Saturday, August 20, 2016

Laporan kewangan Ogos 2016

Hampir genab setahun urusan tanah felcra tok sibi selesai. Senarai Perbelanjaan yang digunakan seperti dibawah.
Keluarga Mat Bunga Fun
Dividen 21458.75                           Baki RM 11141.75 

Kenduri buffet
750
Kenduri (Ola)
300
Agihan dividen
3200
Kebajikan ahli (Yah)
1000
Saguhati (Ola)
500
Klinik
90
Rawatan mata 1
300
Rawatan mata 2
3000
Kerusi
37
Ubat (Ola)
150
Peti ais
990
Keutamaan perbelanjaan adalah untuk keperluan apak sebagaimana dipersetujui dalam mesyuarat keluarga.

Monday, August 15, 2016

Petua hidup tenang


1. πŸ˜€ Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain. Kita mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan susah senang kehidupan mereka. Dulunya berbasikal, bermotor, berkereta buruk sekarang berkereta mewah.

2.πŸ˜€ Jangan berfikiran negatif terhadap benda yang kita tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan pada apa yg kita ada. Tenaga, masa dan wang kita, fokus terhadap benda positif yang mampu kita buat pada masa ini.

3. πŸ˜€ Tidak berlebihan melakukan apa yang anda tidak mampu buat. Cukuplah setakat yang anda mampu. Jangan terlalu obses.

4. πŸ˜€ Jangan terlalu beremosi terhadap diri sendiri, jika ada yang perli, herdik, tengking, 😊senyumkan saja..

5.πŸ˜€ Jangan bazirkan tenaga dan masa terhadap gosip politik dan gosip liar yang keterlaluan.

6.πŸ˜€ Berfikir dengan tenang dan positif terhadap masalah dan musibah yg menimpa.

7.πŸ˜€ Iri hati adalah sia-sia. Harta org bukan rezeki dan hak kita.

8.πŸ˜€ Jangan ungkit kesilapan pada masa lampau. Lupakan! Ianya akan menghancurkan kegembiraan kita dimasa depan.

9. πŸ˜€ Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Sebarkan kasih sayang.

10. πŸ˜€ Berdamailah dengan diri dan bersyukur dgn apa yg ALLAH telah kurniakan.

11. πŸ˜€ Tiada siapa yang boleh menggembirakan kita selain dari diri kita sendiri.

12. πŸ˜€ Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kita harus terus belajar. Jangan mudah putus asa dengan masalah.

*UTAMAKAN maksud ayat ini*

Ψ£َΩ„َΨ§ Ψ¨ِΨ°ِΩƒْΨ±ِ Ψ§Ω„Ω„َّΩ‡ِ ΨͺَΨ·ْΩ…َΨ¦ِΩ†ُّ Ψ§Ω„ْΩ‚ُΩ„ُوبُ

“Hanya dengan mengingatku (Allah) hati akan menjadi tenang”. (QS. Ar-Ro’d : 28)

#cp@wasap

Monday, August 8, 2016

Cabaran Pendidikan Anak Pak Yoep


Dirasakan 2016 merupakan tahun yang amat sibuk pak yoep dalam menguruskan pendidikan anak-anak terutama Kak Long dan Haziq yang masing-masing bakal menduduki peperiksaan awam. Haziq akan menduduki upsr pada Sep 2016. Kak Long bakal menduduki SPM pada 2017. Walaupun lambat lagi, Kak Long telah melakukan persiapan awal dengan menduduki kelas-kelas tuisyen. Pengorbanan masa terpaksa dilakukan kerana lokasi pusat tuisyen jauh dari lokasi tempat tinggal. Pak Yoep terpaksa menghabiskan masa sementera anak-anak tamat tuisyen. Kebetulan pada waktu malam, boleh juga pak yoep menghadiri kelas-kelas pengajian agama di masjid.

Jadual waktu tuisyen Haziq. 

Isnin - Kelas Pengajian Al-Quran di Pengkalan ( 8 mlm )
Selasa - Kelas Tambahan anjuran guru matematiknya di Gopeng ( 8 mlm )
Rabu - Kelas Tambahan di sekolah, Gopeng ( 2 ptg )
Jumaat - Tuisyen di Silibin ( 5 ptg)
Sabtu - Kelas Tambahan di sekolah, Gopeng  ( 8 pg )
Ahad - Kelas Tuisyen di Silibin ( 8.30 pg )

Jadual waktu tusiyen Kak Long

Isnin - Tuisyen Kimia di Taman Ipoh ( 7.45 mlm )
Selasa - Tuisyen Akaun di Pekan Ipoh ( 4 ptg )
Khamis - Tuisyen Fizik di Taman Ipoh ( 7.45 mlm )
Sabtu - Kelas Tuisyen di Silibin ( 10 pg )
Ahad - Kelas Tuisyen di Silibin ( 9 pg )

Mohon sama-sama doakan agar anak-anak pak yoep berjaya dalam peperiksaan yang bakal mereka hadapi.
 

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!