Thursday, March 31, 2016

Bagaimana Orang Jepun Mendidik Anak Mereka?


Tidak dinafikan, negara matahari terbit ini telah terkenal sekian lamanya disebabkan keintelektualan warganya. Bahkan, pada saat negara-negara Asia masih lagi dalam zaman kegelapan – dijajah dan diperhambakan, mereka telah bangkit dan diiktiraf sebagai bangsa yang berdiri sama tinggi dengan warga barat. Untuk membina sebuah bangsa yang benar-benar kuat ini pasti punya rahsia yang tersendiri.
Terima kasih Tuan Baharuddin Mohamed yang berkongsi dalam laman profil Facebooknya tentang Tip Bagaimana Orang Jepun Didik Anak Mereka Supaya Cepat Pandai.
1. Teknik Rangsangan Otak
Mereka menggunakan teknik merangsang otak kanan. Otak kanan adalah otak yang berfungsi lebih kepada perkara-perkara kreatif manakala otak kiri pula cenderung kepada kira-kira dan fakta. Bila anak kita hampir terlelap, bisik perlahan-lahan di telinga mereka : “Mama sayang adik, adik anak yang hebat”. Dengarkan perkataan yang positif kepada mereka. Anak-anak ini akan menyimpan kata-kata yang kita luahkan itu dalam memori imaginasi mereka.
2. Biarkan mereka bermain.
Biasakan anak bermain warna dan melukis diatas kertas, bermain tanah liat, menggunting kertas dan apa sahaja aktiviti yang lebih kurang serupa. Biarkan mereka menconteng kerana proses ini akan merangsang otak kanan mereka. Ada kajian menunjukkan penggunaan penyepit ketika makan oleh warga Cina dan Jepun dapat menambah rangsangan pada otak kanan anak-anak. Tidak salah untuk kita mencontohi perkara yang baik daripada mereka. Kayu penyepit sebenarnya mengaktifkan tangan sekaligus merangsang otak kanan anak-anak ini.
3. Marahlah, tapi jangan tengking.
Jangan marah dengan menengking anak-anak kerana semuanya akan disimpan melalui otak kanannya. Orang kita selalu ucap perkataan “jangan” , jangan itu, jangan ini….sehingga anak-anak takut mencuba perkara yang baru. Kesannya bukan sekadar membantutkan daya kreativiti anak-anak tetapi dapat mengurangkan keyakinan diri mereka, akhirnya sampai besar pun mereka sukar bercakap di khalayak ramai.
4. Teknik imaginasi.
Isteri saya selalu menggunakan teknik imaginasi. Perasan tak anak kita selalu cerita perkara dalam imaginasinya? Layankan. Selalukan bercerita dengan mereka dan minta mereka sambungkan cerita itu. Cerita itu akan jadi merapu dan mengikut imaginasi mereka. Hal ini sebenarnya memberi kesan yang baik untuk melatih otak kanan mereka.
5. Teka-teki.
Satu teknik lagi adalah dengan selalu bermain teka-teki atau masukkan barang dalam kotak dan minta mereka teka barang dalam kotak itu. Aktiviti-aktiviti seperti ini dapat membuatkan mereka mula berfikir dan mengaktifkan otak kanan mereka.
Kongsilah dengan rakan-rakan anda, satu hari nanti pasti mereka akan berterima kasih dengan anda. Tak percaya, cubalah!
SUMBER - http://ohsemmama.com/

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!