Saturday, September 24, 2016

Ekzema - Masalah Hadif

Hadif menghadapi masalah kesihatan iaitu Ekzema sejak dari bayi lagi. Masih lagi berterusan sehingga kini yang dah berumur 7 tahun. Jumpa pakar di hospital Ipoh sudah. Masih tiada jalan penyelesaiannya. Doktor juga kata, penyakit ini tiada ubatnya. Rawatan diberi hanya mengurangkan kegatalan dihadapi sahaja. 
Satu lagi masalah Hadif yang tidak cukup zat dalam badan sebab tidak suka makanan rutin masyarakat Malaysia. Lebih gemar makan makanan barat yang tiada berkhasiat dan tidak baik untuk kesihatan. Tiada pilihan. Hadif tak mahu makan.
Dibawah merupakan soalan yang ditanya berkaitan dengan Ekzema.

SOALAN

Macam mana cara hendak hilangkan masalah ekzema yang kronik? Umur anak saya tiga tahun. Dari usia bayi lagi dia ada eczema dan tidak sembuh. Hilang sekejap tapi akan berulang lagi. Dia juga alergi terhadap sesetengah makanan.

Jane Anna

JAWAPAN

Ekzema atopik/dermatitis atopic adalah masalah kulit yang biasa di  kalangan kanak-kanak, memberi kesan terhadap 20–25% orang kanak-kanak. Ia boleh memberi kesan kepada kanak-kanak pada semua peringkat usia dan seawal usia dua bulan.

Ekzema atopik biasanya berlaku kepada mereka yang mempunyai ‘kecenderungan atopik’. Kecenderungan atopik bermakna ada sejarah keluarga yang mempunyai asma, ekzema atau alergi. Sekiranya ada sejarah maka, risiko untuk menghidap ekzema adalah tinggi.

Ekzema atopik berlaku kerana interaksi kompleks faktor-faktor genetik dan persekitaran. Ini termasuklah kecacatan dalam fungsi halangan kulit menjadikan kulit lebih mudah terdedah kepada kerengsaan dengan sabun dan lain-lain kerengsaan, cuaca, suhu dan pencetus tidak spesifik.

Kulit kering dan bersisik boleh muncul di mana-mana kulit dan sangat gatal. Kegatalan boleh menjadi begitu serius sehingga kanak-kanak tidak boleh tidur lena. Menggaru boleh menyebabkan jangkitan kulit.
Oleh kerana ekzema atopik boleh bertahan lama/kronik, ia adalah penting untuk belajar bagaimana untuk menjaga  kulit. Rawatan dan penjagaan kulit yang baik boleh mengurangkan ketidakselesaan.

Tidak ada ubat untuk ekzema atopik, tetapi rawatan boleh meringankan simptom. Ramai kanak-kanak akan mendapati simptom akan semakin berkurangan apabila mereka membesar.

Rawatan ekzema atopik memerlukan:

1.Pengurangan pendedahan terhadap faktor pencetus (selagi boleh).
2.Emolien kerap (pelembap).
3.Steroid topical ketika ‘flare up’.

Terdapat beberapa perkara yang boleh mencetuskan simptom eczema. Ia berbeza-beza antara setiap orang. Pencetus yang biasa termasuk:

1. Perengsa – seperti sabun dan bahan pencuci, termasuk syampu, cecair pencuci dan mandian.
2. Faktor persekitaran seperti cuaca sejuk dan kering, kelembapan dan perkara-perkara yang lebih khusus seperti hama, habuk, bulu haiwan peliharaan, debunga dan kulat.
3. Alahan makanan – seperti alahan kepada susu lembu, telur, kacang tanah, soya atau gandum.
4. Bahan-bahan tertentu yang dipakai – seperti fabrik bulu dan sintetik.
5. Perubahan hormon – wanita mungkin mendapati simptom mereka bertambah buruk sebelum datang haid atau ketika mengandung.
6. Jangkitan kulit.

Ada sesetengah orang mengadu simptom mereka bertambah buruk bila berada di udara yang terlalu kering atau berhabuk, atau ketika mereka stres, berpeluh atau terlalu panas atau sejuk.
Alahan makanan boleh menyebabkan ‘flare-up’. Oleh kerana reaksi alahan kepada makanan (sama ada melalui sentuhan kulit semasa penyediaan makanan atau melalui pemakanan) boleh mencetuskan ekzema flare-up, ia adalah penting untuk mengenalpasti makanan pencetus.
Mendiagnosis alahan makanan adalah amat sukar. Cara paling berkesan adalah memerhati kesan buruk ekzema apabila memakan sesetengah makanan.

Kadangkala ia hanya kebetulan dan perlu disahkan dengan memakan makanan yang disyaki di hadapan doktor. Makanan tersebut perlu dibuat dibawah pengawasan doktor, kerana penyingkiran makanan yang disyaki oleh keluarga tanpa panduan dan doktor boleh menyebabkan pesakit dilabelkan sebagai alergi walaupun sebenarnya mereka tidak

Terdapat dua jenis ujian yang boleh digunakan untuk alergi makanan iaitu ujian kulit atau ujian darah. Dapatkan nasihat daripada doktor pediatrik atau doktor kulit sebelum melakukan satu daripada ujian tersebut.

Soalan berikut dijawab oleh Dr Shariza Lukman, Pakar Perunding Pediatrik (BSC MEDICAL SCIENCE (SCOTLAND), MBCHB (UK), MRCPCH (UK), MSC CHILD HEALTH (UK), Pantai Hospital Klang.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!