Wednesday, June 8, 2016

Faqihah berpuasa

Faqihah dah tiada masalah berpuasa... Alhamdulillah. Walaupun berpuasa, faqihah mantain membuat kerja-kerja rumah tanpa disuruh. Basuh pakaian, sidai kain, basuh pinggan-mangkuk dll. Rasa bahagia mempunyai anak istimewa walaupun zaman kecilnya amat mencabar. Kini, banyak membantu umminya membuat kerja2 rumah dlm usia remaja.

Saat berbuka, tabiatnya masih belum berubah. Siap aja umminya menyiapkan masakan, Faqihah mula menyediakan persiapan berbukanya sendiri walaupun masa untuk masa lambat lagi, Semalam, lagi  2 jam, makanan dan minumannya dah disiapkan. Menunggu di meja makan sehingga waktu berbuka. 

Berdasar pengalaman, tiada masalah untuk melatih Faqihah berpuasa sejak kecil lagi. Apa yang perlu dilakukan, penerangan terperinci perlu agar Faqihah faham mengenai puasa. Bimbingan sepanjang berpuasa amat diperlukan agar perlaksanaan berpuasa dipatuhi dengan baik.

1 comment:

  1. Assalam encik. Saya sangat berminat nk bli supplement otak utk ank tu. Tapi tak tahu nk contact encik. Boleh bg email / no tepon tak? Tq

    ReplyDelete

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!