kurang serta mereka sukar menjawab pertanyaan sederhana meskipun soalan mudah. Mereka juga sering keliru dan sukar memahami arahan.
Bagaimana mahu membantu mereka?
Faham. Bantu. Hargai.

FAHAM.

Cuba fahami perbezaan mereka dengan tidak membandingkan mereka dengan anak tipikal. Terutamanya dalam proses, cara serta sistem pembelajaran mereka. Mereka hanya berbeza dari cari penerimaan dan cara berfikir.

BANTU.

Bantu mereka dengan tidak memaksa mereka ikut cara kita. Sebaliknya bantu mereka dengan kita mencari metod dan pendekatan yang sesuai dengan mereka. Pendekatan yang sesuai dengan mereka antara faktor yang mempercepatkan usaha kita membantu mereka.

HARGAI.

Kebanyakan mereka mempunyai perasaan yang sangat sensitif dan akan menyimpan apa kata-kata negatif yang dilontarkan kepada mereka. Ini akan membuatkan mereka cenderung tiada keyakinan diri. Hargai mereka dengan melihat lebih banyak sisi kebaikan dan kelebihan mereka.
Percayalah, cara kita menerima mereka, menentukan setakat mana kita dapat membantu mereka. Perbezaan yang dimiliki mereka merupakan aset yang terpendam dan hanya akan menyerlah apabila kita merubah sudut pandang kita kepada mereka.
Dan kerana setiap anak itu adalah ujian, maka apakah perlu kita membiarkan amanah ini dibiarkan dengan label-label yang lebih mencederakan emosi mereka? Mereka adalah amanah, bukan beban. Untuk di cinta bukan di sisihkan.
Sumber - http://ohsemmama.com

Wednesday, March 23, 2016

Bila bapa autisme menulis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Saya merupakan salah seorang drpd beribu2 parent kepada anak istimewa ini. Anak saya yg akan saya bahasakan namanya Nuqman merupakan seorang Delay dan sedikit ciri2 autism.

Saya dan isteri menyedari status Nuqman ketika berusia 4 thn.. so kami pun melakukan pembacaan dan memutuskan utk berjumpa pakar kanak2 di sebuah private hosp di Penang.

Setelah didiagnose Delay dan Mild Autism.. kami tercari2 centre yg boleh membantu memberi terapi kepada Nuqman.. dan alhamdulilah, kami menghantar 2 pusat terapi di Penang.. dan bermula la rutin baru dlm kehidupan kami sekeluarga.

Setelah lebih setahun berlalu.. setelah melalui pelbagai terapi.. alhamdulilah Nuqman ada perkembangan drpd segi motor, social.. tetapi saya kurang berpuas hati kerana pada hemat saya, sepatutnya dgn masa da wang ringgit yg dicurahkan utk Nuqman, perkembangan Nuqman sgt perlahan.

Saya pendam sahaja perasaan saya dan Nuqman tetap menjalani terapi mcm biasa.

Pada awal bulan Mac 2016, salah satu centre yg saya hantar memberitahu yg akan ada workshop diadakan pd pertengahan bulan dan ia merupakan worshop Occupational da Sensory. Fee agak mahal.. tapi bg saya.. ilmu adalah priceless..

Ia sebenarnya dibuat khas utk terapis2 di centre tersebut dan centre tersebut memanjangkan pula kepada parent2 yg menghantar anak kesitu.

Daripada berbelas parent.. hanya 2 parent sahaja yg hadir di workshop itu.. iaitu saya dan seorang lg parent di Penang.

Workshop itu dibuat 3 hari.. dan kami diberi pencerahan yg tersangat cerah sehinggakan kami yg dtg atas kapasiti sebagai parent pun terasa mcm sudah jadi terapis. Hehe.

Kami diberi pendedahan bagaimana untuk menghadapi masalah attention, apa aktiviti terbaik utk anak2 yg mempunyai ciri2 yg telah didiagnose.

Alhamdulilah, kini saya lebih memahami Nuqman.. apa yg ingin saya tekankan disini. Sepanjang pemerhatian saya ketika melihat terapis memberi terapi kepada Nuqman, kesalahan pertama mereka ialah menganggap kesemua anak Delay dan Autism ni adalah sama.. dan mereka terus memberi satu program terapi kepada Nuqman tanpa assesmen yg lebih mendalam. Ini diakui sendiri oleh terapi2 di sana ketika hadiri workshop.

Terapis melihat Nuqman tidak pandai menulis, tidak pandai membuat garisan, membuat bulatan. Cara yg mereka buat ialah dengan guide tgn Nuqman utk menulis dan ini adalah tindakan tidak betul.. dan akhirnya Nuqman memerlukan masa 1.5thn untuk hanya membuat garisan lurus dan shape2 mudah. Bagi saya ia merupakan satu kesilapan dlm merencanakan program.

Terapis sebelum ini tidak mengetahui punca mengapa Nuqman tidak boleh menulis. Tetapi selepas habis workshop, saya sendiri membuat assesmen terhadap nuqman dan saya mendapati Nuqman menghadapi masalah gross dan fine motor.

Nuqman tidak boleh membezakan dan tidak dpt mengindividukan pergerakan bahu, siku, pergelangan tangan dan tapak tangan.

Bagaimana seorang manusia yg tidak mahir menggunakan tangan sendiri anda ingin harapkan dia pandai menulis? Sudah pasti dia tidak akan pandai menulis sehingga dia cekap menggunakan fungsi sendi pada tangannya. Child must master his body before he master his enviroment. Itu pesanan yg diberikan oleh Dr. Kannan ( Drpd UKM ) yg saya akan ingat sampai bila2.

So sekarang saya sendiri memberi terapi kepada Nuqman utk gross dan fine moto.. dirumah dan di centre, terapis ( dimana terapis ini juga menghadiri workshop tersebut ) akan menyambung dan memberi terapi2 lain dimana mereka mempunyai lebih byk tools.

Apa yg ingin nyatakan disini, kita sebagai parent perlu sentiasa update ilmu2 mengenai perkembangan anak2 kita. Setiap anak istimewa tidak sama keperluanya. Sebagai parent boleh bersama2 organise kepada workshop2 yg lebih memperincikan condition anak2 kita.

Kepada para centre juga, cuba educate kan parent mengenai conditions anak. Sesetengah parent merasakan centre ini adalah tempat nursery.. cukup time hantar dan cukup time balik. Kita sentiasa mempunyai border diantara terapis dan kita.

Kita sebagai parent juga perlu teliti memilih terapis yg mana berusaha memberi terapi ke atas punca masalah anak kita bukan terapi kepada simpton.

Ada byk lg saya ingin menulis. Tetapi utk hari ini setakat ini dahulu.

Terima kasih.

Mohamad Farimi Ishak

Luahan rasa di FB Kelab Anak Autisme
Kendalian Pak Yoep

Monday, March 14, 2016

Anak Autisme di Aliran Perdana

ANAK AUTISME DI ALIRAN PERDANA (Kelas Normal)

"Assalamualaikum warga KAA.. Sy nk mnx pndpt.. Ad x at gp nie yg ankny autism tp bersekolah biasa bkn ppdk..? Sy nk thu cm mne yerk tuan² puan² atasi mslh ank..? Ank sy ari² merayu at sy mnx tlg jumpa cikgu sbb xnk buat ejaan.. Cikguny spt xnk memahami mslh ank sy sdngkan pihak hospital dh bg memo pd pihak sekolah mngatakan ank sy slow leaner.. Bl ank sy xbley buat ejaan, ank sy mesty kne rotan 5 kali di tgn.. Jd ank sy xnk pergi sekolah skrg nie..
—feeling buntu."

Sumber - Visitor Post KAA kendalian pak yoep

Comments
Ayuti Iyoko Onanoko Pergi jumpa ckgu tu sendiri selesai mslh
LikeReplyMessage1Yesterday at 7:17am
Afieza Rahim Tukarkn sekolah.. Masukkan anak ke ppki... Jgn sebab ego, tetap nak anak ke aliran perdana.. Anak memang bermasalah... Kesian pd anak tu sebab jadi mangsa keadaan.. Saya byk baca tentang ibubapa nak sangat anak mereka sekolah di aliran perdana walaupon dah tau anak mereka bermasalah... Kata mereka atas nasihat doktor.. Ibubapa boleh fikir sendiri apa yg terbaik utk anak mereka
LikeReplyMessage16Yesterday at 7:58am
Aust Mohammad Betul tu Afieza Rahim...saya sokong...aliran perdana terlalu laju kerana mengejar silibus...program.pendidikan khas intergrasi(ppki)...lebih releven kerena murid berkeperluan khas perlukan cikgu yg luar biasa di ppki...xperlu amik upsr dan pt3...biarkan dia belajar terus amik spm.je...pelajar austism biasanya mempunyai kelebihan tersendiri...dan di luar jangkaan...jgn serabutkan fikiran anda....hanya fikirkan anak istimewa ni...adalah tiket mak ayahnya ke syurga...insya allah
LikeReplyMessage11Yesterday at 8:12am
Afieza Rahim Aust Mohammad.. Tu lah.. Saya pon tak faham kenapa masih ada lagi ibubapa pd Anak istimewa ni masih tak boleh terima hakikat yg anak mereka adalah anak istimewa.. Kekadang bila saya baca apa yg mereka post, saya jadi geram pulak.. Dah terang2 anak memang anak istimewa, mereka tetap nak masukkan anak mereka ke sekolah aliran perdana.. Pastu salahkn cikgu aliran perdana yg tak tau n faham yg anak mereka anak istimewa.. Seharusnya ibubapa yg patut faham anak mereka seharusnya berada disekolah mana.. Ini bukan masa cuba n cuba.. Dlm mencuba tu kesan pd anak istimewa tu sendiri.. Kesian, sampaikn anak tu yg jadik mangsa keadaan... Saya lihat, ada ibubapa yg ego.. N ada yg ckp doktor suggestkn... Tapi cuba fikir, doktor hanya dok n ngadap anak kita cuma 1@2 jam saja... Bukan sepanjang hari.. Yg mengadapnya kita n cikgu2... Kita n cikgu2 yg lebih arif n faham camne anak kita...
LikeReplyMessage6Yesterday at 8:19am
Ariati Atie masukkn ank ke ppki...diasana ank akn lebih diberi perhatian...ank kak mild autisme dan slow learner...selesa belajar di ppki...
LikeReplyMessage3Yesterday at 8:20am
Afieza Rahim Jika anak benar2 boleh belajar, walaupon di ppki, anak boleh diinklusifkn n boleh ambik exam seperti upsr n pt3.. Jgn fikir di ppki anak tiada masa depan...
LikeReplyMessage8Yesterday at 8:22am
Mohd Yusri Hashim Ada tak list ppki di Malaysia ni?
LikeReplyMessage3Yesterday at 8:36am
Hazura Abdul Aziz Masukkan anak ke ppki... guru2 sana lebih pakar & memahami anak dari yg aliran perdana
LikeReplyMessage2Yesterday at 8:54am
KELAB ANAK AUTISME Peluang masih ada.... tahap kematangan lewat.
Ariati Atie klau pun di aliran perdana mmg nk kena cari guru dan skolh yg btul2 memahamilh....klau tidak ank mmg akn jauh ketinggalan...ibu bapa pun nk kena useha lebih pntau dan ajar ank sendiri dirumah jgn terlalu mengharapkn pihak sekolh..
LikeReplyMessage3Yesterday at 9:08am
Ruzidah Sadiyen Laa..nape masuk kn anak aliran perdana ??..hantar je ppki..nti cikgu bleh inklusif kan anak jika ank layak..
LikeReplyMessage2Yesterday at 9:20am
Angah Aemy Pernah terfkr dan pergi ke ppdk utk daftar ank bljr ke sane.. Tp yg mnjd mslh utama dn kesilapan sy, ank sy x pndai n x fhm bahasa melayu.. Ms mula² ank pndai nk berckp sy tlh sekolahkan ank di tadika cina spt kakakny.. Sy lewat dpt kesan mslh ank dan dpt rwtn doc.. Jd kefahaman n kelbihan dy berckp pd bahasa cina.. Kalo kte ckp dlm bahasa melayu ngan dy, mmg dy x fhm lngsung.. Jd krn itulah doc n guru di ppdk galakkan dy bersekolah di aliran perdana.. Bkn ego atau x terima hakikat ank autism + dyslexia.. Ank sy pun bljr jugak di pendidikan khas swasta (kiwanis special children centre) tp seminggu 2 kali..
LikeReplyMessage1Yesterday at 9:24amEdited
Sharifah Shahira Maaf menyampuk, ada sesiapa boleh share lokasi2 ppki?
Angah Aemy Ppki tu singkatan bg ape..? Di tpt sy ppdk..
LikeReplyMessage1Yesterday at 9:26am
Anny Hussain Program pendidikan khas intergrasi ...
Aust Mohammad Angah Aemy ddk mana...?
Aust Mohammad Hmmmm...sekrng ni anaknye sekolah sjkc ke...?
Hamidah Abd Jabar masukkn ke pendidikan khas..ank2 lebih selesa dn cemerlang disana..ibu bapa x pening kepala, hati pon x sakit..trbukti pada anak sy sendiri..
LikeReplyMessage4Yesterday at 10:00am
Norhayati Yusof cuba pergi ppd ikut prosedur bw surat pengesahan dr doktor
Norhayati Yusof tentang bahasa tu percayalah guru2 ppki ini mampu ada yg tak blh ckp pun mereka mampu
LikeReplyMessage2Yesterday at 10:01am
Hamidah Abd Jabar Alhamdulillah..keputusan peperiksaan amat membanggakan kami..
LikeReplyMessage5Yesterday at 10:04amEdited
Norhayati Yusof kita sebagai ibubapa jangan putus harap cuba setiap semua ada jalannya tersendiri
LikeReplyMessage1Yesterday at 10:03am
Wan Zahariah Wz Dulu sy pun membuat kesilapan.. cuba aliran perdana atas cadabgan dr. Tp... ank sy bukan sja ketinggaln tp jadi takut untuk je sek. Skrg sy tukarkan dia ke ppki.. jgn kisahkan pandangan org lain tp fikir masa depan mereka.. tahap kebolehan mereka x sama dgn kanak2 biasa.. so jgn siksa mereka dgn sesuatu di luar kemampuan mereka...
LikeReplyMessage4Yesterday at 10:09am
Afieza Rahim Anak saya dr tak pandai memegang pensil, apatah lagi membaca, menulis n mengira masa mula2 masuk ppki.. Anak saya doktor sahkn mild Autisme.. N suggestkn ke sekolah aliran biasa... Anak saya kenal nombor.. Boleh kenal dr 1-100.. Tapi tak suka pd bm.. N bila bg buku bm, dye baling n mengamuk... N Alhamdulillah, tahun ni tahun ke dua di ppki, dah boleh membaca ngan lancar,menulis n mengira... Atas usaha n bimbingan cikgu2 ppki n kita sebagai ibubapa anak Autisme... Masa tahun pertama di ppki, saya bincang n jumpa cikgu2 dippki minta mereka bantu saya utk atasi masalah anak saya yg tak nak langsung atau tak suka bm... N Alhamdulillah, berkat kesungguhan n bimbingan dr cikgu2 ppki, anak saya dah boleh membaca ngan lancar.. Selalu exam bm, dpt 100% bm.. Percaya lah.. Cikgu2 ppki adalah cikgu2 yg terlatih.. Mereka tahu nak handle masalah anak2 istimewa ini...
LikeReplyMessage10Yesterday at 10:15amEdited
Irna Nurasikin Pada pendapat saya,lebih baik masukkan anak ke PPKI dari aliran perdana.Bila anak mengadu x suka buat,maknanya dia x dpt ikut apa yg diajar oleh cikgu aliran perdana.Di PPKI,cikgu terlatih Dan dilatih utk mengajar anak2 istimewa ini..Sbb di Ppki,satu cikgu menjaga Dan mengajar dlm murid x lebih Dr 5 org...Cikgu Ppki lebih memahami dan dpt membantu anak istimewa ini.Insha Allah,anak Tuan puan dpt belajar Dan berjaya spt anak tipikal..Amin
LikeReplyMessage4Yesterday at 10:23am
Mina Mursalim Jumpa cikgu tu bincangkan....kasian dgn ank puan
Vne Saimin mmg ank autisme tpt dia d kelas khas sj sng..klo skolh biasa problem..
LikeReplyMessage1Yesterday at 10:46am
Zie Man Umur brapa patut hntar ke ppki..7 thun ke..atau masa umur 5 @ 6 thun...tq
LikeReplyMessage1Yesterday at 11:07am
Nur Hanani Kesian anak..tukar ke kelas ppki la..cgu ppki da terlatih taw mcm mna nk uruskan..lgipun bilangn murid dlm satu kls ppki sikit..ckgu blh bg prhtian lebih..nnti mkin lama dia trauma nk bljr...
LikeReplyMessage1Yesterday at 11:20am
Afieza Rahim Anak saya masuk ppki umur 7 tahun.. Sekarang anak saya baru nak masuk 8 tahun n ini tahun ke 2 di ppki.. Anak saya hanya bersekolah di tadika biasa selama 3 minggu sahaja.. N lepas tu tak pernah bersekolah di mana2 tadika.. Masa tu baru masuk 5 tahun n saya masih tak tau anak saya anak Autisme... N lepas dr tu saya bawa anak ke hospital n pakar sahkn anak mild Autisme.. N masa tu masih tak tau ada sekolah pra utk Ppki... Bila anak nak masuk umur 7 tahun, terus daftarkn anak ke sekolah ppki...
As HjKhalid Afieza Rahim seronok baca progress anak Sis....boleh saya tahu anak PPKI mana ye.....Selangor ke?
LikeReplyMessage23 hrs
Afieza Rahim As HjKhalid..anak saya di ppki segamat johor
LikeReplyMessage23 hrs
Noor Shaliza Anak saya mild autism, thn ke 2 di ppki, sek aliran perdana x sampai 3 bln. Kalau ada rezeki dia, biarlah cikgu yg buat keputusan bila dia sesuai untuk inklusif di perdana. Kata guru kelas, masih ada lg masalah tingkahlaku pd dia. Skrg saya ditakdirkan mengajar pemulihan yg di antara muridnya ada 3 murid autism. Murid ini boleh membaca n membuat latihan tetapi hanya apabila diberi perhatian 1 to 1. Di perdana x dpt guru nk laksanakan kelas seperti di ppki kerana di ppki ada ppm yg akan membantu guru. Pendapat saya, sekiranya murid autism telah menjalani terapi tingkahlaku, mereka akan lebih fokus n bersedia belajar di perdana.
LikeReplyMessage122 hrs
As HjKhalid X salah Puan nak cuba anak di mainstream... Tp bagi masa dan lihat progress dia...bincang ngan Cg juga...kalau dia xde progress dan menerukkan keadaan, bolehla daftar di ppki. Pilih PPKI yg ada syllibus dan program yg bagus...kena survey...
LikeReplyMessage22 hrs
Fauzana Ahmad Rasli Saya diminta oleh doktor utk mskkan ke aliran perdana walaupun hati saya berat..tp..saya cuba...masa mskkan anak saya le aliran perdana....cikgu pun janji akan cuba...tp..masalahnya bila dideclare masalah anak saya autisme...semua pergrkan dia dikataka...See More
LikeReplyMessage21 hrsEdited
Salawati Talib Anak saya sopea di ppki sk2A seremban.
LikeReplyMessage116 hrs
Ajat's Ramli Kena masuk pendidikan khas. Spatutnya dia dah anak ada masalah cmtu dia akan cadangkan masuk p. Khas.. Pelik juga
LikeReplyMessage15 hrs
Umayra Leeza Fahmy Sy pun dlm dilema nk daftarkn anak sy tahun depan di mana.ppki atau arus pedana.Saya pernah ditakut2kn pasal cikgu ppki yg selalu cuti sebab krusus,dlm kelas bukan mengajar tp mengait,selalu buat jamuan,dn paling extrem sy drg cikgu selalu cuti bersalin..benarkah semua kata2 negative ni...
LikeReplyMessage15 hrs
Ayuti Iyoko Onanoko Ppki boleh kalau Ade kad oku, ank sy x de kad jadi aliran perdana. . in sha Allah ikhtiar yg terbaik bt anak.

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!