Wednesday, September 28, 2016

Penghijrahan Haziq


Haziq baru sahaja selesai UPSR pada Sep 2016.

Dalam tempoh sebulan ada beberapa perubahan berlaku kepada Haziq hasil daripada teguran berterusan ummi dan abah.

Rajin belajar tanpa disuruh.
Dah berusaha tidak meninggalkan solat.

Amat menghormati orang tua.
Bersopan santun dengan sesiapa sahaja.

Selepas sahaja UPSR, timgkah laku di atas masih terus diamalkan.

Selain daripada itu, Haziq dah minat dengan buku bercorak keagamaan. 

Terkini, Haziq dah membeli buku setebal 750 mukasurat bertajuk 25 Rasul. Mengeletar tangan untuk mengeluarkan wang untuk membeli buku tersebut.

Moga semuanya kekal berterusan sehingga Haziq dewasa.

Monday, September 26, 2016

Rawatan Masalah Pertuturan


Masalah Pertuturan

Kanak-kanak berumur 2 tahun yang mempunyai pemahaman ikut umur tetapi mempunyai pertuturan yang kurang sedikit boleh dipantau oleh pakar.

Anak-anak yang mempunyai masalah yang lebih ketara harus menerima intervensi. Intervensi ini dilakukan di rumah, tadika/sekolah dan dengan bantuan ahli terapi pertuturan dan bahasa.

Kajian menunjukkan bahawa ibu bapa yang terlatih dan bermotivasi juga berkesan dalam menggalakkan perkembangan bahasa anak-anak mereka.

Dr. Raja Juanita Raja Lope
PakarPerundingPerkembangan Kanak-Kanak
Hospital Pantai Kuala Lumpur

Saturday, September 24, 2016

Ekzema - Masalah Hadif

Hadif menghadapi masalah kesihatan iaitu Ekzema sejak dari bayi lagi. Masih lagi berterusan sehingga kini yang dah berumur 7 tahun. Jumpa pakar di hospital Ipoh sudah. Masih tiada jalan penyelesaiannya. Doktor juga kata, penyakit ini tiada ubatnya. Rawatan diberi hanya mengurangkan kegatalan dihadapi sahaja. 
Satu lagi masalah Hadif yang tidak cukup zat dalam badan sebab tidak suka makanan rutin masyarakat Malaysia. Lebih gemar makan makanan barat yang tiada berkhasiat dan tidak baik untuk kesihatan. Tiada pilihan. Hadif tak mahu makan.
Dibawah merupakan soalan yang ditanya berkaitan dengan Ekzema.

SOALAN

Macam mana cara hendak hilangkan masalah ekzema yang kronik? Umur anak saya tiga tahun. Dari usia bayi lagi dia ada eczema dan tidak sembuh. Hilang sekejap tapi akan berulang lagi. Dia juga alergi terhadap sesetengah makanan.

Jane Anna

JAWAPAN

Ekzema atopik/dermatitis atopic adalah masalah kulit yang biasa di  kalangan kanak-kanak, memberi kesan terhadap 20–25% orang kanak-kanak. Ia boleh memberi kesan kepada kanak-kanak pada semua peringkat usia dan seawal usia dua bulan.

Ekzema atopik biasanya berlaku kepada mereka yang mempunyai ‘kecenderungan atopik’. Kecenderungan atopik bermakna ada sejarah keluarga yang mempunyai asma, ekzema atau alergi. Sekiranya ada sejarah maka, risiko untuk menghidap ekzema adalah tinggi.

Ekzema atopik berlaku kerana interaksi kompleks faktor-faktor genetik dan persekitaran. Ini termasuklah kecacatan dalam fungsi halangan kulit menjadikan kulit lebih mudah terdedah kepada kerengsaan dengan sabun dan lain-lain kerengsaan, cuaca, suhu dan pencetus tidak spesifik.

Kulit kering dan bersisik boleh muncul di mana-mana kulit dan sangat gatal. Kegatalan boleh menjadi begitu serius sehingga kanak-kanak tidak boleh tidur lena. Menggaru boleh menyebabkan jangkitan kulit.
Oleh kerana ekzema atopik boleh bertahan lama/kronik, ia adalah penting untuk belajar bagaimana untuk menjaga  kulit. Rawatan dan penjagaan kulit yang baik boleh mengurangkan ketidakselesaan.

Tidak ada ubat untuk ekzema atopik, tetapi rawatan boleh meringankan simptom. Ramai kanak-kanak akan mendapati simptom akan semakin berkurangan apabila mereka membesar.

Rawatan ekzema atopik memerlukan:

1.Pengurangan pendedahan terhadap faktor pencetus (selagi boleh).
2.Emolien kerap (pelembap).
3.Steroid topical ketika ‘flare up’.

Terdapat beberapa perkara yang boleh mencetuskan simptom eczema. Ia berbeza-beza antara setiap orang. Pencetus yang biasa termasuk:

1. Perengsa – seperti sabun dan bahan pencuci, termasuk syampu, cecair pencuci dan mandian.
2. Faktor persekitaran seperti cuaca sejuk dan kering, kelembapan dan perkara-perkara yang lebih khusus seperti hama, habuk, bulu haiwan peliharaan, debunga dan kulat.
3. Alahan makanan – seperti alahan kepada susu lembu, telur, kacang tanah, soya atau gandum.
4. Bahan-bahan tertentu yang dipakai – seperti fabrik bulu dan sintetik.
5. Perubahan hormon – wanita mungkin mendapati simptom mereka bertambah buruk sebelum datang haid atau ketika mengandung.
6. Jangkitan kulit.

Ada sesetengah orang mengadu simptom mereka bertambah buruk bila berada di udara yang terlalu kering atau berhabuk, atau ketika mereka stres, berpeluh atau terlalu panas atau sejuk.
Alahan makanan boleh menyebabkan ‘flare-up’. Oleh kerana reaksi alahan kepada makanan (sama ada melalui sentuhan kulit semasa penyediaan makanan atau melalui pemakanan) boleh mencetuskan ekzema flare-up, ia adalah penting untuk mengenalpasti makanan pencetus.
Mendiagnosis alahan makanan adalah amat sukar. Cara paling berkesan adalah memerhati kesan buruk ekzema apabila memakan sesetengah makanan.

Kadangkala ia hanya kebetulan dan perlu disahkan dengan memakan makanan yang disyaki di hadapan doktor. Makanan tersebut perlu dibuat dibawah pengawasan doktor, kerana penyingkiran makanan yang disyaki oleh keluarga tanpa panduan dan doktor boleh menyebabkan pesakit dilabelkan sebagai alergi walaupun sebenarnya mereka tidak

Terdapat dua jenis ujian yang boleh digunakan untuk alergi makanan iaitu ujian kulit atau ujian darah. Dapatkan nasihat daripada doktor pediatrik atau doktor kulit sebelum melakukan satu daripada ujian tersebut.

Soalan berikut dijawab oleh Dr Shariza Lukman, Pakar Perunding Pediatrik (BSC MEDICAL SCIENCE (SCOTLAND), MBCHB (UK), MRCPCH (UK), MSC CHILD HEALTH (UK), Pantai Hospital Klang.

Friday, September 23, 2016

Result Exam terbaik Kak Long.


Kak Long menduduki ujian baru-baru ini.

Result yang diperolehinya amat membanggakan. Hasil daripada usaha yang bersungguh-sungguh setiap hari. Tidak sahaja semata-mata study untuk exam.

Boleh dikatakan setiap malam, kak long akan berjaga malam untuk study.

Banyak masa sehariannya di rumah adalah study.

Dalam result terkininya, setakat yang diperolehi

1. Add Math - 84% (Ketiga terbaik dalam kelas)
2. Fizik - 90% (Terbaik dalam kelas)
3. Prinsip Akaun - 98% (Tertinggi dalam kelas)

Persaingan yang kuat di SMK Covent membuatkan kak long berusaha kuat.

Tahniah! Kak Long.

Kami sekeluarga berbangga dengan Kak Long.


Atlit OKU vs Atlit Normal


Diberitakan. Atlit emas paralimpik Rio, Ziyad dan Latif AKAN sertai kejohanan olahraga terbuka Malaysia. Bersaing dengan atlit normal. 

Baru nak mulakan???? 

Diperingkat sekolah....Atlit kami dah mula bersaing dengan atlit normal sejak 2010 sebagai satu rumah sukan. Mampu menyaingi atlit normal dalam acara tertentu. Bukan sahaja sertai, malah mampu mendapat pingat emas. Juga diisytiharkan sebagai olahragawan. Kemuncaknya, rumah sukan yang disertai murid-murid pendidikan khas menjadi johan keseluruhan dalam kejohanan dan padang peringkat sekolah pada 2014. 

Hanya tinggal kenangan. 

Dah tidak berada di sekolah berkenaan. 

Jika diberi peluang dan ruang, mereka mampu membuktikannya. Hasil kerjasama guru dan ppm.

Masih kekal dalam ingatan.

Tanpa jawatan. Hanya guru biasa yang baru menceburi bidang pendidikan khas. Dapatkan gerakkan guru-guru dengan kerjasama penyelaras pendidikan khas.  Melatih murid pendidikan khas. Secara berterusan dalam tempoh sebulan. Sebulan sebagai persiapan menyertai kejohanan balapan dan padang peringkat daerah.

Hasilnya. Menjadi johan keseluruhan. Membolot 11 daripada 13 acara yang disertai.

Hasil kerjasama semua.  Matlamat mampu direalitikan.

Membawa murid OKU sertai acara powerlifting di Terengganu.

Wednesday, September 21, 2016

Murid OKU dalam acara Tarik Tali


Alhamdulillah. Dalam mesyuarat Sukan hari ini, pak yoep berjaya dalam cadangan untuk mengintegrasikan murid pendidikan khas dalam acara sukan semasa Kejohanan Balapan dan Padang peringkat sekolah (Sukan Tahunan). Acara yang bakal disertai ialah Tarik Tali. Murid pendidikan khas akan diserapkan dalam rumah sukan untuk mewakili rumah sukan aliran perdana. Ini merupakan sekolah ke-3 yang pak yoep usahakan untuk melibatkan murid pendidikan dalam aktiiviti arus perdana. 

Memandang ada murid pendidikan khas berkebolehan. Cadangnya murid pendidikan khas sertai semua acara. Malangnya...line cuma 4 sahaja. Tak mahu menyusahkan sesiapa maka cadangan tidak diteruskan untuk tahun ini.

Sekolah ke-2, pak yoep cuma sempat serapkan murid pendidikan khas dalam aktiviti perkhemahan sahaja dalam setahun pak yoep berada di sana.

Dalam sekolah pertama, pak yoep berjaya mengwujudkan rumah sukan yang mewakili semua murid pendidikan khas pada tahun 2010. Mampu berjaya memunggut pingat emas. Menyertai acara 4x100m dan 4x400m termasuk acara Tarik Tali. Kemuncaknya, pada tahun 2014, rumah sukan pendidikan khas menjadi Johan Keseluruhan. Mengatasi rumah sukan yang diwakili murid aliran perdana (murid normal).

Jika diberi peluang, murid pendidikan khas mampu menjelmakan keajaipan. Komitmen semua guru pendidikan khas amat diperlukan untuk misi ini.

Tuesday, September 20, 2016

Pendidikan Khas Malaysia Low Class

BENARKAH BEGITU...


Hasil temubual dalam sebuah majalah yang membicarakan tentang pendidikan khas di Malaysia yang tidak mampu memberikan perkhidmatan terbaik seperti yang disediakan di luar negara.

Pengalaman kalian dalam mencari sekolah yang akhirnya membawa kepada penemuan St Claire School For Special Education, kongsikan cerita di sebaliknya? 


Encik XYZ: Masih segar dalam ingatan, saya hampir bertumbuk dengan salah seorang Pegawai Pendidikan kerana dia tidak membenarkan kami menangguhkan permohonan kemasukan ke darjah satu. Saya membuat permohonan penangguhan selama setahun kerana xxxxxxx adalah anak istimewa. Namun pegawai tersebut enggan menerima alasan yang diberi dan katanya mengapa tidak saya masukkan anak ke sekolah pendidikan khas atau kelas pendidikan khas.

Apabila saya lihat sendiri kelas pendidikan khas ini, saya terkejut kerana semua kanak-kanak yang terdiri daripada masalah berbeza ditempatkan di dalam kelas yang sama. Di situ adanya pelajar down syndrome, autisme dan lain-lain sedangkan anak saya cuma bermasalah dalam pertuturan dan tidak boleh berjalan dengan betul.

Lalu kami menghantarnya ke sekolah swasta sekadar untuk mencuba dan lihat perkembangan 
xxxxxxx. Enam tahun di sana, selepas mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) kami mendapati xxxxxxx tidak boleh belajar seperti murid yang lain. Sehinggalah kami kenal pasti ada sebuah sekolah swasta di Singapura yang mempunyai kurikulum lengkap khusus untuk kanak-kanak khas. Isunya bukan kami tidak mahu menghantar xxxxxxx mendapatkan pendidikan khas di Malaysia tetapi kami masih belum nampak ada sekolah yang mempunyai sistem sukatan pelajaran, modul dan kurikulum khusus untuk kanak-kanak ini.

Di Singapura, industri pendidikan kanak-kanak khas jauh lebih matang dan maju berbanding negara kita. Selama ini kita sedia maklum ada sekolah khas untuk kanak-kanak istimewa ini tetapi kebanyakannya tiada structured curriculum. Di sana, modul dan sukatan pelajaran untuk kanak-kanak istimewa ini lebih terperinci dan diperhalusi setiap satu daripadanya. 

Pn ABC: Hampir semua sekolah pendidikan khas baik kerajaan mahupun swasta sudah kami cari tetapi kerana mereka tidak mempunyai structured curriculum yang diiktiraf membuatkan kami bertindak untuk menghantar xxxxxxx ke Singapura. 

Sunday, September 18, 2016

Cabaran Terhebat Mendidik Anak Autisme


Pak Yoep tersentuh dengan kisah yang paparkan dibawah mengenai perjalanan kehidupan seorang ibu yang mendidik anak kembar autisme. Kisahnya yang wajar dibaca oleh semua ibubapa yang mempunyai anak-anak istimewa terutama autisme. Catatan ini dipetik daripada Majalah Intred. Moga kisah ini dapat memberi inspirasi dan dorongan untuk memberi didikan terbaik kepada anak autisme masing-masing. Cabaran yang keluarga pak yoep terima tidaklah sehebat cabaran yang diterima oleh ibu berkenaan. 

Tuan/puan dijemput baca kisah ibu berkenaan dalam mendidik anak istimewa yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Dipersilakan.....

Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai – boleh Zarina kongsikan, apakah kelebihan dan keterbatasan masing-masing? Bagaimana Zarina lihat pasangan kembar autisme ini saling melengkapi?


Ya, meski kedua-duanya anak autisme, saya bersyukur, Tuhan tetap mengurniai beberapa kelebihan tidak tersangka. Muhammad Raizal Azrai (Azal) ini berdikari orangnya, pandai membawa diri, rajin bangun pagi, rajin juga bersolat Subuh.

Kalau di set penggambaran, Azal akan menunaikan solat apabila tiba waktunya, tidak perlu disuruh-suruh. Skrip lakonan saya, dialah yang menandanya. Bangun pagi-pagi, dia pasti mengetuk pintu kamar tidur saya lantas berteriak, “Ibu, ibu, shooting ibu pukul berapa? Ibu sudah solatkah? Mana skrip ibu? Apa lagi barang yang ibu nak bawa ke tempat shooting?” 
Azal anak yang prihatin, hatinya penyayang. Dialah orangnya yang menyuapkan ubat kepada abangnya selalu. Abang pula, Muhammad Razil Azrai (Azil) masih bergantung kepada ubat, namun saya tidak lagi mengizinkan Azil mengambil ubat sekerap dulu. Meski arahan doktor menetapkan bahawa ubat perlu dimakan dua kali sehari (setiap pagi dan malam), tetapi sekarang saya membenarkan Azil mengambilnya separuh sahaja.

“Apa sebenarnya kesan ubat ini?” Itulah persoalan yang selalu berlegar dalam fikiran saya.

Takdir Allah yang Maha Mengetahui, yang mengerti betapa hebatnya firasat dan naluri keibuan saya yang meronta, memberontak, menggelepar mahu mencari jawapan. Maka hendak dijadikan cerita, suatu hari, abang dan adik kembar ini bergaduh dengan teruknya. Muka abang berdarah-darah kerana abang memukul-mukul, menumbuk-numbuk mukanya sendiri. Bajunya basah dilumuri darah.

Melihatkan Azil amuk tidak terkawal, Azal bertindak mahu menenangkan si abang, segera mengambil ubat lantas memaksa si abang menelannya. Biar abang lebih relaks, kata Azal. Mereka masih bertikam lidah. Keadaan bertambah gawat. Si adik dengan hasrat mahu merawat. Abang terus memberontak. Hati saya panas. Saya akhirnya mengambil keputusan. “Azal, beginilah,” pancung saya, tegas,  “Awak tengok ubat ini?” Azal mengangguk. “Awak ambil satu, saya ambil satu. Kita makan sama-sama.”


Tidak sampai satu jam selepas menelan ubat penenang itu, saya terus lembik dan terbaring tak berdaya. Serasa satu badan lumpuh serta-merta. Kami saya lembik. Kepala saya berpusing. Mata saya terkatup. Gelap-gelita. Saya dalam keadaan sedar, ya, tetapi saya tak mampu berjalan walaupun setapak. Subhanallah! Ya Tuhan! Inikah kesan ubat kami paksa Azil telan setiap hari selama ini? Inikah ubat yang telah membisu, menuli dan membutakan segala pancaindera manusiawinya, sehingga dia tidak lemah selemahnya, tidak berdaya?

“Saya mengantuk ibu. Saya tak boleh berjalan…” Azal merintih, lalu dia pun terlelap. 
Semenjak peristiwa itu, saya menerangkan kepada Azal mengapa kami harus berhenti memaksa Azil mengambil ubat. “Tengoklah abang awak, Azal. Setiap hari kita paksa dia makan ubat. Tengoklah keadaan abang, selepas diberi ubat, dia terbaring, tidur, tak sedarkan diri, tidak peka lagi pada keadaan sekeliling. Awak tak kasihankah tengok keadaan abang awak macam itu, Azal?”

Ya, selepas peristiwa itu, kami kawal dan urus pemberian ubat Azil. Kalau hanya perlu sebiji, maka sebiji sajalah yang saya beri meski preskrepsi doktor menyarankan duit biji. Benarlah, kita sebagai ibu harus mengambil tahu apa yang kita suap ke dalam mulut anak-anak kita. Jika ia memudaratkan, saya mohon kepada Allah, jauhkanlah. Jika dia perlu menanggung sakit, saya berdoa kepada Allah, pindahkanlah kesakitan itu kepada saya, biar seksanya saya sahaja yang menanggung.

Memaksanya mematuhi rutin ubat-ubatan itu, membuat saya tersedar, betapa kami telah merampas waktu gembiranya. Betapa kami telah merentap waktu sedarnya. Kami zalimi saat bebasnya. Kami pejamkan matanya sewaktu dia masih mahu melihat.


Ya Allah, betapa lalainya kami kerana menzalimi anak yang tidak berdosa ini.

Kedua-duanya bersekolah seperti biasa?

Tidak, Azil tidak dapat dihantar ke sekolah kerana dia hiperaktif, sukar dikawal berbanding Azal. Saya sedih kerana pihak sekolah sendiri menolak untuk menerima Azil, maka Azal sahaja yang berpeluang menjejakkan kaki ke sekolah. Tetapi semasa Azal berumur 18, saya mengambil keputusan untuk menghentikan persekolahannya. Keputusan drastik itu kami ambil setelah berlaku satu peristiwa yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Ia berlaku lebih kurang dua tahun dahulu, sewaktu Azal menyertai rombongan jamuan Hari Raya anjuran sekolah. Waktu Maghrib sudah masuk. Saya pulang sekejap untuk bersolat Maghrib terlebih dahulu kerana rombongan sekolah yang dijanjikan tiba sekitar jam enam lebih,  masih belum tiba-tiba.

Setibanya saya di sekolah untuk menjemputnya, cikgu dengan wajah selamba memberitahu, “Dia sudah balik dengan kawan dia, puan.”

Jantung saya seperti terputus dari tangkainya. Jatuh melesat ke kaki! Anak saya bukannya normal. Mengapakah cikgu tergamak melepaskan dia melangkah keluar dari pagar sekolah begitu sahaja? Saya melilau mencari Azal, separuh sasau rasanya. Bagaimana jika dia terjun ke tengah-tengah jalan raya? Dirempuh kereta? Digilis lori?

Takdir Allah, wartawan majalah Harmoni, Ros, terjumpa Azal di tepi kedai 7-Eleven sekitar jam sembilan malam, berbaju Melayu, dalam keadaan berpeluh-peluh dengan muka sesat keliru. Bayangkanlah, dia berjalan kaki dari Bandar Sunway dekat Petron, melintas jalan raya yang sibuk.

Ya Tuhan! Bagaimana kalau anak autisme ini dilanyak bas atau lori di tengah-tengah jalan? Maaf, bagi saya, ini bukan seputar soal meminta kemaafan. Ini adalah soal rasa tanggungjawab. Ini adalah soal amanah yang dikecaikan. Saya benar-benar kecewa. Selepas berbincang panjang, saya dan suami akhirnya mengambil keputusan untuk menghentikan sahaja persekolahan Azal.

Biarlah, jika tiada orang yang sudi menjaga Azal sebaiknya, biarlah ibu sahaja yang berkorban menjaga Azal.

“Hei, tak tahu jaga anakkah? Apa wo, minum orang punya air???”

Begitu saya pernah dimarah pengunjung restoran kerana abang minum minuman orang lain, di meja orang lain. Ini bukan situasi ganjil buat saya, dimarah pelanggan kedai adalah perkara biasa, maka adalah tanggungjawab saya merendah diri memohon maaf atas kekhilafan dan tingkah lepas laku anak saya. Jauh di sudut hati, saya rasa hiba, kerana mereka tidak tahu inilah takdir dan nasib seorang anak autistik. 

Jadi Zarina mengambil risiko, mengurus Azil tanpa bantuan ubat-ubatan?
Ya, walaupun keadaan tidak mudah. Pintu saya berlubang. Pecah dan ranap. Puuuung, paaanngg, puuuung, paaanngg. Bayangkan, dia melompat, menggelinjang, menggelenyar, malah ‘terbang’ di atas katil! Katil abang sudah dua kali pecah dan roboh. Tapi apa boleh buat?

Pernah juga berlaku, dia terjun ke laman rumah dari tingkat dua. Jika tantrumnya datang, dia akan menghantuk-hantukkan kepalanya ke tingkap kereta sehingga cermin kereta pecah dan mukanya berlumur darah. Ini cuma sebahagian drama air mata dan pahit-getir yang orang tidak nampak. Tetapi saya tabah, saya cekal, saya belajar untuk mengurus dan menangani tantrumnya dengan sabar. Saya lebih rela melihat dia sihat dan berjalan sana-sini seperti biasa daripada seluruh sistem badannya ‘dilumpuhkan’ dengan ubat. Selepas katilnya ranap beberapa kali, sekarang Azil tidur di lantai saja.

Tak mengapalah. Jika itu yang buat abang gembira, saya gembira.

Cabaran lain mengemudi hidup sebagai ibu anak-anak autistik ini?
Saya melihat cabaran itu bukan seputar mengasuh anak-anak autistik ini semata-mata. Tetapi ia menuntut pemerhatian dan keadilan saya dalam berbahagi-bahagi sayang dan perhatian. Mungkin ada waktunya saya terlepas pandang. Anak-anak yang berdua lagi (Muhammad Naim Azrai, 13, dan Muhammad Adam Azrai, 10) seperti terkesan dengan perhatian istimewa yang saya curahkan kepada si abang. Sehingga pernah terluah dari mulut Adam: “Ibu, mereka (para wartawan) tak tahukah yang ibu ada empat orang anak? Kenapa saya diketepikan? Saya tengok saja ibu posing dengan anak ibu yang istimewa. Dia anak istimewa, dah tentu dia masuk syurga, ibu. Syurga saya pula, macam mana ibu?”

Saya lihat mata Zarina berkaca-kaca. Tiba-tiba Adam muncul di hadapan kami, sesegera itu saya menghentikan rakaman perbualan kami di iPad.

“Sudah banyak kali ibu, sudah banyak kali.  Bila ada apa-apa photo shoot, saya dan Naim mesti diketepikan,” tiba-tiba Adam mencelah, bunyinya hiba sekali. “Saya tahu abang istimewa. Tetapi ibu tak boleh buat buat begini. Saya ini pun anak ibu, tapi saya tak rasa ibu beri kasih sayang pada saya. Sikit-sikit ibu lebihkan abang. Sikit-sikit ibu bawa abang keluar. Saya yang bongsu, tapi kenapa saya tak dapat semua tu, ibu?”

Saya terpempan. Rasa bersalah bukan kepalang. Aduh, ini mungkin bukan masa yang baik untuk meneruskan temu bual dengan Zarina, bisik hati saya.

Allah, apa harus saya lakukan?

“Adam,” saya memegang bahunya, mengumpul kekuatan menolak sebak untuk bersuara, “Auntie janji, Auntie akan muat naik foto Adam bersama ibu, foto yang paling cantik, siap dengan ucapan istimewa Adam untuk ibu. Auntie mahu Adam karang sendiri ucapan Adam untuk ibu, can you promise me?”

“Apa yang awak nak luahkan?” Zarina menyoal kembali, lembut. Dengan wajah paling manis.

“Saya harap ibu tak lupa yang ibu juga ada dua orang anak yang lain selain Abang Azil dan Abang Azal. Saya rasa diri saya diketepikan.”

Air mata saya mahu menitik. Saya menahannya.

Sejauh mana anak-anak Zarina diajar berdikari?
Meski kami punya pembantu, saya selalu mengingatkan anak-anak agar sentiasa sedar diri, jangan ambil mudah. Seperti Naim, sewaktu kami berkonfrontasi tidak lama dahulu, saya katakan kepadanya, “Naim tidak malukah melihat kawan-kawan lain cemerlang dalam pelajaran? Naim tidak sedihkah orang mengeji ibu? Orang mengejek Naim, orang menghina ibu, tengoklah, anak artis, memanglah begitu.”
Saya beri kata dua kepada Naim. Jika Naim tidak minat belajar, enggan bertoleransi sesama adik-beradik, maka saya akan menghantarnya jauh ke sekolah tahfiz. Kata saya, di sana nanti, belajarlah membasuh baju sendiri, tiada siapa akan menghidangkan nasi dan lauk-pauk panas di meja, tiada siapa akan membancuhkan Milo ais atau susu kocak untuknya. Kalau di rumah, anak-anak ini hanya tahu melaung memanggil pembantu, “Bedaaahhhh… nak baju. Bedaaaaahhhh… nak makan.” Ya, Naim berubah selepas itu, dia memperolehi 4A dalam UPSR, jadilah... saya sangat bersyukur. 
Saya mahu anak-anak saya juga belajar susah. Saya dulu sangat berdikari. Semua perkara saya buat sendiri. Saya juga bukan orang senang. Saya cuma ada sehelai baju sekolah. Selesai pakai dua hari, saya cepat-cepat cuci, keringkan dan pakai keesokannya. Anak-anak zaman sekarang tak belajar erti susah.

Nasihat Zarina kepada wanita di luar sana yang mengurus anak-anak autistik?
Ada beberapa panduan boleh saya kongsikan di sini berdasarkan pengalaman peribadi yang tidak seberapa ini. Ingatlah, anak-anak autistik amat selesa dan akrab dengan rutinisasi. Variasi yang cuba kita bawa ke dalam rutin mereka, perlulah dibuat dengan hati-hati, kerana ia boleh gelisahkan mereka. Mereka juga berdepan kesukaran dalam aktiviti motorik. Kerana itu, janganlah kecewa jika anak-anak autistik kita tak mampu bergiat cergas dalam sukan-sukan atletik (yang memerlukan koordinasi gerakan tubuh tertentu). Janganlah memaksanya melakukan sesuatu yang dia tak mampu. 
Banyakkan bersabar. Kesabaran yang saya maksudkan ini adalah kesabaran paling ikhlas. Ia tidak mungkin dapat anda pelajari dari mana-mana kamar kuliah sekalipun. Ia tidak mungkin dapat anda kuasai daripada ijazah yang tercetak cop mohor Harvard sekalipun. Mengendalikan anak-anak autistik, harus datang bersama kita — kesabaran, kebijakan, rasa reda, tawaduk, berserah dan pasrah atas pemberian Allah.

Seperti Azal dan Azil, mereka tiada keupayaan mengendalikan emosi mereka. Kalau boleh saya sebutkan di sini, kadang-kadang, mereka sendiri rasa terperanjat dengan emosi mereka, sehingga mereka amuk dan tantrum sedahsyat puting-beliung. 

Saya tidak malu mengakui, hingga saat ini, saya masih terus belajar memperbaiki interpersonal skillsaya dalam mengurus Azal dan Azil. Saya bersyukur, saya diberi kesempatan untuk terus menatap dua anak istimewa ini, melatih mereka mengendali emosi, sosial dan intelektual. Biar mereka terus belajar menjadi manusia yang mandiri, yang tidak menyusahkan orang lain andai kata saya tiada lagi di dunia ini suatu hari nanti.

Saya telah dipilih Allah untuk menghamili mereka, menyusukan mereka dengan tetes susu saya sendiri, maka saya pasrah dan berserah pada qada dan qadar ini. Tidak dapat saya membayangkan, bagaimanakah kehidupan Azal dan Azil selepas ini jika saya pergi dulu?

Mampukah kebajikan mereka dijaga, mampukah tantrum mereka dijinakkan kesabaran orang lain yang menjaganya selepas ini? 
Temu bual kami berakhir jam 9.35 malam. Di muka pintu kayu agam, saya mendakap Zarina rapat ke dada, mengharapkan semoga keteguhan semangat dan hatinya yang paling jernih itu meresapi atma saya. Di fikiran saya, adalah artikel yang harus saya tukangi segera, surat perlantikan menjadi pengawas sekolah yang baru ditunjukkan Adam kepada Zarina di meja makan sebelum saya memulakan temu bual, rintihan Adam menagih belas perhatian ibu — juga suara Azal yang baru bertempik membelah sunyi malam kerana cuba meleraikan pertengkaran kecil Adam dan Naim.

Semuanya mencakar-cakar hati saya.

Saya harus pulang segera, saya harus pulang segera, melimpahkan pusar perasaan ini ke skrin komputer. Semoga Allah merahmati seluruh isi rumah besar ini, bisik hati saya. 


Betapa besar rumah yang saya tinggalkan ini, besar lagi hati seorang wanita yang mendiaminya.


Sumber : http://intrend.com.my

Saturday, September 17, 2016

Remaja autisme juara olimpik Rio 2016


'Autistic people can be elite athletes'

19-year-old Michael Brannigan of the United States is one of the most well known names in the US Paralympic team. He won gold in the T20 men’s 1500m at Rio 2016. The race features athletes with intellectual disabilities.
The BBC's Ade Adedoyin spoke caught up with Michael Brannigan after the race to get his reaction to the win.
Also, we'll hear from Michael's parents as they explain how they ignored the people who said their autistic son would never be an elite athlete.
(Image: Michael Brannigan, credit: Getty Images)

Release date:

Atlit Pendidikan Khas Lakar 3 Emas 1 Gangsa Olimpik di Rio 2016


Tahniah! Tahniah! Tahniah! Tiada siapa menjangkakan. Tiada siapa yang mengharapkan. Anda mengharumkan nama negara. Bukan sahaja emas. Rekod dunia turut dipecahkan. Terpahat sudah nama Malaysia di pentas olimpik. OKU juga yang berjaya mengukir pingat emas dipentas olimpik. Yang gagal dicapai sebelum ini. Yang tidak mampu dijelmakan oleh insan biasa di Malaysia sebagaimana diharapkan. Ziyad dan Abdul Latif merupakan atlit dalam kategori Bermasalah Pembelajaran (F20) di mana autisme juga termasuk dalam kategori ini. Moga kejayaan ini akan membuka minda masyarakat bahawa OKU juga mampu menjelmakan kejayaan buat Malaysia. Dapat membuka mata ibubapa kepada anak-anak OKU bahawa anak-anak OKU mereka boleh dibimbing untuk menghasilkan sesuatu keajaiban. Jangan mereka dipinggirkan. OKU Boleh! Malaysia Boleh! #Andaluarbiasa


Siti Noor Radiah Ismail, 23, meraih pingat gangsa dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) pada temasya Sukan Paralimpik Rio 2016, malam tadi. Radiah melakukan lompatan sejauh 5.20m sekali gus memecahkan rekod Asia 5.10m yang dilakukannya ketika memenangi emas di Sukan Para Asia di Incheon 2014. --

Friday, September 16, 2016

Peliknya anak pak yoep, Umar


Nak cerita sikit.

Anak bongsu pak yoep. Umar Hazmi. Baru berumur awal dua tahun. Tapi banyak kelainan yang berlaku padanya berbeza daripada adik-beradiknya yang lain. Mungkin persekitaran termasuk pemakanan membantu perkembangan pembesaran dengan pantas.

Persekitaran. Mempunyai adik beradik yang ramai.
Pemakanan. Telah diberi makanan tambahan sejak dalam kandungan lagi.

Perkembangan

1. Dah mula bercakap sebelum jejak dua tahun.
2. Dah tidak pakai pampers awal dua tahun.
3. Dah mengenal huruf dan angka pada awal dua tahun. 
    Berminat dengan huruf dan angka sejak berumur setahun enam bulan.
4. Dah banyak tahu perkataan dalam bahasa inggeris.
5. Dah kelihatan matang jika dibandingkan yang sebaya dengannya.

Yang peliknya, Umar tidak suka mendengar lagu kanak-kanak dalam bahasa melayu. Dia lebih suka mendengar lagu kanak-kanak terutama Alphabet Song.

Juga Umar suka cerita dalam astro High 5. Tak tahu macam mana dia boleh minat cerita tu berbanding cerita-cerita lain.

Wednesday, September 14, 2016

Laporan Kewangan Sep 2016


TABUNG KELUARGA MAT BUNGA

Terima dividen FELCRA 2016  daripada maksu melalui Alit dan Apak berjumlah RM 188.50 / RM 136.60. Atas permintaan maksu. sebahagian daripada dividen telah diambil oleh maksu untuk bayaran Upah Haji arwah mak yang telah kembali ke rahmahtullah pada 2007 berjumlah RM245.00 dipotong setiap kali dividen diterima. Upah haji mak, sebenarnya telah dibuat pada tahun 2010. 

Disamping itu apak juga menyerah duit bendang makwa berjumlah RM 250.00 dimana diwasiatkan RM20 untuk disedekahkan kepada 2 masjid dan RM10 untuk disedekahkan kepada satu surau atau sebaliknya atas nama arwah makwa/emak.

Jumlah tabungan terkini ialah RM 11779.55

Senarai Perbelanjaan


Kenduri buffet
750
Kenduri (Ola)
300
Agihan dividen
3200
Kebajikan ahli (Yah)
1000
Saguhati (Ola)
500
Klinik
90
Rawatan mata 1
300
Rawatan mata 2
3000
Kerusi
37
Ubat (Ola)
150
Peti ais
990
Keutamaan perbelanjaan adalah untuk keperluan apak sebagaimana dipersetujui dalam mesyuarat keluarga.

Saturday, September 10, 2016

Malaysia kutip 3 Emas Olimpik

Tahukah anda?
Anak-anak autisme kita jika ada potensi dalam bidang sukan boleh diterjemahkan potensi mereka seperti ziyad kerana ~ Ziyad, 26, menghadiahkan emas kedua kepada Malaysia dalam kejohanan Paralimpik yang sedang berlangsung di Brazil ketika ini. Dia merangkul emas kedua dalam acara lontar peluru F20 - merujuk kepada atlet yang diletakkan dalam kategori menghadapi masalah pembelajaran.
#kategori F20 merujuk kepada MASALAH PEMBELAJARAN.


MOHAMAD Ridzuan Mohamad Puzi dan Muhammad Ziyad Zolkefli. - Foto Reuters
KUALA LUMPUR: Kontinjen Malaysia pada temasya Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Brazil, melakar sejarah tersendiri selepas memenangi dua pingat emas, setiap satunya mencipta rekod dunia dan rekod paralimpik.
Pingat emas pertama negara diperoleh menerusi pelari pecut Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100m T36 lelaki (cerebral palsy).
Dalam acara yang berlangsung di Stadium Olimpik itu, Mohamad Ridzuan mencatat masa 12.07 saat, sekali gus memadam rekod Sukan Paralimpik terdahulu milik Roman Pavlyk dari Ukraine iaitu 12.25s yang dilakukan di Beijing pada 2008.
Pingat perak dimenangi Yang Yifei dari China dengan catatan 12.20s dan gangsa menjadi milik atlet tuan rumah, Rodrigo Parreira da Silva dengan 12.54s.
Selepas majlis penyampaian hadiah, Mohamad Ridzuan, yang mempunyai kesukaran untuk bertutur, menangis tanpa henti dan terpaksa ditenangkan oleh ketua jurulatihnya, R.Jaganathan.
Kejayaan Mohamad Ridzuan kemudiannya disusuli Muhammad Ziyad Zolkefli melalui acara lontar peluru F20 lelaki (masalah pembelajaran).
Lebih manis, pemenang pingat gangsa pada edisi ke-14 di London, telah mencipta rekod baharu dunia dalam percubaan pertamanya dengan jarak 16.40m, sekali gus memadam rekod dunia dan rekod Paralimpik milik Todd Hodgetts dari Australia iaitu 16.29m juga di London.
Atlet berusia 26 tahun itu meneruskan rentak kecemerlangan dan terus memperbaiki rekod dunia dengan jarak 16.84m pada percubaan kelimanya.
"Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyokong saya. Tak lupa juga kepada famili saya, rakan-rakan saya, ISN, MSN dan media yang menyokong saya.
"Inilah hadiah saya untuk kalian semua... gambar yang viral yang saya pegang kertas 'Doakan untuk kami di Paralimpik' inilah hasilnya. Terima kasih banyak-banyak untuk rakyat Malaysia," katanya dalam satu rakaman video.
Pingat perak menjadi milik Dimitrios Senikidis dari Greece dengan 16.17m dan gangsa milik Hodgetts dengan 15.82m. - BERNAMA
Atlet lompat jauh paralimpik negara, Abd Latif Romli berjaya meraih pingat emas ketiga untuk negara dan juga mencipta rekod dunia sebanyak 3 kali dalam acara lompat jauh..Luar Biasa !!


Monday, September 5, 2016

Perkembangan Pengurusan Tingkah laku


Tempohari, pak yoep pernah bercerita tentang pengurusan tingkahlaku (PTL). Masalah tingkah laku yang dihadapi oleh murid pak yoep sendiri. Alhamdulillah, dah nampak perkembangan positif dalam tempoh 6 minggu aktiviti berkaitan dengan PTL. Nanti pak yoep ceritakan rekod hasil perlaksanaannya.

Tempoh perlaksanaan

2 minggu pertama : Pengambilan Data Awal
2 Minggu ke-2 : Semasa Intenvensi dilaksanakan
2 Minggu ke-3 (Terakhir) : Selepas Intenvensi dilaksanakan

Tindakan perlu diambil bagi memastikan murid mampu belajar sepanjang berada dalam kelas pendidikan khas.


Sunday, September 4, 2016

Haziq UPSR esok


Dah ambil upsr anak pak yoep yang ke-3. Prestasi akademiknya tidak stabil sejak bermula masuk sekolah pada tahun 2011. Selalu mendapat tempat yang hujung semasa peperiksaan. Peningkatan ketara pada tahun 2012 semasa dalam darjah 2. Walaubagaimanapun merosot kembali semasa berada di darjah 3.

Berjaya berada dalam kelas pertama pada tahun 2016. Prestasi akademiknya berada ditahap sederhana sahaja.

Dalam tempoh 2 bulan ini, komitmennya terhadap pelajaran dah meningkat. Rajin belajar walaupun tanpa di suruh. Begitu juga dengan solat.

Mohon penggunjung laman blog pak yoep turut mendoakan agar anak pak yoep, Haziq dapat menjawap soalan-soalan peperiksaan upsr yang akan bermula esok, 5 Sep 2016 (Isnin). Seterusnya memperolehi keputusan terbaik. Berdasarkan prestasi semasa, kami hanya mensasarkan 4A 2B sahaja. 

In Shaa Allah.

Friday, September 2, 2016

Seminar Attitude Therapy


Pak Yoep hadir seminar anjuran Attitude Therapy buat kali ke-5 pada 27 Ogos 2016 di Tower Regency Hotel Ipoh. Terlibat dengan Attitude Therapy sejak 2004. Dah masuk tahun ke-12 bersama Attitude Therapy. Kini dah dilantik sebagai DUTA Attitude Therapy. Diberi kepercayaan untuk berucap pada seminar diadakan. Mempromosikan aktiviti, rawatan dan produk-produk Attitude Therapy melalui facebook Pengguna Setia Attitude Therapy,.

Terlibat dengan Attitude Therapy secara kebetulan untuk rawatan anak yang menghadapi autisme. Sehingga kini kekal sebagai pengguna setia Attitude Therapy untuk kegunaan seharian bagi memastikan tahap kesihatan kami sekeluarga kekal ditahap yang memuaskan.

Ini merupakan kursus kali ke-2 khusus berkaitan dengan produk Attitude Therapy. Kursus kali ke-2 fokus kepada CEO 2. CEO 1 telah diperkenalkan dalam kursus kali ke-4.

Pak yoep sedang berkursus. Dijangka 30 peserta hadir.

Alhamdulillah. Seminar dilaksanakan dengan jayanya. Banyak ilmu dapat ditimba terutama petua-petua rahsia yang diberikan oleh Dr Arif, Pengasas Attitude Therapy.

Sebarang pertanyaan. Boleh hubungi pak yoep.





Keberkatan menjaga anak autisme


Berkat Jaga Anak Angkat ‘Autisme’, Rezeki Lelaki Ini Bertambah & Dapat RM25 Juta Dalam Masa 10 Tahun
Facebook 11.5K reads 13 shares

Jika kita lihat kebanyakan tokoh yang berjaya hari ini semuanya bermula dari bawah dan kosong. Berkat kesabaran dan kegigihan mendalam terhadap bisnes, mereka mampu membuktikan kejayaan milik mereka.
Syahril A. Kadir melalui laman facebooknya berkongsi satu kisah kejayaan menarik si penternak lembu dan kambing yang wajar menjadi ikutan semua anak muda. Berkat menjaga ‘anak syurga’, ternakannya bertambah berkali ganda dan jualan syarikat cecah RM25 juta! Hebattt!
Mengambil keputusan menjaga bayi angkat perempuan ‘autisme’

Kisahnya....
‘BERKAT’ PELIHARA ANAK AUTISME…PENTERNAK CATAT PULANGAN RM25 JUTA!
TUJUH tahun lalu tragedi menimpa keluarga penjaja daging di pasar Chai Leng Park, Prai, Pulau Pinang, En. Nazir Ali apabila kereta yang dipandu isteri tersayang terlibat dalam kemalangan hingga mengorbankan anak yang berusia lapan bulan dalam kandungan.
Sedih dengan kejadian itu, Nazir mengambil keputusan memelihara seorang bayi angkat perempuan. Bagaikan jatuh ditimpa tangga, keluarganya sekali lagi ‘diuji’ apabila doktor mengesahkan bayi itu menghidap austisme pula. Namun Nazir dan isterinya redha menerima ketentuan Illahi. Mereka nekad, biar apapun yg terjadi, anak itu tetap anugerah Tuhan dan adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk memeliharanya dengan penuh kasih sayang.
Walaupun cabaran untuk membesarkan anak syurga itu bukan mudah, namun Nazir perasan ada semacam satu ‘anugerah’ lain yang hadir tanpa diduga dalam dirinya.
“Arwah datuk saya dikenali sebagai Hassan Misai dan ayah saya, Mydin adalah penjual daging di pasar Kulim dan pasar Chai Leng Park, Prai. Ketika saya di sekolah menengah, bapa saya kena angin ahmar hingga saya terpaksa menamatkan persekolahan ketika baru berada di Tingkatan Empat untuk membantu adik-adik yg masih sekolah.
“Bayangkan dalam usia semuda 16 tahun, di saat kawan-kawan lain bersuka-ria menikmati waktu remaja mereka, saya terpaksa mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga dan bertungkus-lumus dengan pisau, bau hamis darah di pasar tersebut sebagai penjual daging.
Ternakan bertambah berganda & jualan syarikat cecah RM25 juta
“Satu hari seorang lelaki berketurunan India menemui saya di pasar dan mencadangkan agar saya menjadi penternak. Bukan saja itu, dia juga memberi saya 500 ekor kambing dan 150 ekor lembu sebagai ‘modal permulaan’ bila saya memberitahunya saya tidak ada wang untuk berbuat demikian. Bayarlah bila cukup duit, katanya.
“Allah Maha Kaya. Berkat saya memelihara ‘anak syurga’ ini, dalam tempoh 10 tahun ternakan saya bertambah berkali-kali ganda. Di ladang saya saja kini ada 3,000 ekor kambing dan lebih 500 ekor lembu. Jualan syarikat juga mencecah RM25 juta!, ” kata bekas pelajar Bukit Mertajam High School ini.
Aku sempat menemui Nazir di ladang ternakan miliknya yg seluas dua ekar itu di Kg. Bukit Payung, Sungai Kob, Kulim, Kedah petang tadi. Selain ladang, Nazir juga membuka pejabat dan pasaraya sejuk bekunya sendiri di Taman Mutiara, Karangan. Bila ditanya mengenai ‘rahsia’ kejayaannya, beliau mengakui adik beradik, isteri dan keluarga adalah tulang belakang di sebalik kejayaan beliau selama ini.
Di samping itu, pengalaman menjadi penjual daging sejak remaja dan kesanggupan untuk belajar benda baru juga pemangkin pada pencapaian tersebut.
“Saya sekolah pun tak habis, apalah sangat yg saya tahu. Tetapi itu semua tak menghalang saya untuk belajar segala-galanya dalam bisnes ini. Logisitik, pengangkutan, akaun, pengurusan…pendek kata, saya kena dan perlu tahu semua benda yg berkaitan.
“Alhamdulillah rakan niaga yang juga adik lelaki saya, En. Nurul juga tak kenal erti lelah dalam memastikan bisnes ini berjaya, siang malam bekerja demi memastikan survival bisnes keluarga ini, ” ujar Nazir.
Ramai yang mahu untung cepat tapi tak cukup ilmu pengetahuan
Ditanya mengenai prospek dunia penternakan haiwan di negara ini, Nazir memberitahu ia mempunyai masa depan yg cerah tetapi tak ramai yg mampu
#cp@autismefamily

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!