Saturday, May 14, 2016

Selamat Hari Guru

~ GURU ~ Manusia paling syok sendiri di atas dunia.

Jadi cikgu ni, kita jadi syok sendiri. Masuk kelas tahun 1, tak kira mengajar apa pelajaran sekalipun, Math ke,BI ke, BM ke, PJK ke, mesti ada dalam buku teks part nyanyian dan lagu.

Maka, mahu tak mahu kena la menyanyi walau suara tu langsung tak sedap. Walau sumbang, walau piching ke laut,nyanyi saja. Tanya budak tahun 1, mesti diorang cakap suara guru sedap. Makin syok menyanyi!

Nak bagi penerangan,terkadang kena lukis gambar. Maka walau tangan sekeras batu, walau lukis ayam dah macam kucing, tetap perasan dan syok sendiri rasa lukisan tu cantik. Tambah2 bila ada murid puji,"wah, cantiknya cikgu lukis." Makin kembang hidung,makin syok sendiri dibuatnya.

Budak tahun 1, lukis camne pun diorang cakap cantik. Kalau tahun 4,5,6, memang kena kutuk la lukisan cikgu. Kalau sekolah menengah lagi la, mau tak lalu makan seminggu teringat kutukan anak murid.

Ni menjelang hari guru, makin menjadi-jadi perasaan syok sendiri ni. Majlis sendiri, sendiri yang beli hadiah, pastu buat2 tukar dengan rakan. Punya nak merasa dapat hadiah mahal sikit. Punya la teruja!

Buat jamuan, sendiri kutip duit, sendiri makan, kemudian sendiri pakat puji meriahnya jamuan itu. Sedapnya masakan diri sendiri. Oh,betapa syoknya puji diri sendiri. Lepas tu, buat la persembahan. Kononnya sempena hari guru. Sebenarnya untuk diri sendiri. Kan kita ni cikgu!

Maka bersajaklah,menyanyilah, berlakonlah. Penat lelah hafal skrip lakonan berminggu-minggu. Semata-mata nak buat persembahan untuk diri sendiri. Pastu suruh budak sorak. Suruh budak tepuk kuat-kuat. Pastu rasa bangga, hebat betul lakonan aku. Hebat sungguh aku deklamasi sajak. Ah,betapa syok sendirinya kita ni kan?

Tu belum kira Anugerah Guru Garang, Anugerah Guru Paling Popular, Anugerah Guru Paling Lawa, sendiri buat anugerah, sendiri beli medal, sendiri gembira bila menang. Tak ke syok sendiri orang panggil tu?

Lantak la orang nak kata profession ini profession syok sendiri ke apa. Janji aku bahagia. Janji aku gembira melayan budak-budak. Kerja sebagai guru ni bukan lagi sejenis pekerjaan bagiku, ianya adalah kecintaan. Cinta yang amat!
Korang bagaimana?

* Selamat hari guru buat semua guru-guru di Malaysia terutamanya guru-guru yang pernah mengajarku. Mohon redha segala ilmu dan mohon Allah ampunkan dosa kalian dan kita semua.
* Syok sendiri punya pasal, wish awal kat diri sendiri dan rakan sejawat. Huhu

1 comment:

  1. Semoga Allah merahmati guru-guru semua. Tak terkira jasa guru. Selamat hari guru!

    ReplyDelete

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!