Sunday, October 2, 2016

Cara galak anak bertutur

Prinsip Umum Untuk Menggalakkan Pemahaman Bahasa Pada Kanak-Kanak

Gunakan minat atau perkara yang dilakukan oleh kanak-kanak untuk berkomunikasi. Bersikap positif apabila kanak-kanak menjawab.

I. Bercakap dan mendengar

a. Semasa bermain: cuba kembangkan kosa kata yang dituturkan kanak-kanak tersebut. Misalnya, jika kanak-kanak member susu pada anak patung dan berkata "mum-mum" anda boleh berkata "Bayi minum susu".
Cuba huraikan atau bercerita semasa bermain. Misalnya:  semasa kanak-kanak membuka dan menutup pintu,  anda boleh berkata “buka/tutup". Tunggu seketika untuk menggalakkan kanak-kanak tersebut mengatakan sesuatu.

b. Aktiviti harian – beri peluang pada kanak-kanak untuk meminta sesuatu, dan namakan objek-objek harian seperti cawan atau sudu. Berikan huraian , contohnya "Saya melihat buah yang bulat dan merah" dan minta anak tersebut namakan ia.
Terangkan aktiviti harian "menyikat rambut", "memakai kasut". Ini adalah cara yang baik untuk menggalakkan pemahaman.

c. Tunggu giliran semasa bercakap: contohnya tunggu kanak-kanak menjawab selepas di soal.

II.Permainan melibatkan perkataan dan menyanyi

a. Permainan perkataan berirama – “ Perkataan mana bunyinya berirama sama dengan bola?"

b. Menyanyi berserta aksi tindakan - contohnya  "Ini kepala dan bahu,  ini pula lutut dan jari kaki" atau “Bila anda gembira tepuk tangan”

III.Gunakan isyarat serta gerak-geri dan galakkan kanak-kanak tersebut.

IV. Buku – Minta kanak-kanak tunjukkan dan namakan atau terangkan perkara-perkara dalam gambar. Berinteraksi sambil membaca. Biarkan kanak-kanak menceritakan sebahagian cerita tersebut walaupun ia tidak betul/tepat.

V.  Bagi kanak-kanak yang mampu menamakan dan menggunakan perkataan untuk menerangkan objek, guna dan terangkan (contohnya semasa bermain atau semasa aktiviti harian) – fungsi kata-kerja: berlari, duduk, menendang; adjektif: panas, tinggi, besar; serta preposisi:  atas, bawah, di bawah dan warna.

Kajian telah menunjukkan bahawa intervensi awal adalah penting untuk menyokong seseorang anak yang mempunyai masalah pertuturan dan kefahaman. Kesedaran antara ibu bapa, penjaga dan guru adalah penting untuk memastikan tindakan yang sewajarnya diambil.
Dr. Raja Juanita Raja Lope
PakarPerundingPerkembangan Kanak-Kanak
Hospital Pantai Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!