Sunday, May 1, 2016

Autisme... Bapa menghilangkan diri

Dah jadi rencah kehidupan. Semasa senang dikongsi bersama. Apabila kesusahan mereka akan melarikan diri. Membiarkan insan terkontang-kanting menguruskan kehidupan sendirian.

"Kenapa nasib si ibu dan anak yang ada anak istemewa di tinggal kn....adakah si ayah tidak redha,adakah tidak menerima takdir dan amanah yg di berikan...kami pun perlukan sokongan...kekuatan untuk dikongsi....?????"


Ungkapan seorang ibu yang mempunyai anak-anak autisme. Buka sorang anak autisme tapi ada tiga. Tak dapat bayangkan bagaimana nak menguruskan anak-anak autisme ini berseorangan tanpa kehadiran seorang suami.


Kehidupan perlu diteruskan. Rezeki ada di mana-mana. 


Sama-sama kita berdoa agar ibu ini terus diberikan kekuatan untuk mendidik anak-anak autismenya. Allah akan terus merahmati kehidupannya.


Ameen.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!